Wednesday, January 19, 2011

komen kepada: Penat



Entry asal:

Sempat ke tak
Sempat ke tak
Sempat ke tak
Sempat ke tak
Sempat ke tak

nak pegi mana dulu. Pejabat pos ke jemput nisa dulu ke bank dulu ke isi minyak dulu.

Saya rasa, saya kena bg nisa naik van sekolah la macam ni. sebab memang tak terkejar saya.

sebab nak jemput nisa dah satu hal. jalan jem giler. pastu nak hantar dia rumah ummi yang kena lalu bandar. pastu nak patah balik. kalau jalan cun tak jem dan semua lampu isyarat adalah hijau je. mungkin saya boleh pegi dan patah balik amik masa antara 15-25 minit. kalau tak? lu fikir la sendiri.

tiap kali lepas lunch saya adalah lapar nak mampossssssssss... LAPAR.

saya lapar ni :(

motip entry ni apa kakjemah?

nak bgtau saya LAPARRRRRRRRRRRRRR



Salam Kak Jemah,

Seperti yang saya nasihatkan sebelum ini, saya sarankan pada harihari sebegini Kak Jemah mengambil heavy breakfast bagi menampung kehendak kalori ketika ke hulu ke hilir menguruskan nisa. Saya memang kagum dengan golongan ibu di kota metropolitan, terutamanya mereka yang bekerjaya.

Tapi cara Kak Jemah memilih untuk menghantar nisa menggunakan servis van tu, macam saya tak berapa nak setuju. Panggillah saya ni paranoid atau tidak memahami, tapi saya memilih untuk skip lunch demi mengambil anak saya. Bukan apa, camacam cerita pasal budakbudak naik van yang kita dengar sekarang ni. Saiko pulak dibuatnya. Selagi boleh menghantar, cubalah hantar.

Itu ajer. Cuma pandangan saya yang lelaki.

Komen kepada: Wang saku dan majalah ilmiah



Entry asal:

Pernah sekali, gua teringin nak beli satu majalah ilmiah di koperasi. "Tunas Sains". Ya, gua pasti tajuk dia macam tu. Tak salah lagi.

"Ok,cukup", cikgu tadi beritahu. Gua memang tak banyak cakap. Gua tengok buku lagi bagus dari layan orang dewasa.

p/s: Padahal kalau gua cakap sendiri kat mak gua, gerenti dapat. Pehal ntah perangai gua macam tu dari kecik.

baca kat sini...

Salam Cik Pert,

Komen saya pendek ajer dan dalam bentuk gegambar yang saya curi dari gugel.
Kau memang rugi kalau tak baca sampai habis...hehehe

Rekomendasi kepada: Ganyang Malaysia by Afif Sani



Korang baca jelah entry dari Afif sani ni. Lawak-innn.
Dia innin salah seorang founderin blog Ayam dan Babiin yang semakin menjadi-jadiin, lately.


Kengkadang layan gak sarkastik direct macam blog diorang ni.
Especially time-time boring mencari mangsa...hehehe.

Ni pulak reaksi rakyat malaysia yang aku interviu pasal isu yang sama:

Komen kepada : Yang Pertama Dalam Hidupku.... Anda Pula?

Entry asal:

...Kebanyakan 'first time experience' aku berlaku pada peringkat umur 12 hingga 15 tahun. Korang juga semestinya mempunyai pengalaman 'YANG PERTAMA' sendiri kan?. Sehubungan dengan itu, dalam entri aku kali ni aku nak ajak korang semua untuk membincangkan topik tentang 'YANG PERTAMA' dalam hidup anda....Masih kurang jelas? Jom kita ikuti coretan seterusnya....hehehe....


Baca lagi der...

Salam Tuan Marhaen,

Entry yang menarik tentang pengalaman pertama. Dan penuh dengan moderasi. Blog tuan amat bagus dijadikan panduan sebagai menggantikan buku Interlok sebagai rujukan budak fomfaif.

Saya terpanggil sebab ada 3 dari 4 point tuan yang juga ada makna dalam hidup saya. Komen saya ni bukanlah macam komen sangat. Cuma mengongsikan apa yang terlintas di kepala saya semasa membaca entry tuan ini.


1. KRU dan 4U2C

Yang ada kena mengena ialah KRU. KRU naik sekali dengan 4U2C. Aku pun terpengaruh jugak pada mulanya dengan diorang ni akibat dakyah dari stesen radio yang aku dengari. Dapatlak lagu Fiona. Dapatlak muka AC Mizal selalu keluar tibi lately. Lepas ni Edry. Maka akan terpampanglah imej blowjob itu kembali. Adussss.

Tapi asbab KRU dan 4U2C nilah aku kenal dengan dunia rap dan kenal NWA hinggalah ke 50cent.


2. Cerita My bestfriend wedding pulak mengingatkan aku kepada satu episod dimana aku jadi devil's advocate kepada kawan aku yang merampas awek kepada kawan aku jugak. Bahkan awek itu juga ialah kawan aku. Aku tertonton movie tu secara tak sengaja dan kena pulak timingnyer masa keadaan hidup aku dalam kekelakaran itu.


Anyway, kipapdegudwek dan kurangkan kotroversi, tingkatkan control C

Syamsid the Flymoo


First impression aku masuk blog ni ialah: Fresh.

second, aku terpikir, mesti podeh3 suka blog ni. Anime, Cosplay, Jepun dan everything in between.

Mamat ni pun humble.

Aku suka.

Sesapa tak suka aku suka?


Sukati kau la.




Komen kepada: Trimester pertamaku

Entry asal:

Trimester pertama
- adalah di antara awal-awal kehamilan hingga berakhirnya bulan ke 3 kehamilan. (0 minggu – 15 minggu)

...Sekarang tahap simptom aku sangat teruk di mana, segala makanan yang sedap2 di mata ku, sumer nampak sangat memualkan. Sedangkan ayam KFC yang menjadi kegemaran aku pun aku tak leh nak makan. Makan lah aku roti nan tandoori yang di bakar jer…. **sabar..sabar, tunggu la pas trimester pertama nanti..hehehe**

Trimester pertama adalah di antara awal-awal kehamilan hingga berakhirnya bulan ke 3 kehamilan kalu di kira minggu antara 0 minggu hingga 15 minggu pertama. Untuk ibu yang pertama kali mengandung selalu nya di tekankan supaya tidak terlalu aktif kerana ketahanan kandungan pada setiap orang amat berbeza. Masa inila rahim kita di uji untuk menampung kandungan janin.


Baca lagi entry menarik Cik SumiJelly di sini:


Salam Cik SumiJelly,

Tahniah untuk kehamilan ini. Semoga semuanya berjalan lancar. Dah pikir nama baby belom? Hehehe.

Saya berminat nak tambah sikit pasal trimester. Selain ibu kena jalan slowslow dan jaga pemakanan, diorang juga kena banyakkan membaca Al-Quran, menahan diri dari tension-tension atau marah-marah, dan jaga mata dan pemikiran.

Ini kerana menurut ilmu yang terdapat dalam kitab mengarut 101 ini, pada masa trimester
itulah nyawa dan perwatakan baby itu dibentuk dan dipilih untuk kita. Dan asbabnya, apa yang mempengaruhi ibu dalam masa 5 bulan pertama akan mempengaruhi akhlak dan sahsiah si anak yang bakal dilahirkan. Tu sebab di dunia mat salleh, ibu ibu yang pregnant masa awal pregnancy disarankan melihat wajah baby baby yang cute dengan harapan baby yang keluar nantik cute jugak. Kita orang Islam disarankan membaca surah Yusul, Ali Imran dan satu lagi tu yang saya lupa.

Saya nak tekankan juga point Cik Sumijelly tentang first timer masa melalui trimester pertama mereka. Mereka kena jalan slow-slow. Takut zigot/embrio tu tak melekat kuat kat dinding rahim lalu jatuh dan takde rezeki. Abang-abang suami pun jangan nak menala cam orang gila masa bersama tu. Cuba bawak slow-slow cam orang bertamadun.

Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang sihat dan baik-baik serta berguna kepada diri mereka sendiri dan manusia.

Baru jumpa: She Sembilan Puluh

Seingat aku, kali terakhir aku betulbetul memaksa diri aku menghayati prosa klasik ialah masa SPM. Sebelum tu, masa aku darjah 3 kot, masa terjumpa buku Hikayat Inderaputera.

Dan membaca blog She 90 memang meremangkan roma di leherku. Aku tersentap. Pergh. Aku terpikir:


Ada lagi orang yang macam ni?

Baca kat sini...

komen kepada: Kenapa Lelaki Patut Segera Meminang Seorang Guru?

Entry asal:

Salam semua.
Oh, ini adalah penulisan bergandingan dengan seorang teman yang pendiam.
Dia menulis tentang - "Kenapa Wanita Patut Menyesal Jika Menolak Lamaran Seorang Jurutera" (Ya, anda bakal jurutera, terima kasih)

Sebelum kamu semua baca dengan lebih lanjut, suka untuk aku mengingatkan ini adalah penulisan santai. Bukan tidak biasa kena maki dengan pembaca, tapi habiskan baca baru maki aku boleh? Terima kasih sekali lagi sambil tunduk-tunduk kepala macam orang Jepun (jeling-jeling bakal jurutera tu)


...Dan ya, ini bukan penulisan untuk menjual diri atau mengiklankan peribadi.
Ini tulisan santai sekadar suka-suka untuk melepaskan tekanan, sebagai satu bentuk terapi.
Oh, siapa yang tidak puas hati, anda dibenarkan untuk memaki...

baca sampai habis...



Salam Cik Zara,

Saya tak taulah cik ni seorang cikgu ke tidak, tapi point yang dinyatakan sebagai jawapan kepada tajuk entry memang tepat dan jitu dan saya sebagai tah sapasapa ntah menyokong padu 6 pecahan yang telah diberikan.

Lagipun entry ni ada kena mengena dengan perjalanan blog ini sekarang. Berikut adalah 6 point tersebut beserta komennya.



1. Hidup Berjadual.
Hidup cikgu pompuan memang berjadual. Pompuan memang terer buat jadual. Cikgu lelaki takde jadual. Yang ada hanya rutin. Samalah dengan engineer. Apatah lagi bakal engineer.



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. (Ini ambil fakta sana)
Kerja guru bermakna menjadi role model dan role model kena jaga imej dan reputasi 24 jam seminggu. Kat rumah dengan anak bini pun kena jaga sebab anak boleh cerita hal sebenar kat kengkawan dia.



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Part ni samalah macam point nombor 2 tadi.



4. Terapi melepaskan tekanan.
Yang ni amat perlu apabila kerja seseorang melibatkan interaksi dengan orang yang lain. Sebagai escapism, biasanya diperuntukkan sejumlah dana untuk menjaga prestasi pekerja sebab penjawat awam menjawat jawatan sampai pencen. Dan morale mereka perlu dijaga, maka mereka perlukan sesi terapi.




5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini kelebihan sebab letih jadi role model tadi.



6. Penampilan.
Takkan nak pakai turutan baju kurung yang sama ajer setiap minggu? Nak kena tukartukar untuk elakkan fitnah.

Pendek kata, kepada para pencari jodoh atau abang engineer; sila rembat Cik Zara sementara stok masih ada.

Mengarut 101 (Mencarut)



"Bangun!" kata Mehmet tibatiba. Muridmurid semua terus senyap dan berdiri tegak. Kelihatan seorang lecturer muda masuk ke dalam bilik darjah.


"Salam Satu Malaysia, cikgu" kata Mehmet.


"Salam Satu Malaysia, cikgu" kata seluruh kelas.


Duduk. Kata cikgu ringkas. Dia meletakkan laptopnya beserta buku teks Mengarut 101 di atas meja guru. 




Muridmurid semua duduk. Mereka terus menganga menantikan apakah tajuk yang bakal diajar untuk hari ini. Ada yang taruk recorder atas meja guru. Ada yang on kan kamera yang telah ditegakkan di tengah-tengah kelas mengadap papan hitam. Ada juga yang dah ready jari kelingking kat butang 'control' dan ibu jari kat butang 'c' dan 'v' kat laptop masing-masing. Mereka memandang cikgu kelas Mengarut 101 dengan penuh minat dan tanda tanya;
Apakah topik hari ini?

------------

Itulah angan-anganku.

Sebab semua yang di atas tidak berlaku. Ini ialah kelas 1 Mawar. Kelas yang dianggotai oleh 25 orang budak baru dajahanam. Budak 13 tahun yang penuh dengan adrenalin dan perlukan deodoran. Budak yang penuh dengan pertanyaan dan semangat untuk mendapatkan jawapannya. Budakbudak yang cergas. Budakbudak yang bising. Dan mereka memekak tak kiralah sama ada aku ada atau tidak kat depan ni.

Aku perlukan sesuatu yang impact untuk menarik perhatian mereka. Masa semakin berlalu. Aku kena habiskan topik ni harini walaupun ia hanyalah side-topic dan takkan keluar dalam peksa...


Aku duduk menupang sebelah punggungku di meja guru, mengadap mereka yang sedang meraung ada, menjerit ada, main kejarkejar pun ada....



Gampang!
Kataku pendek.

Muridmurid terdiam. Mereka semua memandangku.


Butuh!
Kataku lagi. Ju-On kembali ke tempatnya dan dari jauh mula tersenyum.

Bila semua dah kembali ke tempat masing-masing, kelihatan Dark dan Eszol mengangkat tangan.

Kamu?


"Cikgu-cikgu. Pada pendapat saya, cikgu sedang tak ikhlas" kata Eszol.

Kamu?


"Saya teka cikgu sedang promote blog cikgu yang satu lagi" kata Dark mencuba. Kelihatan Chirpy terciap-ciap kat belakang mengangkat tangannya.

Kamu?


"Cikgu mesti suruh kita think out of the box bila diprovok. Macam latihan buat dot haritu"

Bagus. Nampaknya ada juga yang masih tak hilang ingatan dalam kelas cikgu ni. Tapi sebelum cikgu mulakan topik hari ini, cikgu nak tanya kepada kamu murid-murid kelas 1 Mawar:

Boleh ke tidak kita mencarut?


"Tak bolehhhh" jawab murid-murid.

Kenaperrrr?


"Sebab sapa mencarut dia berdoserr" jawab muridmurid serentak.

Kenapa kita taknak berdoserr?


"Sapa berdoserr masuk nerakerr" jawab muridmurid in unison.

Kenapa taknak masuk neraker?

Semua murid diam. Mereka tertanya-tanya. Dua tiga saat lepas tu, cam biasa, ada lah yang mula angkat tangan.

Fontong? Kenapa kita taknak masuk neraka?


"Nantik tak dapat jumpa Dia"


"Neraka panas" jawab Dark.
"Neraka tak best" jawab Chirpy.
"Neraka are for losers!" jerit Eszol.


"Dalam neraka takde arak" jawab budak malumalu.


"Aku taktau neraka, tapi yang aku tau, kat syurga ada bidadari" kata sorang murid yang mahu namanya dirahsiakan.


"Fak la semua! Neraka itu, neraka ini. Macam pernah pergi neraka, jer. Cakap taknak neraka tapi perangai cam setan. Curi idea orang, hak orang, makan duit haram. Pergi mampos lah kita semua dalam neraka" rungut Ju-On tibatiba (macam biasa).

(muridmurid hanya terdiam memerhatikan Ju-on terpekik terlolong sambil buat aksi cam kena bakar atas mejanya)

Bila kita mencarut, kita kena kawal emosi kita. Tercarut kadang-kadang tu, biasa, ler. Tapi apa yang kita buat dan belajar selepas carutan itulah yang membezakan kita sama ada kita ini seorang murid yang cemerlang ataupun tidak.

(agaknya si Ju-On terasa)


"Ahhh! Fak la. Nak ajar, ajar je lah. Ni nak main saiko-saiko orang, pulak" jerit Ju-On. Dark menepuk bahu Ju-On yang macam keterlaluan. Eszol pun garu kepala tengok perangai rakan sekelasnya itu. Eszol terpikir adakah faktor bulan mengambang juga mempengaruhi mood toyol berbedak tebal ini?

Baiklah. Sekarang, saya mahu semua murid berdiri.

(muridmurid terpinga-pinga. Tapi mereka berdiri jugak)

Baiklah. Saya mahu setiap kamu bagi satu perkataan mencarut. Saya nak kamu pikirkan satu perkataan. Tak kisahlah bahasa apa pun. Baiklah. Dah dapat? Tak payah angkat tangan.

Kamu?


"poo-key" -duduk
kamu?


"core-neck" -duduk
kamu?


"pun-tart" -bagus. duduk


"pet-pet"

(semua murid ketawa. Cikgu pun ketawa sekali. Sedang mereka ketawa-ketawi, guru besar sekolah; Tuan Haji Marhaen menerjah ke dalam kelas)



"Assalamualaikum Cikgu Badrul. Kenapakah saya dengar dari luar tadi, murid-murid dalam kelas cikgu mencarut-carut?" tanya cikgu besar.

Kami sedang membincangkan topik 'mencarut' dalam dunia blogging. Setiap pelajar dikehendaki berdiri dan dibenarkan duduk setelah mereka menyebut sesuatu yang mencarut. Eszol! Bagi satu contoh!


"buah zakar kanan" jawab Eszol.

Ju-On?


"ke-lent..." Ju-On tak sempat menghabiskan carutannya. Cikgu besar menyampuk:


"Saya mendapat aduan dari guru-guru kelas bersebelahan yang mendakwa bahawa sejak kelas 1 Mawar berada di bawah cikgu, kelas cikgu sangatlah bising hingga mengganggu kosentrasi murid di kelas lain" kata cikgu besar.

Saya menggalakkan perbincangan secara interaktif antara guru dan murid. Saya percaya ini dapat mengoptimumkan lagi pemahama...Aku tak sempat habiskan ayat aku.


"Cikgu tengok graf desibel bunyi yang dibuat oleh budak2 kelab fizik dari kelas sebelah. Ini pulak karangan bertajuk 'Bagaimana menangani jiran yang kurang ajar?' dari kelas sebelah yang satu lagi. Dan yang ni pualk, memorandum dari semua guru dan kakitangan sekolah ini yang bersetuju agar cikgu dijauhkan dari kelas 1 Mawar atau semua kelas tingkatan satu."

Aku tenung muka cikgu besar. Dia tenung muka aku. Aku menoleh ke arahh anak-anak muridku. Bila diorang tengok aku menoleh, ajer, diorang beria-ia mengangkat tangan. Amender ajerlah yang nak dicakapkan oleh bebudak ni, time-time camni?

Kamu?


"Fak yu" katanya.

Dari belakang, cikgu besar menepuk bahuku. Aku menoleh padanya. Dia memandang padaku dan mengisyaratkan agar aku mengekorinya ke pejabatnya.

Kelas tamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...