Sunday, June 26, 2011

Skill Utama seorang Pengomen


Cikgu gua cakap dulu, sebagai seorang akademik, kita kenalah berfikiran kritis. Gua kena anggap gua yang paling bagus. Gua yang paling bernas. Dan gua tak boleh takut nak suarakan pendapat gua. Betul! Ni sumer memang diterapkan ke dalam benak budak-budak MRSM.
Disiplin: critical thinking. Ilmu: sedang ditimba. Beramal: kami mengomen

Cuma keadaan masyarakat Malaysia dan masyarakat tempat gua membesar pada masa tu, memandang taboo kepada orang berpikiran kritis ni. Mereka menggelar kami ni budak U cakap macam baguslah, pengkritik tak bertauliahlah, tak sedar dirilah, Melayu mudah lupalah...Macam-macam...

Sejak dua menjak ni, semakin ramai memilih kerjaya sebagai pengkritik. Pengomen. Ini menjadikan industri ini semakin kompetitif. Semua orang ada pendapat masing-masing dan sebagai pengkritik tegar, gua terpaksa jack sikit komen gua agar komen gua sentiasa sama ada menjadi yang teratas, atau yang menginspirasikan kepada komen-komen lain. Pihak yang dikomen pulak tak tertumpu kepada satu-satu bidang macam politik, ekonomi, agama atau muzik, bahkan merangkumi segala-gala lancau dalam hidup ini...
Kenapa nak berada di atas? Kenapa nakkan perhatian? Attention Whore?

Apa gunanya bercakap jika tiada yang mendengar? 
Apa gunanya mengomen jika hanya gua yang pedulik? 
I know who you are and where you live
Tapi, satu hal dalam dunia pengomenan ialah, keupayaan menerima kritikan. Part ni, gua nak terima kasih kat Twitter dan haters dari blogosphere ni yang telah banyak membantu gua mempertebalkan telinga dan kulit muka gua. Gua semakin lali dan bijak mengendalikan komen. Dapatlak komen-komen yang tak berasas atau disebabkan oleh salah faham. Bahkan, kebanyakan tweeps yang block gua adalah mereka yang banyak sakit buntut kat dalam blogosphere ni akibat entry entry gua dalam blog ini. Malas dah gua nak sebut nama atau kasi link. Gua tak pedulik dah...

Mesej gua kepada semua ialah, setiap apa yang kita baca dalam apa saja media, perlulah kita tapis dengan pemikiran yang kritis. Jangan telan bulat-bulat. Kunyah dulu. Kasi gaul dengan air liur dulu. Rasa dulu. Kegemaran setiap orang adalah berbeza dan kita tak perlu nak ikut sesapa..tu jer...

Salam
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...