Wednesday, April 6, 2011

Modus Operandi Blog Ini


Dalam hal meninggalkan komen di blog orang, biasanya aku akan mengambil perenggan pertama dari entry aku pasal entry tuan rumah tu dan paste kat ruangan komen di blog nya.

Lepas tu aku akan taruk link ke entry tersebut di blog aku, kalau dia nak baca selanjutnya. Ini modus operandi blog ini sebenarnya. Ada orang yang tak paham, kata aku sukasuka spam komen box diorang dengan link-link aku.

Seperti yang dah korang lihat dengan kes AlongXP baru-baru ini, dah memang MODUS OPERANDI nya aku kena tinggalkan link ke entry pasal diorang kat komen box diorang. Aku rasa takde masalah dengan hal ini sebab Along Tapa suka buat benda ni. Istiqomah betul aku tengok sampai aku yang mulamula dulu hanginsatubadan pun dah tak kisah dah.

Ada orang terganggu dengan perangai taruk link dalam komenbox diorang. Diorang selalu anggap mereka ni adalah spammers dan peraih trafik murahan. Tapi itu cumalah pandangan mereka. Tak pernah lagi aku dengar ada orang bertumbuk pasal sikap ini di mana-mana. Taktaulah lepas ni Malaysia nak start pulak. Gempak jugak, idea tu.

Sungguhpun korang rasa macam intonasi dan atmosfera entry blog ini yang macam bagus, namun ingatlah itu hanyalah theme untuk penulisan ketukangkomenan. Takkanlah pengkritik ni seorang yang berperangai merendah diri dan lembut budi bahasa. Hal ini pernah juga kita bincangkan dalam topik sama ada patutkah kita mencarut untuk dapatkan perhatian. Aku tak kisah korang nak mencarut kalau aku tak tarukkan link ke entry tersebut sebab aku pun malas nak cari. Korang search lah kat atas tu sendiri...Dan kalau nak mencarut, aku ada sediakan tempatnya kat tab sebelah kanan ni. Kau mencarutlah kat situ dan kita akan bincang sesama, apa masalah kau.


Ok?


Hahaha

Komen dan rekomen kepada: Cewah sudah mula dijual secara online!



Blog ini ialah blog Lan Sinaganaga, Pangkat Jeneral kepada Sindiket Soljah ni. Aku taktaulah apa maknanya, tapi nama beliau sebagai penulis cool Melayu di Malaysia sudah tak asing lagi.

Entry yang ini merupakan marketing kepada buku Pipiyapong yang terbaru: Cewah. Blook inilah yang ditulis dalam bahasa kutu seperti yang didakwa oleh PyanHabib semasa melancarkannya di Maskara 26 pada 26 Mac haritu.

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

Blog Jeneral Lan ni kebanyakannya artikel dan promo aktiviti sindiket. Ada juga link-link ke rakan-rakan dan teman-teman Jeneral Naga. Kat atas sekali ada banner gambar award. Taktaulah ye ke idak.


Aku suka entry recycle dari Tokrimau yang diinspirasikan dari entry Jeneral Naga yang ini.

Setelah membaca entry-entry tuan Jeneral, aku dapati semuanya macam biasa ajer. Takdelah gempak sangat. Mungkin aku kena baca buku dia.
Anyway, komen aku untuk entry dan blook pipiyapong ini ialah satu ajer. Dan ia adalah sebab yang sama kenapa aku memilih untuk membeli blook "Siapa Kekah Bidan Sepiah" instead blook "Cewah"

Sebabnya ialah kat cover tu nampak pusat pipi.


Sekian. Majulah landasan keretapi untuk cover buku.

Ustaz Hambali Al-Alorstari




Ustaz Hambali Al-Alorstari


Ustaz ni sempoi. Walaupun aku tak berapa rapat dengan beliau, kita akan cepat mesra dengannya. Ini mungkin kerana beliau berjiwa muda dan pengalamannya dalam menangani masalah dalam kepentablighan ini amatlah luas, maka memang asyik bila mendengar ceramah, kuliah, lebih-lebih lagi bayannya. Kalau korang dengar ada ceramah Ustaz Hambali, korang pergi. Series berbaloi! TV, futsal, meeting, dunia, boleh tangguh. Tapi ceramah Ustaz Hambali jangan miss. Sebab taktau bila orang camni akan hilang. Atau korang yang hilang dulu. Atas sebab ini, aku janji aku taknak miss lagi ceramah beliau yang kat Surau Taman Ros Mewah setiap Selasa selepas Maghrib tu.

Blog beliau banyak berkisar tentang karkuzari (laporan), kupasan isu terkini dan jadual program Ustaz untuk sebulan. Aku cuma harap Ustaz Hambali dapat update dengan lebih kerap lagi atau bagi ajer material Ustaz tu sumer kat saya bagi saya uruskan. Ustaz fokus kat industri karkunisasi dan pentablighan ajer.

Paling aku suka ialah bila Ustaz buat sajak. Kali terakhir aku baca sajak beliau ialah masa Ramadhan tahun lepas. Terus fanak aku sekejap. Berbuih-buih mulut.

Ustaz Hambali seorang orang Kedah. Tapi dah menetap di Seremban. Aku bersyukur kat Allah sebab menyaksikan orang cam Ustaz ni. Kau nak tengok wali? Pergi cari Ustaz ni...Hehehe...

Siri Rekomendasi Kuat#1:



Al-Alostari, Ibnu Zain Rembawi, dan SufiMas

Tiga blog ni memang aku ikuti rapat walaupun diorang ni jarang update. Maklumlah, sibuk dengan misi rahsia dan program-program menyelamatkan dunia. Aku tak kisah. Bahkan aku berbangga dapat berjumpa dan berkenalan dengan diorang. Cuma kalau diorang tak masukkan aku sekali dalam doa diorang yang seminggu 3 kali tu, aku taknak kawan dengan diorang. Tapi akan tetap datang ke blog diorang. Apapun...


Diorang ni bukan blogger. Tapi diorang ni adalah mereka yang REAL punya. Aku kagumi mereka sebab aku bukan macam mereka. Aku FAKE. Semoga Allah tukar pinocchio ni jadi budak yang original...

Untuk pengetahuan korang, tiga blog ini banyak mempengaruhi lanskap cerita sukaramai di blog pbp: Wali Dari Bangi, Interview Dengan Wali, Atan dan Abu. Aku banyak terskizo setelah membaca karkuzari dari mereka. Hehehe.

Anyway, Siri ini merupakan saranan daripada peminat blog ini yang menyarankan agar semua Rekomendasi di labelkan sebagai satu. Mudah sikit nak klasifikasikan. Aku pikir; bergeliga jugak otak kau ni...

Maka aku mulakan dengan nombor satu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...