Monday, December 13, 2010

Post a comment


Dalam blog ni ajer aku kena cari idea nak tulis apa. Aku ni seorang twisted, self-absorbed, religious narcisist, jadi aku kengkadang boring jugaklah asyik dok ulang-ulang baca blog aku jer nak cari idea untuk entry baru. Dan atas sebab aku nak isik blog ni, maka aku ambik dari dunia bloglah jugak. Kalau takde idea yang didapati dengan mudah, aku pun mulalah mengomen.

Salah satu perkara yang menimbulkan perasaanku untuk terus membaca dan memahami ialah jumlah komen yang diterima oleh entry yang dipaparkan. Aku mesti akan masuk ke dalam entry yang jumlah komennya tinggi. Nak tau apa yang dibincangkan dalam ruangan tersebut.

Aku akan baca entry sampai habis, kemudian baca setiap komen tu mengikut kronologinya. Banyak idea untuk entry baru, dan pelajaran yang aku perolehi dari perbincangan atau pandangan pengomen-pengomen. Masing-masing dengan kefahaman dan kelebihan semasing. Dan biasanya, aku pun nak join semangkuk. Atau aku memangkukkan diri. Sehinggakan selalunya aku terlupa, entry yang aku baca tadi pasal apa.

Kengkadang tu, aku boleh kembali ke blog yang sama semata-mata nak tengok komen orang lain kepada komen aku, atau nak tengok ke manakah perbincangan ilmiah itu dah berupdate setakat ini. Atau nak berborak dengan tuan rumah. Tapi aku lebih berminat dengan apa pandangan orang terhadap pandangan AKU, sebenarnya. Maklumlah, narsisis. Kalau takde, aku dengan perasaan tak puas hatiku, terpaksalah mula semula dari kosong, cari benda lain nak dikomen.

Aku tak ghairah sangat nak mengomen kalau komen yang tinggi tu setakat kengkawan si tuan tanah cuba meninggalkan bukti kehadiran mereka diblog si penulis. Sebab diorang nak tunjuk support sesama diorang, maka kenalah komen sikit. Dan biasalah, komen kenalah yang menunjukkan aku ni dah baca entry kawanku itu sampai habis. Barulah appreciate nampaknya. Hehe. Aku buat camni kengkadang.

Aku tak bernafsu kalau komen yang beribu tu, setakat gado-gado yang takde kena mengena dengan entry. Pengomen sibuk bergaduh sesama mereka dek salah cakap kat entry yang lain. Aku lebih suka komen yang beribu-ribu tu ada kena mengena dengan topik. Ni bila aku ikuti evolusi komen yang terhasil dari entry, last-last yang menyebabkan ia banyak ialah perbincangan yang takde kena mengena dengan tajuk. Dah tu berhari-hari lak layan gado-gado tu. Memang adrenaline junkie betul la budak-budak zaman sekarang...


Aku malas nak komen blog politik dan agama sebab dalam kedua-dua bidang, aku taktau apa-apa. Blog agama sebab takde benda yang perlu dikomen setakat ini. Blog politik pulak, masing-masing dengan agenda masing-masing.

Mungkin aku kena luaskan pemandangan ke luar Malaysia. Aku nak mulakan ke Indonesia dan Singapura dulu...Nak lagi gempak, aku komen Wikileak jer terus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...