Selamat minggu tengah bulan. Tak paham apa yang aku cakapkan? Takper. Dunia blogosphere ni, ada musimnya juger. Sebagai seorang yang gila dengan ilmu statistik dan manipulasi data, aku akui, disamping pasang surut ombak trafik yang mengikut trend keluar gaji atau waktu bekerja, trafik blog juga boleh dimanipulasi dengan mewujudkan sentimen.
Kepada yang pemalas dan noobs macam aku ni, untuk menjadi seorang blogger, bermakna kita kena up todate. Kita kena dua tiga step ahead dari apa yang bakal tersiar di surat kabar. Nama, tarikh, lokasi, semuanya keyword yang dah kita sebut dan taip siap-siap dalam blog kita yang tersenarai dalam carian google. Maknanya by the time cerita ni reach the mass, orang search dalam google, benda pertama yang diorang jumpa ialah entry kita. Kita boleh main benda ni dengan mem follow tweet newsportal macam @tm_insider, @bharianmy atau @BreakingNews. Tapi dia bukan straight macam tu ajer. Kena kreatif nak elak polis google yang sentiasa menghidu orang yang macam ni. Hehehe.
Seperti yang telah kita saksikan, aku mulakan ekperimen minggu lepas dengan hipotesis mudah: kita boleh mempengaruhi entry bloggers. Ini ditunjukkan dengan menyentuh isu semasa yang hot diperkatakan diblog orang lain. Nak bagi bacaan itu pedas, kita kena pilih pihak. Entry yang neutral tu memang best, tapi entry yang bias, lagi mengancam. Lagi power pointnya, lagi personal attacknya, lagi best blog tu. Taktik ini banyak digunakan oleh bloggers murahan atau yang perasan otai (setelah lama berkecimpung dalam dunia blogging, misalnya) dan ia dikenalpasti dengan peralihan tona cerita dalam blognya yang dulu ada unsur rendah diri dan neutral 'saya-saya', kepada entry yang emo dan keaku-akuan sikit.
Namun, semua ada daya penarik dan sebab tersendiri dalam melakukan apa yang kita semua sedang lakukan. Dan tatkala kita melihat ada orang yang sedang melakukan sesuatu dalam peihal mencari makan, kalau boleh, sumbanglah seposen dua kalau tidak dengan senyuman. Janganlah dikecam atau dipandang rendah.
Kita baca entry dia sampai habis. Kalau tak suka, carilah entry yang suka. Cuba selak post yang popular. Cari sebab nak rapat, nak friendly. Cari soalan nak mengenali. Hidup terlalu singkat untuk dihabiskan dengan bersendiri!
Oleh yang demikian, aku di blog aderberani.blogspot.com ni mengucapkan setinggi Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan rancangan JomHeboh kita pada kali ini (?)
Sempena kemusnahan dan huruhara diseluruh dunia, blog ini juga menyatakan pesanan ikhlas:
Sabarlah
Untuk itu jua, kita nak menyatakan bahawa blog ini akan dislowkan sedikit pace nya sepanjang minggu ini. Sila ke pbp atau akuskizo untuk update yang laju. Blog ni akan sekadar sehari satu entry ajer.
Semoga Allah merahmati perjuangan mereka yang sedang berjuang dengan kesabaran, sekarang ini, di mana saja mereka berada. Amin.