Kami tengah mencari point untuk dikomen sebagai penghabis sesi akhir mengomen pada malam ini. Namun entry terbaik untuk minggu ini masih belum ditemui. Ada entry cam Cik Dila, semalam. Atau entry "wujudkah Kosong?" haritu. Atau nak layan orang yang mengomen cam dark half, kak ching, Al, podeh3 atau budak clan mamat California nak join Seattle, tu. Tekanan 'besok Jumaat' mula terasa...Tak luper juger pada Cik Chirpy Chummy. I did forget you.
Azil tetiba berkata:
"Dalam misi penerokaan angkasa lepas, Amerika ngan Rusia diikuti oleh China, Pakistan dan lain-lain. semuanya tak dapat menandingi teknologi Malaysia..."
Kami terdiam dari perdebatan pasal pendedahan akan penemuan mikrob di planet yang arsenik tu dan memandang Azil untuk penerangan seterusnya.
"Orang Malaysia pakai kapal api" kata Azil sambil buat aksi lawak.
Dan kami semua ketawa.
Tapi tak keluar perkataan "Hahaha" atau "Hehehe" atau "KahKahKah". Kami cuma berzikir mengucapkan:
"series lolz! series lolz! series lolz"