Sunday, October 16, 2011

Komen diperlukan - design Tshirt Derma Darah

Taip "celakaparty" dalam google search
Bagi mereka yang mengikuti akaun twitter gua, pasti akan perasan perkataan "Celakaparty" diulang-ulang bagaikan sebuah zikir tarekat yang diharami. Dapat pulak sejak dua tiga hari ni, titisan darah mula membanjiri Garis Masa TwitterJaya. Gua malas nak explain apa benda celakaparty tu. Korang boleh search perkataan ni dalam google;




...atau korang boleh cari perkataan tu kat dalam "Who to Follow" di Twitter;


Tapi gua pada kali ini bukan nak cerita pasal ahli party atau keseksian gua. Harini gua diperintahkan untuk mengongsikan design kemeja T yang akan dihadiahkan kepada para penderma darah di #TwtupDARAHCP yang bakal diadakan pada 29 Oktober di Pusat Darah Negara. Sila klik ini untuk keterangan lanjut. 


...hmmm...

Gua baru jer siap design benda ni dan dah submit ke Biro Sumber Manusia dan kepada Presiden sendiri yang pada ketika entry ini ditulis, sedang mengalami tekanan darah tinggi akibat terharu dengan design gua. Sebelum gua terus hanyut dalam keberlagakan, gua nak dengar komen korang tentang design tshirt yang kat bawah ni. Silalah komen, ye...




Amacam? Agak-agak kalau ramai-ramai pakai t-shirt ni dan naik komuter, kena tangkap tak? Kalau tak, maknanya design masih belum sempurna. Maafkan gua. Gua tengah mengantuk masa buat design ni. LOL

Sekian
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...