Entry asal:
Tak boleh share entry asal, sebab nantik spoil la, kalau korang nak tau, korang kena klik ke link kat gggg dan baca sendiri.
gggg
|
"Woof! Woof!" |
Salam Cik Kasim Ahmad,
Entry yang gempak tapi simple. Pelbagai imej seram dan kelakar yang terlintas di kepala saya sewaktu membaca temubual ini. Dan tak dapat saya nak terangkan dalam perkataan pendek macam "Lulz" atau "gggg" atau "I'm not gay but I'm not OK".
Secara subliminalnya, tuan punya kambing itu memang nyata membeza-bezakan kambingnya.
Sungguhpun kambing hitam dan putih sama saja dari jawapan-jawapan Pakcik Kambing, beliau mendahulukan golongan kambing putih. Semua soalan dianggap ditujukan berkenaan dengan kambing putih walaupun si penanya bertanyakan soalan yang umum.
Dan bila ditanya apa hal dengan kambing yang hitam, si Pakcik memadamkan kelebihan kambing berwarna hitam dengan menyamakannya dengan kelebihan kambing putih.
Kambing hitam biasanya dikaitkan dengan lambang kebebasan dan tahan lasak, berbanding kambing putih yang biasanya dikaitkan dengan lambang kesuburan dan kegebuan. Namun, kambing hitam biasanya disembelih dulu sebab ia akan nampak jelas di dalam kawanan kambing bebiri yang lazimnya berwarna putih. Ini juga memudahkan tuan punya kambing mengenal pasti mana kambing dan mana serigala atau anjing.
Daging kambing berwarna hitam secara umumnya mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah berbanding kambing putih kerana warna hitam yang menyerap cahaya membakar lebih lemak berbanding dengan warna putih yang memantulkan cahaya.
Kambing hitam juga mempunyai bau badan yang lebih hamis kerana mereka tak perlu susah payah nak jaga kebersihan atau warna bulu seperti kambing putih. Mereka boleh hidup tanpa mandi selama berhari-hari berbanding kambing putih yang kalau tak mandi sehari jer dah nampak kekepamannya.
Sebab sekejap lagi nak masuk waktu Asar, maka saya berenti setakat ini dulu.
Diharapkan agar Cik Kasim berkongsi alamat Pakcik Kambing itu agar saya dapat hantarkan team sosialistas untuk berdemonstrasi, menyerahkan memorandum, serta memperjuangkan hak kesamarataan antara kambing-kambing belaan pakcik tersebut...Sekian.