Friday, June 15, 2012

Skil Menulis Bersama Gua

Orang tanya, berapa cepat gua boleh buat satu cerita. Gua cakap, gua boleh buat apa-apa cerita ajer. Dari benda series ke benda separa series. Dari benda lawak ke benda supernatural. Babbab cerita konspirasi ni, lagi gua suka. Bab politik dengan agama jer kepalahotak gua agak slow. Nak kena pegi surau dengar ceramah politik dulu baru dapat idea. Peh.


Nak mengeluarkan cerita tu, cepat jer. Gua duduk, setting jari jemari atas papan kekunci, dan mula menaip. Masa gua mula menulis, gua main taram jer. Ikut flow. Biasanya gua akan straight menulis lepas duatiga pam nusan. Dengan lubang idung yang masih berasap lagi, serta peparu yang penuh candu, gua straight menaip.


Gua biasanya tak pikirkan sangat amender yang gua nak tulis, sebenarnya. Takde nak buat flowchart atau nak catit isik penting. Gua terus menaip, jer. Masa gua menaip, gua lebih fokus kepada ejaan serta lojika ayat-ayat yang dah gua buat. Gua taip atau tulis dulu ayat pembuka. Lepas tu ada tak apa-apa yang gua nak kena terangkan pasal ayat pembuka tadi. Kalau takde, gua akan buat ayat lain pulak. Biasanya, ayat kedua ada kena mengena dengan ayat pertama. Barulah satu perenggan tu, masa nak baca nampak macam ada wacana, tapi satu point pun tarak.


Pada perenggan kedua, apa yang gua tulis biasanya ialah lanjutan kepada point yang tercetus dari perenggan pertama. Kalau gua bangkang idea tu, apa jadi? Kalau gua pro idea tu, apa jadi? Gua biasanya akan explore apa akan jadi jika apa yang terjadi adalah seperti apa yang gua budget akan terjadi. Skil menaip gua biasanya mencapai kelajuan turbo bila dah sampai perenggan ni. Biasanya, tangan kanan akan banyak bekerja menekan button disekeliling keyboard, sementara tangan kiri fokuus pada jari telunjuk yang menekan butang 'A' sahaja. Tapi nak sampai ke kelajuan ini bukan senang. Bila angin gua tengah baik, tumbang gaklah nusan sebatang. Kalau tak baik, boleh cecah empat hingga lima batang...peh.


Pada perenggan ketiga pula, gua biasanya dah malas. Gua sama ada akan simpulkan dua point yang bertentangan tadi, atau ulaskan apa point gua menulis semua benda ni. Biasanya, point tu gua dapat setelah membaca balik perenggan-perenggan yang gua dah siapkan. Kalau perenggan tu macam tak masuk akal, gua terbalik-terbalikkan susunannya. Kalau perenggan tu sekadar paradox, gua akan tutup dengan menutup paradox itu dengan paradox yang lain. Kira macam tu, lah. Kasi nampak macam gua memang ada motif menulis semua benda ini, padahal kepalahotak tengah buntu.


Dahabis tulis semua, baru gua pikir nak tulis tajuk dia apa. Part ni yang gua lemah. Part ni biasanya makan masa berhari-hari, kadangkala berbulan-bulan lamanya. Kalau dahada tajuk, senang. Lu bagi tajuk, gua tanya bila mau.


Sekian


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...