Monday, October 10, 2011

Gua Heran


Ada artis yang dah nampak potensi komuter

Hari hari gua naik tren pergi kerja. Harini pun sama. Dan hari-hari jugalah gua berdepan dengan macam-macam jenis perangai manusia dalam tren ni. Bagi yang nampak macam 1st time naik tren tu, gua tak kisah sangat. Tapi gua dah naik tren sejak 2 bulan lepas dan gua dah boleh cam muka-muka yang memang menggunakan sistem pengangkutan yang 'terbaik' ini untuk ke tempat kerja. Dan dalam banyak-banyak benda yang gua dah perati, gua tak boleh tahan dengan beberapa perkara ini:
Dalam video ni, ada contoh orang bercakap non stop 
dan orang yang chop-chop seat

1. Taruk beg kat seat sebelah dengan harapan tak kasi orang duduk.
Benda ni berlaku kat bas dan kat dalam komuter. Biasanya yang buat macam ni adalah mamat loser dangan harapan, bila ada awek lawa ajer barulah dia akan ambik beg, bagi ruang suruh awek duduk. Awek jarang buat camni. Nyonya pun selalu jugak. Bila ada orang buat perkara yang sama dalam komuter, biasanya, orang yang baru masuk, takkan mintak taun punya beg alihkan begnya, lebih-;ebih lagi bila seat yang sebelah beg tu adalah manusia yang tak ber odorono ataupun tuan punya beg buat muka cibai. Pagi tadi gua perati benda ni berlaku. Dan sebab mamat yang buat benda nilengan dia besar paha gua, gua pura-pura tidur.
"Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang sedang TOLAK HAKUUU?"
2. Bercakap kuat-kuat, non stop. Lagi ditegur, makin rancak dia berborak. Dan makin kuat.
Lu panggillah gua rasis, tapi gua perati, perangai cakap kekuat ni, selain diwarisi oleh orang yang menjawab henpon, ia juga diamalkan oleh pak-pak dan mak-mak itam, serta kaum India yang muda-mudi. Ada sekalitu, pak itam ni naik dari Nilai, sampailah ke KL sentral, dia bantai berborak dengan kawan dia (yang kat sebelah ajer) macam bercakap dengan orang yang sebatu jauhnya. Ada sekali tu pulak, gua duduk sebelah mat Iran yang gua saspek nak menekel seorang minha Iran yang duduk kat sebelah dia dan dua-dua ni berborak kemain kuat lagi sampai ada auntie kat depan gua dua tiga kali angkat-angkat kening. Tapi diorang buat dek jer. Mentang-mentanglah kitorang tak paham amender yang dicakapkannya...


3. Berebut-rebut nak masuk/keluar tren.
Ni satu perangai beruk yang gua perati kat komuter dan LRT. Kalau naik bas berebut-rebut jugak, alamat memang nak kena maki secara lisan on the spot. Tapi perangai buruk orang berebut-rebut nak naik tren ni, mungkin juga di inducekan oleh fakta bahawa pintu tren komuter akan terkatup dengan automatiknya setelah beberapa minit terbuka. Elleh! Bukan tak boleh tekan button 'open' yang disediakan tu. Pihak komuter dan LRT dan memberi garis panduan di mana orang nak  masuk koc beratur belah tepi pintu dan orang yang nak keluar, ikut tengah, tapi agaknya bukan semua yang menaiki tren ini celik IT, maka keberukan mereka jelas terserlah. Omputeh pun sama kengkadang. Gua pun heraan. Mungkin gulai yang ada kat Malaysia ni puncanya...
Jangan memaksa kami!
4. Dah masuk tren, bantai berenti depan pintu, menghalang orang lain nak masuk.
Dah masuk tren pulak, ramai jugak yang bantai berdiri depan pintu, konon nak ushar nak duduk kat mana. Kalau seat semua banyak kosong, tak jadi masalah ni. Mamat-mamat ni, akan buat blank-blank bila orang suruh dia cepat dan marah-marah cam kita ni tak sabar sangat bila menolaknya dengan kasar sebab kita ditolak juga oleh orang di belakang yang nak masuk ke dalam. Gua bagi chan la kat diorang dengan menganggap diorang ni mungkin belum biasa lagi naik tren komuter, tapi kengkadang gua perasan ada juga mat smart dengan baju kemeja ketat, buat benda yang sama, maka gua mula anggap sifat ini adalah satu kecacatan kepada minda...

5. Pura-pura tidur tatkala ada orang yang memerlukan seat berada berhampiran.
Sungguh pukimak perangai ini. Benda ni kalau gua nampak kat seat area tengah sikit, takper la jugak. Tapi dahla duduk kat seat OKU. Tadi elok jer gua tengok main lastik-lastik burung kat tab dia. Dandan nampak orang tua naik dan berdiri sebelah dia, dia mulalah beria-ria membuta. Hishhh..Apa punya Malaysian la cenggini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...