Monday, April 18, 2011

Zoul + Zombie = Tetap (Cool)



Sapa boleh ignore Zoul Zombie dengan hasil penulisannya yang out of this world!

Zombie kekal mengganas dengan menghamburkan entri-entri gempak, humor dan satirikal.
Aku suka cerita "Subuh Terakhir" tu. Gempak giler ahh!


Apapun, seperti dulu jugak, aku harap zombie akan banyakkan lagi entry dalam seminggu bagi mengzombiekan lagi blogosphere yang semakin menghantu dewasa ini...

Team blogger kau apa cer? Hehe.

Hobi: Membaca



Dalam hal hobi, ada yang memilih untuk menceburi hobi itu sebab pilihannya sendiri. Ada pula yang mengatakan sesuatu itu adalah hobinya sebab dia tak pernah terpikir pun nak berhobi, tapi sebab benda tu dah selalu dia buat, maka dia dakwa sebagai hobinya. Aku tak pernah terpikir pun apa hobi aku masa aku darjah enam masa awek-awek semua bagi buku autograph kat aku. Aku cuma tulis je hobi aku ialah membaca dan mengumpul stem. Padahal aku cuma membaca bila ada peksa, dan kumpul stem sebelum aku menjilatnya dan lekat kat borang peraduan mengumpul kotak Drinho nak dapatkan komputer VGA pada tahun 1990.

Bila seseorang mengatakan sesuatu itu adalah hobinya, lebih kuranglah umpama dia mengatakan hobi itu adalah passinya. Mengetahui passi seseorang, amatlah utama dalam usaha untuk menafsirkan, apa yang membuatkan seseorang itu bergerak. Pengetahuan tentang gerakan seseorang itu pula berguna untuk menterjemahkan maksud setiap perbuatannya. Sedangkan perbuatan seseorang itu pula, mengikut sesetengah kitab yang aku baca, mencerminkan pemikiran sipelaku. Hehehe.

Dari satu sudut lagi, bila aku mengatakan bahawa membaca itu adalah hobi aku, maka sudah pastilah aku juga ada banyak pengalaman tentang cara nak menceriakan hobi pembacaanku. Kira macam kalau orang baru kawin cakap hobi dia ialah berjimak (dengan isterinya), maka tentulah dia dah eksperimen pelbagai cara dalam menceriakan masa penjimakannya. Sebab benda hobi ni brader, sepatutnya ia menimbulkan kepuasan. Jika kita tersiksa selepas kita buat hobi kita, itu bukan hobi pada pandangan aku. Itu self mutilation. Self mutilation atau penderaan diri ni, ada macam-macam jenis. Dari yang hardcore jenis tindik-tindik, ubah bentuk kepala tu, hinggalah ke merempit dalam keadaan khayal tanpa dokumentasi yang cukup. Merokok juga sejenis self-mutilation. Ini bukan hobi. Benda-benda macam ni lebih menghampiri kepada penyakit mental.

Dan bila kita dah lama berhobi juga, aku juga dah mula ada rutin dalam memastikan aku terus menerus dalam hobiku. Contohnya: dalam sehari mesti kena baca ayat-ayat Al-Quran secara lisan. Juga baca apa saja yang memberitahu tentang keadaan agama, masyarakat, negara dan dunia. Dalam seminggu, aku baca tentang apa yang hip dikalangan masyarakat dunia dan masyarakat setempat. Dan dalam keadaan tertentu, aku ambik tau dengan membaca tentang isu-isu terkini atau berbangkit. Dalam apa jua bidang. Selagi ia ditulis dan aku terjumpa, maka aku akan baca.

Sebab entry ni dah makin boring, aku nak habiskan kat sini jer. Sebelum tu, aku nak tanya kepada kamu: kengkawan yang sering mengunjungi blog-blog dan melakukan sesuatu demi blog hinggakan dalam solat pun terbawak-bawak terpikir nak buat entry apa, aku tanya;

apakah hobi anda?



Membaca ke, menulis ke, menaip?



Hehehe.
Aku baru tau aku suka menaip sebenarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...