Sempena ledakan informasi dan hemfon android, gua sebagai pengomen tegar dan penulis yang macam bagus, kenalah kipap dengan trend semasa. Dan gua belajar satu benda baru, semalam.
Bila orang dahada hemfon android, KENA lah ada data plan, ye tak? Kalau takpun, at least ambik pekej RM2 sehari untuk 100MB dari @maxis_fucks. Barulah boleh aptudet dengan status-status dan tweet-tweet kengkawan kita. Gua on the other hand, adalah masih seorang penuit via txt yang tegar. Dan ketegaran gua itu, boleh korang selidiki dengan mengugel perkataan #fuckmaxis.
Tapi lately, server Twitter kerap buat hal membuatkan ramai penagihnya berasa sunyi dan meroyan lantas beralih ke dalam blog demi mencari kepuasan bahan bacaan. Tapi bila baca blog pulak, kefokusan diorang menjadi celaru sebab biasanya nak baca blog ni, best kalau baca banyak-banyak blog. Dahla tiap satu blog nak loading applet iklan tu sikit punya lama, masih ramai juga mangkuk masih meletakkan lagu-lagu autoplay tiap kali kita jenguk blog dia. Mengabeskan bandwith betul. Takpe lagi.
Terimakaseh kepada Playstore atau AppsMarket, kini dahada Wattpad dimana kita boleh download bukubuku yang ditulis secara santai atau series secara PERCUMA. Ya, rakyat Malaysia, PERCUMA.
Gua baru jer jumpa benda ni, jadi gua tak bleyla nak komen lebih-lebih. Kang ada orang dari 'scene' Wattpad butthurt plak kang. Jadi demi menyelongkar misteri dan merungkai fakta, gua dengan selamba narsisisnya, merisaikelkan dua artikel gua ke dalam Wattpad ni. Lu orang boleh cuba bacanya di sini http://www.wattpad.com/5292263-cubaan-untuk-seram dan di sini
http://po.st/T6kiDe . Yang paling mustabahak ialah, bila dah baca tu, silalah kasi komen dan vote agar gua terus tertipu dan beria-ia nak upload banyak lagi cerita free ke Wattpad.
Gua taktau apasal hasil seni yang gempak gua tu tak keluar masa kita search buku bawah kategori dan gua nak pegi belasah mamat Kanada tu kejap. Sementara tu, checkout wattpad.com/akuskizo . Install la apps ni dalam hemfon korang dan posing nampak macam akademiklah di dalam kemuter masa membacanya di depan aweks.