Showing posts with label Siri Rekomendasi Kuat. Show all posts
Showing posts with label Siri Rekomendasi Kuat. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Gua baca. Gua nangis. Gua maun dua helai.

Klik sini untuk ke blog beliau
Pergh!!! Dah lama gua tak baca entry yang gua boleh relate kat blog Bro Kulup. Dua tigamenjak lepas, kebanyakan isunya adalah yang power-power yang gua, sebagai budak kilang ni tak ambik port sangat macam politik, falsafah atau politik lagi. Tapi entry yang ni, berkaitan dengan karyawan. Secara terowongnya, gua terus tumpu pada golongan yang menghasilkan produk kretif berupa tulisan atau lisan. Dan golongan ini amatlah susah cari makan. Artis yang ada album dan suara sedap pun terpaksa ehhem sana sini nak survive dalam industri, nikan pula orang yang setahun keluar setengah novel.

Entry bro Kulup kalini menarik pada gua sebab beliau ni gua kenal sebagai seorang pejuang reformasi yang loud dan gilagila. Perkataan reformasi kat Malaysia ni bermakna anti BN, walhal erti reformasi pada Bro Kulup adalah lebih luas, seperti yang cuba beliau sampaikan pada permulaan entry, sama seperti erti komunis yang pernah dikupasnya tapi baru sekarang jadi isu, tu.

Dan Bro Kulup juga gua kenal sebagai seorang penggiat seni. Beliau seorang kartunis, pelukis dan penulis. Secara terus terangnya gua cuma ikuti perkembangan karier seni beliau melalui blog ini ajer. Dan bila beliau guna tajuk reformasi, yang ditukarkan menjadi reformati, pastu cerita pasal betapa susahnya para karyawan sepertinya nak survive kat MALAYSIA, adalah sangat touching pada gua.

Gua terus jer on lappy dan up ini entry. Peh!! Ini rekomendasi kuat! Gua taknak citer lagi. Lu pegi la baca sendiri. Keyword: MAUN. Peh! Power betul!
Semua gambar dicuri dari blog beliau. Hahahaha.
Gua pun MAUN jugak. Takde sen nak bayar royalti

Wednesday, September 21, 2011

Siri Sebelum Aku Delete 2


Tembakan harus tepat dan jitu...
Gua terkapai-kapai mencari mana nak mula dalam mengomen blog semula. Banyak blog yang gempak dan baru dari twitter dan Innit yang gua dah save pagekan dalam laptop kilang. Tapi takde masa nak komen cam dulu-dulu. Maklumlah, agak busy sikit dengan kerja baru, twitter. Hehehe.

Apapun, semalam gua diserang selsema yang teruk dan terpaksa berada dalam keadaan hibernasi. Ditambah pula dengan Twitter yang lagging cam haram serta radio dan TV yang tahapahapa, gua berpaling ke laptop dan menggodek blog-blog lama.

Akibatnya, terhasillah Siri ini: Sebelum Aku Delete 2. Harus diingat bahawa kesemua entry yang gua komen ini adalah entry yang lama-lama yang gua save pada masa gua bacanya. Pendirian penulis mungkin dah berubah serentak dengan pengalaman baru yang dialaminya setiap hari. Oh well. Siri ini tak penting pada korang tapi amat penting pada gua sebab ia mengingatkan gua akan kejadian selsema yang paling teruk gua pernah alami. Well, setandinglah kot, dengan amount of dosa yang dah gua buat. Sigh...

Anyway, gua harap korang enjoy dengan trip kalini. Siri ini menjanjikan 2 entry setiap hari selama seminggu ni. Dan gua harap, korang komenlah kat blog diorang tu. At least say hi ke. Kirim salam dari gua, ke. Hehehe

Semoga korang terhibur dan masa korang di cyber space yangterluang diisi dengan aktiviti yang berpaedah. Hehehe.



              Zar Mind Art    
        FluffyMath
     FakirFikir  
        Just Dila
PseudoSains
           Ini Fynn Cakap
Kontrol Histeria
              Kereta Mayat
             Jargon Books
The Art of Drawing Without An eraser

Tuesday, August 23, 2011

Blog We are Not Alone

Blog ni adalah sebuah lagi hasil kerja bermutu dari Bro Gedek. Blog beliau yang dah memang sell-out dan tak terkawal tu memang semakin meletup. Dan kali ni, kita kasi pecah pulak blog beliau yang ni. Amenda ayat gua ni?

Falsafah blog ni ialah ia adalah blog fotografi. Dan selain sekadar mengambil gambar sendiri atau orang lain, Bro Gedek mengetengahkan satu isu daripada masalah umum diri seorang manusia urban iaitu merasakan bahawa diri ini diperhatikan. Kadang-kadang kita rasa macam diperhatikan tapi bila kita berpaling, kita tengok takde siapa pun kat belakang.

Melalui blog ini, kita akan dapati, kadang-kadang perasaan diperhatikan itu boleh juga datang hasil dari permerhatian objek-obejk inanimate di sekeliling kita. Pendek kata, Bro Gedek menjelajah ruang paranoia yang amat dalam dengan mengadakan blog seperti ini. Mujurlah ia kurang diupdate, kalau tidak, tentu kita dah kehilangan Bro ini seperti kita pernah kehilangan @darkhalf85 atau @akuskizo yang semakin nyata di ruang cyber.

Anyway, diharapkan agar pendedahan ini memberikan idea kepada sesiapa saja kat luar sana yang ingin buat blog dari DSLR yang mak baru belikan semalam. Dan supaya industri pembloggan Malaysia akan evolve daripada takuk lama di mana gua bermula, dua tahun lepas...

Wednesday, August 17, 2011

schizophrenic,skizofrenia,skizo,akuskizo

Issue#1: Beginners 
Issue#2: For bookworms (Artikel jer isisknya)
Isu 3: Komik Abang Polis Ngan Budak HC

(entry ini dicuri dari blog akuskizo sebab gua takde benda nak komplen 2-3 hari, ni. Gua intercept mms scuba dan alurkan msg tu ke blog haku. 
Sila ke blog akuskizo.blogspot.com untuk paham mende yang gua merapek ni. Hahaha)



Wednesday, August 3, 2011

Blog Begins at Forty Mengganas!

Sapa yang cukup lama dalam blogosphere Malaysia, pasti takkan terlepas dengan blog ni:

Bro Gedek dengan anak hangkat nya dari Korea : July 25th

Blog Begins At Forty

Dulu-dulu, masa aku mula-mula berjinak dengan blogging ni, aku dapati blog ni macam self-absorbed. Tapi, ada sesuatu yang berlaku dalam blog inspirasi aku yang satu lagi : KulupSakah, yang membuatkan hati aku terbukak pada blog bro Gedek ini.

Hari ini, ia dah jadi macam blog wajib yang mesti aku kunjungi setiap hari. Dulu-dulu rajin jugaklah mengomen. Tapi bila dah lihat jumlah komen setiap posting ialah minimum 40 bijik, aku mengambil keputusan mendiamkan diri.

Apa-pun, aku suka dengan blog-blog yang sebegini sebab ia REAL. Walaupun ada jugak gambar-gambar yang diedit oleh bro Gedek, the emotion, the feeling dan humor yang terselit dalam setiap gambar itu, menjadikan blog ini unik. Syabas Bro Gedek! Semoga banyak lagi blog jujur macamni wujud dalam blogosphere Malaysia!

Friday, April 15, 2011

Rekomendasi kuat: Ibnu Hatari the Chai Drinker


Aku baru jumpa blog mamat ni. Dia yang mengomen aku dulu kat pbp. Aku terjah ler. Kamu tahu apa itu CHAI?


Aku terjumpa entry yang dia berdiri atas deck skateboard tu. Aku terus minat nak baca lagi. Aku dapati dia update dua tiga hari sekali. Entry-entry dia banyak cerita pasal hadis dan cerita sirah yang berkaitan. Sesuai dijadikan targhib (penaik semangat) ketika down menjalankan usaha atau hidup ini. Apapun, Aku harap Ibnu Hatari akan keep it rocking untuil we rock no more!

Yeah dude! Flip it! Grind it! Thrash it! Haha.

Friday, April 8, 2011

Blog untuk Tok Sheikh Abdullah




Dan untuk blog kesufian, blog Sufimas ialah blog yang diselenggara oleh rakan seguruku. Ia merupakan penghargaan anak-anak murid kepada Tok Sheikh Abdullah dari Kampung Petai Bubus, Terengganu. Kali terakhir aku pergi sana lebih kurang 4 tahun lepas. Taktaulah Tok Sheikh dok sana lagi ke idak. Tapi trust me: Kengkadang series aku terasa macam Tok Sheikh ada kat sebelah, ushar aku. Kengkadang rasa macam dia jentik telinga aku. Hehe. Takdelah.

Bila aku rindu, biasanya aku akan tengok gambar-gambar Tok kat dalam blog ni. Dan biasanya air mata akan mengalir. Taktau apasal. Tak caya cuba korang try.

Kelebihan blog ini ialah shoutboxnya. Ada masa-masanya, mamat-mamat yang kurang kasih sayang akan datang dan tunjuk pandai kat blog tersebut dengan troll di shout box. Anak-anak murid Tok Sheikh akan ada yang bertukar menjadi Kamen Rider, Hang Tuah atau jembalang tanah bila Tok Guru atau tarekat mereka diperlekehkan. Tapi biasanya, perbalahan atau diskusi mereka akan berakhir dengan kebaikan sebab semua yang berborak dalam tu, otai-otai belaka. saja jer buat klaka, tu.

Cumanya, sekarang, bebudak seperguruan yang lain lebih suka lepak kat FB menyebabkan blog tersebut makin bersawang. Aku pernah bertempik kat admin blog ni dulu suruh selalu updatekan kuliah atau quote dari Tok Sheikh, tapi last-last, aku pulak yang kena ban dari shoutbox mereka. Dahlah nak komen dah disabled kan. Haisshh. Camacam...

Anyway, banyak pesanan dalam blog ini yang agak heavy namun berguna kepada mereka yang salik. Harus diingat, segala apa jenis benda yang kita BACA, haruslah kita pelajari dan dalami melalui prektikel BERGURU, sebelum mengamalkannya. Jangan baca, buat assumption, try tengok jadi ke idak. Memang tak terbang der...Khurafat ader...Hehehe.

Apapun, aku suka quote dari Tok Sheikh:


"...hanya pestol yang REAL saja, pelurunya mengena...mu nak kena polish lagi..." katanya sambil menekan dada area jantungku. Sampai sekarang aku masih terasa....Adusss...

Thursday, April 7, 2011

Ibnu Zain Ar-Rembawi



Aku rasa aku kenal siapa ini. Kalau betulla, maka aku nak kenalkan kat korang salah satu keluarga paling berjaya sebagai tabligh kat area Rembau. Beliau ialah Encik Zain. Beliau ni bekas Navy ke haper, dan dah sampai tahap misi negara luar dalam level tabligh. Beliau ada ramai anak lelaki yang hensem-hensem dan semua dah keluar tabligh. Setiap lelaki dalam keluarga mereka ni tak pernah miss nisab tahunan dan selalu me re-new iman mereka dengan menyambut takazah. Encik Zain sendiri ialah seorang yang lembut dan suka tersenyum hinggakan tatkala mengigau pun bunyinya macam ketawa dan zikir-zikir yang ceria. Itupun, kalau betulla ini orangnya. Dan semua di atas inilah sebab, kenapa blog ini sangat dear kepadaku. Sebab ia REAL.

Apapun, Blog Ibnu Zain ini banyak berkongsi tentang karkuzari dan perasaan tuan rumah tentang isu semasa. Dulu-dulu, blog ni agak boring. Tapi sejak kebelakangan ini, tuan rumah semakin selalu update. Aku harap selalukan lagi. Kalau dah tau awak nak keluar 600tahun pun, buatlah auto post siap-siap. Takdelah kengkawan ingat awak dah syahid ke haper. Hehehe.


Aku tau ada banyak lagi blog karkun di blogosphere ni. Yang di atas adalah blog my hommies. So give it up!

Semoga kita semua kekal dipilih oleh Allah sebagaimana mereka semua.

Wednesday, April 6, 2011

Ustaz Hambali Al-Alorstari




Ustaz Hambali Al-Alorstari


Ustaz ni sempoi. Walaupun aku tak berapa rapat dengan beliau, kita akan cepat mesra dengannya. Ini mungkin kerana beliau berjiwa muda dan pengalamannya dalam menangani masalah dalam kepentablighan ini amatlah luas, maka memang asyik bila mendengar ceramah, kuliah, lebih-lebih lagi bayannya. Kalau korang dengar ada ceramah Ustaz Hambali, korang pergi. Series berbaloi! TV, futsal, meeting, dunia, boleh tangguh. Tapi ceramah Ustaz Hambali jangan miss. Sebab taktau bila orang camni akan hilang. Atau korang yang hilang dulu. Atas sebab ini, aku janji aku taknak miss lagi ceramah beliau yang kat Surau Taman Ros Mewah setiap Selasa selepas Maghrib tu.

Blog beliau banyak berkisar tentang karkuzari (laporan), kupasan isu terkini dan jadual program Ustaz untuk sebulan. Aku cuma harap Ustaz Hambali dapat update dengan lebih kerap lagi atau bagi ajer material Ustaz tu sumer kat saya bagi saya uruskan. Ustaz fokus kat industri karkunisasi dan pentablighan ajer.

Paling aku suka ialah bila Ustaz buat sajak. Kali terakhir aku baca sajak beliau ialah masa Ramadhan tahun lepas. Terus fanak aku sekejap. Berbuih-buih mulut.

Ustaz Hambali seorang orang Kedah. Tapi dah menetap di Seremban. Aku bersyukur kat Allah sebab menyaksikan orang cam Ustaz ni. Kau nak tengok wali? Pergi cari Ustaz ni...Hehehe...

Siri Rekomendasi Kuat#1:



Al-Alostari, Ibnu Zain Rembawi, dan SufiMas

Tiga blog ni memang aku ikuti rapat walaupun diorang ni jarang update. Maklumlah, sibuk dengan misi rahsia dan program-program menyelamatkan dunia. Aku tak kisah. Bahkan aku berbangga dapat berjumpa dan berkenalan dengan diorang. Cuma kalau diorang tak masukkan aku sekali dalam doa diorang yang seminggu 3 kali tu, aku taknak kawan dengan diorang. Tapi akan tetap datang ke blog diorang. Apapun...


Diorang ni bukan blogger. Tapi diorang ni adalah mereka yang REAL punya. Aku kagumi mereka sebab aku bukan macam mereka. Aku FAKE. Semoga Allah tukar pinocchio ni jadi budak yang original...

Untuk pengetahuan korang, tiga blog ini banyak mempengaruhi lanskap cerita sukaramai di blog pbp: Wali Dari Bangi, Interview Dengan Wali, Atan dan Abu. Aku banyak terskizo setelah membaca karkuzari dari mereka. Hehehe.

Anyway, Siri ini merupakan saranan daripada peminat blog ini yang menyarankan agar semua Rekomendasi di labelkan sebagai satu. Mudah sikit nak klasifikasikan. Aku pikir; bergeliga jugak otak kau ni...

Maka aku mulakan dengan nombor satu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...