Monday, December 27, 2010

Komen kepada: mereka ujar: "ajarkan aku menulis" dan mereka jeling bila aku bilang dengan sering: "aku tak tahu"

Aku baru tau pasal Fynn Jamal. Itupun setelah terperasan komen Al kat blog aku yang satu lagi. Dan aku macam suka dengan Fynn Jamal Cakap dek candunya yang berkesan memeningkan kepalaku kerana ia bagaikan membaca Zar mind art, KulupSakah dan Sorrow Yang Terindah dalam senafas.

[kebiasaannya aku akan taruk snippets dari entry yang diterjah, diikuti dengan komen duaposen aku. Tapi sebab Fynn Jamal Cakap, aku terpaksa menggunakan approach yang berbeza...;p  dan eksperimentasi dengan method serampang bermata-mata tetap menjadi pilihan dalam komen ini sebagai soda bikarbonat. so, coming back to the comment...]

Bukan pening kesakitan.
Tapi pening ke-dzauk-an

aku kata:

Zar mind Art sebab Fynn Jamal Cakap itu berat. Padat dengan info. Yang tension nya ialah contoh-contohnya rare. Ini menyebabkan kita tak terasa semasa membaca tulisannya hinggakan terlupa nak taruk downy kat laundry yang sedang kita basuh masa menulis entry ini.

KulupSakah sebab ia gempak. Fynn Jamal Cakap penuh dengan ayat penyata yang simbolik berbau jujur seumpama melihat sendiri perkataan itu dalam bentuk lisan. Paling aku suka kerana ia membuatkan aku kembali rendah dan kecil dan terasa akan kekuasaan Nya.

Sorrow Yang Terindah sebab aku mahu anggap imej tentang Fynn yang tergambar ini adalah REAL. Agar ia membuktikan padaku bahawa ada orang yang lebih hebat dariku. Ada lagi tona warna hijau yang terlepas dari pandangan terbatasku pada muka halaman sehelai daun rumput yang ada di padang aku.

...gggg

[dah habis. aku taknak cari pasal dengan seorang lecturer. Diorang bukan macam profesor atau mamat PhD. Dapatlak umur baya Fynn ni. Silap aribulan, habis setiap entry dalam blog-blog aku dikomennya. Jadi, jalan selamat yang aku gunakan ialah menggunakan blog lain yang familiar kepada pembaca blog ini sebagai simbolik kepada pandangan aku. Ini mendedahkan mereka dan Fynn sendiri untuk membuat pelbagai andaian tentang amender yang aku nak sampaikan. Maka bolehlah aku putarbelit sekiranya aku mendapat impak negatif dari sesiapa saja akibat dari komen aku ni...tu sebab aku buat ;p masa memula tadi]

Apapun, korang datang sini nak cari idea, kan?
Aku harap entry ini telah menginspirasikan dan bila dah ada idea, silalah ke entry Fynn yang dikomen ini untuk belajar cara menulisnya pula.





.
.
.




[jadi, apa komen aku terhadap entry Fynn yang ni?...err]








"Fynn, kau kata, kau tak tauuu?"

Komen kepada: bomoh





Entry asal:

"kalaulah saya ni kejam (not to say that i am good either), saya bomohkan je si Johnny Depp tu or si Zac Efron tu ke supaya jatuh cinta dengan saya. senang cerita. high taste sikitkan. dah alang-alang nak bomoh kan, baik aim for the stars. cewah. ni nak bomohkan orang kampung yang dah kahwin 10 tahun dan anak 4 dah. bullshit betul"

Read more...

Salam Cik Ezzan,


saya setuju dengan cadangan Cik Ezzan untuk membomohkan Johnny Depp sebab saya pun rasa dia cool. Walaupun saya malas nak gugel sapa Zac Efron, tapi saya get the point yang buat apa tempat kedua kalau tempat pertama itu dah boleh main bomoh-bomoh jer? soalnya, apakah kebomohan itu?

Kebomohan ialah melakukan sesuatu melalui perantaraan majikal. Aktiviti menyantau atau gunaguna memang common dalam masyarakat Malaysia. Melayu terutamanya. Di negara ini digalakkan perkembangan spiritualiti. Dan bangsa Melayu yang terkenal dengan kepamalasan akan kaum lelaki jantannya dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan fizikal dan peluh, mahu hidup dalam kemajikan.

Kaum wanitanya pula, memajoritikan diri sebagai jumlah pelanggan ilmu majik hitam, menurut statistik yang dijalankan barubaru ini. Bila kita kata hitam, kita merujuk kepada perlakuan menggunakan ilmu itu untuk menyakiti orang lain. Tak kira apa jualah niat atau sebabnya.

Kerana apapun yang telah berlaku, hanya bebudak kecik atau remaja saja yang akan bergaduh-gaduh sampai nak mencederakan menusia lain. Lebih baik perselisihan faham itu dilempiaskan melalui persemukaan atau dialog, walaupun ia hanya sekadar sesi meluahkan dan bukan sesi perbincangan atau bertumbuk. Orang dewasa, pada mata saya yang sedang membesar ini, sepatutnya berupaya menyalurkan ketidakpuashatian mereka macam orang yang beradab dan bertamadun, berupaya mengawal emosi dari mempengaruhi pendengaran, dan mementingkan keharmonian sesi komunikasi tersebut agar ia dapat diakhiri secara produktif.
Dan orang yang pakai majik adalah bacul.


Walhal Islam itu sendiri adalah kemajikan. Sesiapa yang buat kerja serta taat pada Nya akan berada dalam keadaan yanglebih tinggi dari majikal. Aku belum sampai tahap nak explain bab ni,dan kalau nak baca contoh cerita majik dalam  Islam, kau bacalah kat sini atau sini.


Apepun, topik yang Cik Ezzan kemukan agak relevan sebab malam semalam hampir separuh stadium Bukit Jalil dipenuhi dengan para bomoh demi mempertahankan maruah negara kita dari dirobek-robek lagi oleh Pasukan Indonesia.

Komen kepada: Membina kekuatan emosi

Entry asal: 

...Topik ini kakak GC cuba bincangkan kerana semalam kakak GC telah menonton televisyen, rancangan Bersamamu dan kakak GC yang diakui ganas ala-ala mafia Kampung Pisang telah selamat melahirkan airmata tanpa sedar dan tanpa dapat menahan lagi rasa sebak itu. Kakak GC pun hairan bin pelik bin ajaib, kenapakah kakak GC begitu senang mengalirkan airmata sedangkan kakak GC ini begitu terkenal dengan sifat kebuliannya apabila telah membuli rakan sekolah rendahnya sehingga menyebabkan kakak GC didenda berdiri di hadapan perhimpunan sekolah seorang diri...

read more...


Salam Cik GC

Beremosi itu bagus, tapi belajarlah mengawalnya. Menangis itu juga bagus, tapi biarlah kerana Dia. Kesedihan yang kita saksikan adalah pengajaran untuk kita. Tapi bila dah tahap dieksploitasi itulah yang rasa macam cilaka.

Banyak perkara yang boleh dipelajari dan menarik jika kita lihat dengan mata emosi. Dapat pulak rancangan macam Bersamamu di RTM3. Rancangan tu, disamping merupakan platform yang baik untuk masyarakat menyalurkan derma mereka secara terus kepada yang memerlukan, merupakan juga sesuatu yang boleh dijadikan panduan kepada golongan blogger.

Menjadi seorang blogger, kadangkala terasa desakan untuk meningkatkan jumlah pengunjung yang membaca. Itu normal. Kan ada ger kat belakang blog, tu? Untuk mengekalkan mereka membaca, kita kenalah menulis. Dan untuk menulis, kita perlukan idea. Salah satu telaga idea ialah entry yang berbau emosi. Entry berbau emosi amat mudah ditulis dan amat mudah direlate oleh pembaca. Lagi mudah ia ditulis jika cerita emo itu merupakan pengalaman sendiri.

Yang bestnya, semua benda jadi menarik jika ia ada elemen emosi. Minum air masa baran lebih menarik dibaca dari minum air semasa menziarahi kawan. Perkataan 'kau' hanyalah satu kata ganti nama hinggalah ada tanda seru atau tanda tanya di belakangnya. Dan cerita emo selalunya mendapat komen tertinggi. Di Malaysia, bila kita tanya ada apa-apa tak paham tak kepada kelas, semuanya senyap sunyi. Tapi bila ada sorang yang mula, silap-silap balik lambatlah kita menjawab soalan. Cerita emo selalu mendapat komen. Dan bila ada yang mula mengomen, yang lain akan mula turut serta.

Walaupun semua mengaku semua entry adalah dari hati yang jujur dan ikhlas, manusia tetap manusia. Radio yang kata IKIM pun akan sell-out juga kepada rating dan kehendak stakeholder. Begitu juga dengan blogger.

Hidup di dunia ada turun ada naik. Ada suka ada duka. Dan kita sebagai manusia patut mengambil tanggungjawab untuk berkongsi kedua-duanya. Masa kita bergumbira, berkongsilah kegembiaraan itu. Masa kita berduka, berkongsilah ia dengan blogwalking atau mendail RTM3.

Menangis bukan tanda lemah. Bukan tanda kalah. Menangis masa tengok cerita Bersamamu menunjukkan tanda kelembutan hati. Tanda masih ada rasa kasihan. Ia juga tanda bahawa Cik GC berpotensi untuk menjadi mangsa pukau. Mangsa kepada sales dan advertorial yang menyakinkan.

Orang yang membuli tak bermakna ia seorang yang kuat. Ia adalah satu kelemahan.
Pembuli adalah golongan yang cepat naik darah. Orang yang naik darah itu dah kalah. Sebab bila naik darah dia dah takleh berpikir. Tu sebab dia bertindak secara fizikal. Secara normal. Pembuli cuma pandai menyembunyikan muka marahnya. Tapi dia memang tengah emo dan amat mudah nak menekel orang yang sedang emo sebenarnya, asalakan kita juga pandai menyembunyika muka marah kita.


Dan seorang blogger patut tahu bila nak guna elemen ini dalam blognya. Bila pembacanya nampak happy dan hilang arah ajer dalam blognya, dia boleh tarik perhatian mereka dengan membuat entry yang emo. Barulah pembaca ada sebab nak kembali bertandang dan mengomen.

Tapi agak boringlah kalau sepanjang masa setiap entry itu nak emo ajer. Lainlah jika blog itu memang berkonsep emo. Dan cara nak kebal dari emo ialah mengalahkannya dengan lojik. Bukan dengan menutup tivi bila ada cerita sedih. Bukan dengan memalingkan muka dari orang yang minta derma. Dan lebih-lebih lagi bukan dengan menyembunyikan emo kita dengan membuli orang disekeliling.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...