Saturday, January 15, 2011

Komen kepada: ATOK mempersembahkan NENEK!!

Entry asal bukan bercerita pasal Yamtuan pun. Cuma intro jer. Tapi aku yang memang akan emo bila raja disebut, maka aku telah mengemo kan diri...

 Pepehal pun, aku harap Atok tak tersinggung...

Nenek sapalah yang jadi mangsa si Atok, ni...

Salam Atok,

Den tak sotuju dongan pendapat kau tontang Yamtuan. Baik Mukhriz. Baik yang arwah dulu tu.
Dan bukan Yamtuan yo do. Sumo eh samo yo.

Kok yo dio bohati porot, cubo sekali sekalo dio poei duduk dopan pintu BaitulMal kek MAINS tu. Baru boto. Sotakat ko Istano Salatin pun nak bokonvoi, nak ko KL pun main lontung traffic light, buley poei mampuih.

Malam ni ado karaoke kek Sri Monanti. Cubo Atok toko duit sapo yang bayar PA system dan majelis membazir tu sumo?

Hmmm..tompi ekau dan sumo yang lain kek luar sano tu, tak podulik sumo bondo ni sobab ekau semuo tido ateh tilam ompok. Ekau tongah konyang. Tu sobab kau tak ambik podulik. Sokali sokalo, cubolah poei molawat spital tu. Tengok orang sakit. Jangan tunggu dah eksiden baru terhegeh-hegeh nak poei spital.

komen kepada: yang mana satu kau nak?


Entry asal:

kau nak tahu tak? kalau tak nak tekan x di atas.

#arak

...blablabla...
tapi kan, kau nak tahu tak arak apa yang paling sedap, lazat, tidak terbanding dan tidak memabukkan?
arak ciptaan Dia di syurga.
yang mana 1 kau nak, arak di dunia atau arak di syurga?


#perempuan

...blablabla...
tapi kan, kau nak tahu apa yang paling cantik, menawan, menggoda, meleleh air liurkan bagi jiwa para burung yang gagah perkasa?
bidadari di syurga.
yang mana 1 kau nak, bidadari dunia tak halal atau bidadari yang sedia halal di syurga?

#kekayaan

...blablabla...
 tetapi kalau mengejar kekayaan dunia tanpa memikirkan etika dan empati sesama manusia, dapatkah kau sumbat segala kekayaan dalam kubur segi empat, 6 kaki bawah tanah itu?
sila bagitahu aku caranya kalau dapat sebab aku pun nak join sekaki.

#tempat

...blablabla...
kau nak tahu? kau boleh buat apa-apa kedurjanaan kat dunia ini dengan pelbagai cara dan taktik, tersembunyi atau berdepan-depan, maksiat 3gp atau dalam semak, dalam kolam, main belakang main depan, main sorang-sorang pun boleh. nak main dengan binatang pun boleh. kau nak mencuri pun boleh. nak bunuh orang, nak rasuah orang semua boleh, dedah sana sini, ketat sana sini,  Tuhan bagi. tapi dengan syarat, kau buat tanpa Dia nampak, tanpa Dia dengar, tanpa Dia hidu, dan tanpa Dia tahu di mana tempat kau buat dan tanpa saksi. kau boleh?
persilakan kalau kau berjaya mencari tempat tersebut walau di luar galaksi sekali pun.



p/s: sekadar peringatan untuk diri sendiri yang takut tak terjejak dan tak terbau syurga.


banyak lagi entry-entry sarkastik di sini...


Salam MATAHARI,

Dari satu sudut, entry-entry di blog anda adalah pandangan dari dalam kasut subjek yang dipilih. Dari satu sudut yang lain, entry-entry anda adalah sarkastik. Lawak sarkastik sangat popular dikalangan Yahudi dan Melayu. Contoh sarkasm Yahudi boleh didapati dalam sitcom Till Death yang tersiar di TV2 setiap Jumaat pukul 1pagi. Contoh sarkasm Melayu ialah sitcom Simpang Tiga kat RTM3 setiap Selasa ke Rabu, aku pun dah lupa. Sarkasm ialah sejenis lawak. Dan lawak sangatlah popularnya dalam blogosphere.

Aku akan cuba komen satu persatu. Dan sebagai mood, aku letakkan diri aku dalam kotak kasut seorang yang bangang tapi perasan pandai.

#arak

arak syurga rasanya lebih sedap dari arak dunia dan tidak memabukkan.

Bila kata 'lebih sedap' maka aku tertanya-tanya, sedap camana? Kesedapan adalah subjektif dan semua benda jadi sedap kalau kita merasainya disaat amat-amat mendambakannya. Megi amatlah sedapnya ketika lapar. Air kosong sangatlah lazatnya ketika haus.

Kalau diberi pilihan, aku tentulah pilih yang paling sedap. Dan sebagai motivasi, aku kena tau kat dunia ni camana rasa sedap tu agar ia memotivasikan diriku untuk mendapatkan yang lebih sedap. Kalau aku tak tau apa sedapnya, maka tentu semangat nak mendapatkannya itu akan hangat-hangat taik ayam.

#perempuan


Sebelum apa-apa, aku nak betulkan bahawa burung tak cari bunga di taman. Diorang cari cacing (i.e: earliest bird gets the biggest worm). Yang meruntun hati lelaki bukanlah karisma wanita tapi bayangan cleavage atau fantasi ejakulasi yang terhasil dek rasukan feromon yang ghaib.

Burung yang gagah perkasa hanya berminat pada satu ajer: seks. Sekslah satu nikmat yang sebijik mekanismenya macam kat syurga. Cuma kat syurga, jangkamasa foreplay dan nikmat ejakulasi itu, yang berbeza. Tapi basic gamenya sama; stimulasi deria yang ultra sensitif sehingga letusan ekstasi di otot-otot pelvik.

Wanita ialah simbolik kepada kecantikan duniawi. Peringatan kepada jasa para ibu.
Wanita ialah simbolik kesempurnaan seorang lelaki bila perkataan isteri yang digunakan.

Tapi bila bidadari disebut, nilai wanita itu sudah turun dari darjat seorang ibu, isteri atau anak pada mata lelaki. Bidadari dibayangkan sebagai hamba seks atau dayang yang sepanjang masa bersedia nak tuangkan air ke dalam cawan kita, atau yang otomatik mengurut kepala kita yang pening.

Ia biasanya dijadikan ganjaran oleh Tuhan kepada manusia yang berjaya melawan nafsu tidurnya (bertahadjud) atau yang melawan survival instinctnya (berjihad di jalan Allah). Ia umpama dorongan agar si lelaki akan melupakan kesusahan yang dia bakal tempuhi dengan memberikan fantasi-fantasi seksual.

Lelaki ni, dunia pun dia boleh tundukkan. Tapi tang seks, kami yang biasanya terduduk...
Aku nak yang kat syurga. Tapi soalnya, aku masuk ke, ke syurga dengan perangai aku yang macam ni?

#kekayaan


Memang ada banyak cara haram nak kaya dalam dunia ni. Dan semua sumber haram itu memang dimudahkan dan lumayan.

Memang duit tak bawak masuk kubur. Tapi duit membantu dalam menguruskan nasib anak-anak dan isteri yang telah aku tinggalkan.
Kalau takde duit, kau agak boleh ke kau solat dengan tenang?

samalah macam arak tadi, tak cuba tak tau...tak termotivasi untuk menjauhi.


(tiba-tiba....)

ahh..cukuplah tu...malas dah ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...