Saturday, January 15, 2011

komen kepada: yang mana satu kau nak?


Entry asal:

kau nak tahu tak? kalau tak nak tekan x di atas.

#arak

...blablabla...
tapi kan, kau nak tahu tak arak apa yang paling sedap, lazat, tidak terbanding dan tidak memabukkan?
arak ciptaan Dia di syurga.
yang mana 1 kau nak, arak di dunia atau arak di syurga?


#perempuan

...blablabla...
tapi kan, kau nak tahu apa yang paling cantik, menawan, menggoda, meleleh air liurkan bagi jiwa para burung yang gagah perkasa?
bidadari di syurga.
yang mana 1 kau nak, bidadari dunia tak halal atau bidadari yang sedia halal di syurga?

#kekayaan

...blablabla...
 tetapi kalau mengejar kekayaan dunia tanpa memikirkan etika dan empati sesama manusia, dapatkah kau sumbat segala kekayaan dalam kubur segi empat, 6 kaki bawah tanah itu?
sila bagitahu aku caranya kalau dapat sebab aku pun nak join sekaki.

#tempat

...blablabla...
kau nak tahu? kau boleh buat apa-apa kedurjanaan kat dunia ini dengan pelbagai cara dan taktik, tersembunyi atau berdepan-depan, maksiat 3gp atau dalam semak, dalam kolam, main belakang main depan, main sorang-sorang pun boleh. nak main dengan binatang pun boleh. kau nak mencuri pun boleh. nak bunuh orang, nak rasuah orang semua boleh, dedah sana sini, ketat sana sini,  Tuhan bagi. tapi dengan syarat, kau buat tanpa Dia nampak, tanpa Dia dengar, tanpa Dia hidu, dan tanpa Dia tahu di mana tempat kau buat dan tanpa saksi. kau boleh?
persilakan kalau kau berjaya mencari tempat tersebut walau di luar galaksi sekali pun.



p/s: sekadar peringatan untuk diri sendiri yang takut tak terjejak dan tak terbau syurga.


banyak lagi entry-entry sarkastik di sini...


Salam MATAHARI,

Dari satu sudut, entry-entry di blog anda adalah pandangan dari dalam kasut subjek yang dipilih. Dari satu sudut yang lain, entry-entry anda adalah sarkastik. Lawak sarkastik sangat popular dikalangan Yahudi dan Melayu. Contoh sarkasm Yahudi boleh didapati dalam sitcom Till Death yang tersiar di TV2 setiap Jumaat pukul 1pagi. Contoh sarkasm Melayu ialah sitcom Simpang Tiga kat RTM3 setiap Selasa ke Rabu, aku pun dah lupa. Sarkasm ialah sejenis lawak. Dan lawak sangatlah popularnya dalam blogosphere.

Aku akan cuba komen satu persatu. Dan sebagai mood, aku letakkan diri aku dalam kotak kasut seorang yang bangang tapi perasan pandai.

#arak

arak syurga rasanya lebih sedap dari arak dunia dan tidak memabukkan.

Bila kata 'lebih sedap' maka aku tertanya-tanya, sedap camana? Kesedapan adalah subjektif dan semua benda jadi sedap kalau kita merasainya disaat amat-amat mendambakannya. Megi amatlah sedapnya ketika lapar. Air kosong sangatlah lazatnya ketika haus.

Kalau diberi pilihan, aku tentulah pilih yang paling sedap. Dan sebagai motivasi, aku kena tau kat dunia ni camana rasa sedap tu agar ia memotivasikan diriku untuk mendapatkan yang lebih sedap. Kalau aku tak tau apa sedapnya, maka tentu semangat nak mendapatkannya itu akan hangat-hangat taik ayam.

#perempuan


Sebelum apa-apa, aku nak betulkan bahawa burung tak cari bunga di taman. Diorang cari cacing (i.e: earliest bird gets the biggest worm). Yang meruntun hati lelaki bukanlah karisma wanita tapi bayangan cleavage atau fantasi ejakulasi yang terhasil dek rasukan feromon yang ghaib.

Burung yang gagah perkasa hanya berminat pada satu ajer: seks. Sekslah satu nikmat yang sebijik mekanismenya macam kat syurga. Cuma kat syurga, jangkamasa foreplay dan nikmat ejakulasi itu, yang berbeza. Tapi basic gamenya sama; stimulasi deria yang ultra sensitif sehingga letusan ekstasi di otot-otot pelvik.

Wanita ialah simbolik kepada kecantikan duniawi. Peringatan kepada jasa para ibu.
Wanita ialah simbolik kesempurnaan seorang lelaki bila perkataan isteri yang digunakan.

Tapi bila bidadari disebut, nilai wanita itu sudah turun dari darjat seorang ibu, isteri atau anak pada mata lelaki. Bidadari dibayangkan sebagai hamba seks atau dayang yang sepanjang masa bersedia nak tuangkan air ke dalam cawan kita, atau yang otomatik mengurut kepala kita yang pening.

Ia biasanya dijadikan ganjaran oleh Tuhan kepada manusia yang berjaya melawan nafsu tidurnya (bertahadjud) atau yang melawan survival instinctnya (berjihad di jalan Allah). Ia umpama dorongan agar si lelaki akan melupakan kesusahan yang dia bakal tempuhi dengan memberikan fantasi-fantasi seksual.

Lelaki ni, dunia pun dia boleh tundukkan. Tapi tang seks, kami yang biasanya terduduk...
Aku nak yang kat syurga. Tapi soalnya, aku masuk ke, ke syurga dengan perangai aku yang macam ni?

#kekayaan


Memang ada banyak cara haram nak kaya dalam dunia ni. Dan semua sumber haram itu memang dimudahkan dan lumayan.

Memang duit tak bawak masuk kubur. Tapi duit membantu dalam menguruskan nasib anak-anak dan isteri yang telah aku tinggalkan.
Kalau takde duit, kau agak boleh ke kau solat dengan tenang?

samalah macam arak tadi, tak cuba tak tau...tak termotivasi untuk menjauhi.


(tiba-tiba....)

ahh..cukuplah tu...malas dah ni...

13 comments:

Along Tapa said...

stail penulisan berbentuk agama tak kisahla berbentuk fakta atau sarkastik memang serupa dengan suicidal note...sebabnya kita mungkin akan tersilap rujukan atau tersilap faham...

aku no komen pasal ganjaran tu..sebab kalo aku komen, takut terpesong pulak akidah orang lain...

Gorengbaek - Tips nak rampas tunang(?)

Hangit Habis dah - Aku tak panggil ko datang..yang ko menggedik datang bakpe?

aku said...

macam ni lah.

kau tak boleh expect entri semua orang nak kena ikut kepala kau, fahaman kau.

sarkasm cuma satu cara pendekatan.
tafsiran masing2, ikut cara masing2lah.

kau pun antara golongan manusia yang sibuk nak jadi tuhan.

menyedihkan betul.

PointBlankShot said...

Aku cuba nak paham apa yang kau cuba nk sampaikan.

tapi aku rasa cubaan kau nak troll si @matahari tu macam tak kesampaian.

cuba lagi next time. aku tau kau memang teringin nak jadik dewa trafik.

good shit though!

Irwan said...

sapa pulak kata sarkasm is bad?

dan, bila masa pulak aku sibuk nak jadi tuhan?

kalau aku expect semua entry ikut kepala aku, aku akan buat teh tarik gelas besar untuk semua orang.

Anyway, teguran yang bagus. Ia membuatkan adrenalin blogger dalam diri ini mengalir semula.

thanks!

Anonymous said...

hehe. terima kasih dalam cubaan meletakkan diri dalam kotak kasut seorang yang bangang tapi perasan pandai.

dan unik pemikiran kau ni.
kita di bidang yang sama, kejuruteraan.

dan aku menghargainya.

Irwan said...

point blank shot: aku bukan nak jadi dewa trafik. Kalau aku nak jadi itu, takdelah aku susah-susah bersengkang mata menulis komen panjang2. Baik aku blogwalk jer dari pagi sampai malam.

Dan aku juga bukan meneroll orang. Kalau aku nak troll, baik aku troll setiap blog yang ada dalam blog mazidul. Lagi thrill dan suicidal. Dapat liputan dalam 360 lagi...

Aku respek dengan entry2 matahari dan dia pernah suruh aku berpikir outside the box . maka aku pun buatlah sedemikian semasa mengomen entry nya yang ini.

aku: Menyedihkan? Aku memang tengah sedih sekarang ni. Aku menyedihkan? Kalau sedih, pergilah ke akuskizo.


gggg

aku said...

aku harap kau bukan takat tau komen, tapi tau buat jugak.

chao.

Irwan said...

tang tau buat tu, kau boleh checkout cubaan2 aku di payabesarpedas untuk yang terkini dan di akuskizo untuk yang pernah aku cuba sejak 1995.

mungkin dah sampai masanya tukang komen masuk ke fasa kedua seperti saranan podeh3 satu masa dulu

± said...

aku nampak entry matahari ada kelainan dan ia menarik aku utk baca entry2 yg lain juga

aku jugak nampak entry yg dikatakan outside the box lg sarcasm ini dikomen dgn penuh sarcasm juga oleh tukangkomen. does it sound like a troll? i smell it more like a compliment in indirect way

im expecting more input from matahari.ini baru real punye pencerahan minda!

to aku, chill la!

Along Tapa said...

aku tak faham diorang ni confuse antara trolling atau pendapat...actually tu pendapat ko..orang lain pun ada pendapat sendirik...jadik tu tak jadik prob kan??

@Dark

bila ko masuk jek, terus kepanasan tu cool down..haha..aura raja emo...

Gorengbaek - Tips nak rampas tunang(?)

Hangit Habis dah - Aku tak panggil ko datang..yang ko menggedik datang bakpe?

± said...

ok, ini takde kaitan dgn entry matahari tp utk 'Aku' dan 'PointBlankShot'

problemnya along, bila dorang troll org lain kaw2, dorg rasa dorang je btol, org lain salah tapi bila ada org lain yg cuba inject dos tambahan utk pemikiran luar kotak tu, dorang butthurt

aku tgk matahari relax jer, so what's the fuss guys?

Irwan said...

dah-dah dark...

Al said...

slame ni troll je ke pkataan yg dorg tau????hah?


erk..sori ak mnumpang skaki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...