Baiklah murid-murid. Harini cikgu akan mula mengajar. Untuk itu, cikgu nak murid-murid semua kelaurkan buku latihan masing-masing dan sebatang pen.
(murid-murid semua bertungkus lumus mengikut arahan. Dark mengangkat tangannya)
Kamu. Kenapa angkat tangan? Cikgu belum tanya soalan lagi.
"Maafkan saya, cikgu. Pen mata bola ke, pen dakwat cair?"
(sorang lagi murid angkat tangan)
Kamu?
"Cikgu-cikgu. Pen merah biru ke pen hitam?"
(tibatiba ketua kelas naik ke atas kerusi)
Mehmet! Kenapa kamu berdiri atas kerusi? Ingat ni Gunung Nuang ke?
"Cikgu, saya tak bawak pen"
Pensil takder, ke?
"Lanchowww!!! Pensil untuk budak darjah 4 dan ke bawah lah!" tempik budak korea bermuka pucat.
Siapa nama kamu, hai toyol berbedak tebal?
(murid-murid ketawa)
"Ju bin On" jawabnya.
Takper, takper. Duduk semua. Rilek. Pen mata bola ke, dakwat basah ke, warna kelabu ke, jingga ke, pensil ke, semua OK. Harini cikgu kasi diskaun. Tapi mulai esok, cikgu nak kamu semua guna pen biru, OK?
(semua murid diam)
Baiklah. Semua dah ada alatulis dan buku latihan masing-masing?
"Dahhhhh" jawab murid-murid serentak.
Bagus. Sekarang, cikgu mahu kamu semua buat satu dot kat buku masing-masing.
(murid-murid mula menconteng buku mereka)
"Cikgu, nak buat dot tu kat mana?" tanya Chirpy Chummy.
Kamu buat dot tu dulu.
"Cikgu-Cikgu! Nak buat dot besar ke, kecik-kecik?" tanya sorang murid yang lain.
Sukati.
"Cikgu-Cikgu! Kalau buat dot kat tengah-tengah muka surat, boleh tak?"
Sukati kamu. Semua dah siap?
"Cikgu-Cikgu!" jerit sorang murid yang dok kat belakang.
Amendernya tercikgu-cikgu ni? Susah ke nak buat dot?
"...dot tu, apa?" tanya budak tadi menyebabkan satu kelas bingit dek hilai ketawa murid-murid yang lain.
Syyy! Kamu jangan bising sangat. Kang guru kat kelas sebelah terganggu nantik.
"Cikgu-Cikgu!"
Hah? Apa lagi? Siapa nama kamu? Cikgu terlupa plak.
"Fontong, cikgu. Cikgu-Cikgu, kalau saya buat garisan boleh tak?"
Saya kan suruh buat dot. Kalau sesapa buat selain dari dot, maka takdelah markah sebab tak paham kehendak soalan.
"Cikgu-Cikgu!"
Apa dia?
"Saya rasa saya taknak buat dot la cikgu. Saya nak buat dot-dot" kata Dark.
Kang ada yang balik rumah muka berdot-dot ni kang. Baiklah, semua dah ada dot masing-masing?
(aku pun mula bergerak melihat hasil kerja murid-murid)
Tak sorang pun yang betul...
10 comments:
buat dot bukan tulis dot atau dot je dot?
.
(siap! yeayyy~!)
dot.
macam ni ke?
ehem, salam...jenguk dari blog kakcik seroja.
aku gelak bunyi,
dotdotdotdot
Salam ziarah
Makcik dari blog kak chik
dot tu apa dik, boleh bagi tahu makcik
dot
kan aku dah agak...sorang pun tak betul...dan banyak yang tanya dari yang nike.
baiklah...sapa boleh teka entry ni nak cerita pasal apa?
(kang ramai lak yang tak paham kang)
eh, btw, Mak Chik, dot itu ialah titik...
let me take a guess. cikgu nak promo blog cikgu yg ni kan?kan?
dark: hehehe...insightful, tapi tak betul
please insert more coins
this is not a guess. i'm running out of coins...
aku nak share video dari FFreethinker... what does he think about dot
Post a Comment