Dah lama rasanya gua tak mengomen. Maklumlah, blogosphere semakin hari semakin panas. Polis cyber bersepah-sepah melepak di setiap node dalam network. Gua kena berhati-hati. Ada pemerhati dikalangan blogger juga.
Sebagai pembuka kata, banyak yang gua belajar dari korang semua sepanjang gua mengomen dalam blog ni. Gua belajar pasal blogwalking, pasal etika-etika bloggers, pasal design, keyword, SEO, nuffnang, malah politik, sukan, artis dan sex luar tabii. Hehehe. Gua juga dapati bagaikan ada blok-blok dalam dunia blog Malaysia. Ada puak yang pro iklan. Ada yang tak pernah nampak batang hidung. Ramai juga yang kuat mencarut. Tapi, personaliti sebeginilah yang membuatkan gua lagi tertarik dalam blogosphere. Pada gua, blogging adalah istimewa. Gua dah cerita pasal ni dalam topik blogging vs diari satu masa dulu (cam bagus seyhh).
Yang menjadi wacana ialah gua ingat pada fasa ketiga (bulan Jun-September), gua nak masuk mengomen blog artis dan ahli politik. Masa sedang mengumpul material, gua dipertemukan dengan twitter oleh Cik BentPencil (@didyajustsaytht). Beliau secara berseloroh mengatakan bahawa blogging adalah ketinggalan zaman. Orang sekarang main twitter. Gua join yang maxis kasi free selama seminggu tu.
Memula tu, gua join battle of the Sexes. BOTS. BOTS ni boring sikit. Response dia lambat tapi kira cepat jugaklah berbanding blogging yang umpama memancing di lautan dalam. Trick yang gua belajar sepanjang penglibatan dalam BOTS ialah penggunaan perkataan yang sesuai dalam tweet gua. Gua mesti pandai pilih perkataan sebab gua tweet guna henpon N70. Henpon yang sama yang gua guna nak menghasilkan blog mywifenkids. Lelama, gua dapat tahu Maxis ada line direct ke server twitter dan gua aktifkan. Hambik kau.
Dulu gua janji dengan AlongTapa dan EszolRAAR bahawa twitter adalah sementara. Gua silap. Gua yang dah jadi sebahagian dari twitter. Hahaha.
Pada hari ini, gua dengan rendah dirinya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengenali gua melalui dua medium ini: Blogosphere dan Twitter. Gua kalau boleh nak berjumpa dengan orang-orang yang berada dibelakang posting/tweet yang gua baca. Gua nak kenal dengan lebih dalam lagi kerana selain manusia perlu beribadat kepada Allah, gua juga percaya manusia disuruh untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain. Dan blogging serta twitter adalah satu permulaan yang baik. Dua media ini bukanlah menceritakan seluruh tentang orangnya. Ia cumalah umpama papan iklan tentang orang itu. Kita nampak apa yang mereka mahu kita nampak. Nak tahu lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera.
Bukan selalu bagi penghargaan. Gua ingat nak tulis Terima Kasih jer besar-besar. Tapi kalau tak silap, gua dah pernah buat. So kalini gua guna taktik artikel pulak. Hehehehe. Semoga terhibur.
Insya Allah, lepas ni akan selalu update. Tunggu jelah janji munafik ni. Hehehe. Sekian.