Monday, January 24, 2011

komen kepada: sarkasis



Kau baca dulu, mana tau kau dapat lebih dari aku:


Ada banyak entry yang saiko dalam blog ni. Dua tiga kali aku scroll atas bawah cuba memahami maksud blog ni. Dari namanya cam blog yang sarkastik. Tapi aku tak pasti sarka ke arah mana. Mungkin sekadar memeriahkan blogosphere yang dah nyawa-nyawa PKR ni. Atau mungkin satu lagi cara mereka semua berlatih menulis cam blog faveret aku mencari idea: 100penulis atau terfaktab. Atau blog ni sebenarnya sarkas-is? Aku pun tak taulah.

Aku takde masa nak check setiap entry dalam usaha memahaminya. Aku suka dengan tulisan hiro yang konsisten tentang cinta. Aku komfius dengan luna yang memula sound pasal dunia ni pinjaman tapi dia sendiri yang mencarut. Aku tau Sca nDx sebab dia selalu gaklah mengomen dalam blog-blog aku. Beri aku sikit masa nak menerjah blog peribadi setiap penulis ni...Mungkin aku akan lebih paham sarkasis...

Secara terus terangnya, aku mengaku yang aku kureng sikit nak mengomen blog yang terdiri dari banyak penulis. Sebab ia memeningkan kepala aku. Atau entry yang ada read more. Maafkan aku. Aku takde line internet dan semua benda yang korang baca ni, dipost sama ada dari CC, wifi free atau dari rumah mak aku. Jadi, aku akan cuba optimakan duit aku sebaik mungkin dengan menge save page sebanyak-banyak blog yang boleh dan baca kat rumah bila semuanya dah aman.

Aku menulis sekadar hobi jer. Tapi nak tulis tukang komen kenalah membaca. Dan bila ada banyak penulis dalam satu blog, dan setiap satu tu cam orang kurang kasih sayang, aku memang akan rasa macam nak makan nasik. 

Tapi entry-entry dalamnya macam membaca fluffymath atau fynn jamal punya blog. Tapi ntahlah. Mungkin membantu kalau admin blog taruk description sikit kat bawah blog title.

p/s: sila belajar dari obie camana nak menulis dengan sarkastik...

Komen kepada: fluffymath


Blog ni rilek. Tapi entry dia too tight dan too deep. Maklumlah, orang ambik master (ke pHd?). Dahlah aku saiko baca sarkasis tadi. Ni lagi la saiko baca Kak Zafira ni punya luahan hati.

Ramai betul orang sunyi kat Malaysia ni...

Ayat gempak. Tang fotografi jer masih perlukan kefotojer-nik-an

Komen kepada: Blog kadangkadang aku senyum




Ni satu lagi budak saiko. Entry pendek-pendek tapi menyentap perasaan. Hilang pertimbangan aku dibuatnya. Dari entrynya, nampak gaya macam budak nasa ni mahir tentang dunia blogging sebab dia dah reblog kat tumblr.


Jap-jap. Aku nak picit kepala aku yang berdenyut ni...


Weii...Amender ni saiko-saiko jer blog hari isnin ni wei?
Takleh ke korang isik hati tu dengan bunga-bungaan?

Ke, aku yang tak betul ni? Ah. Cukuplah untuk hari ini.
Aku nak layan blog lawak pulak...

Ada sesapa tau blog lawak tak?

Komen kepada: dotdotdot

Berjubah dan kidal..EPIC!
Entry asal:
penat sejak keluar wad ni buat aku buntu nak tulis entry baru. sampai sham pun dok tanya mana entry..
kadang2 aku mengaku aku menulis ni untuk penuhi ketagihan korang yang menggemari blog ni...

lalu aku menghindari berita-berita berat dan memenatkan untuk berehat. kerja pun dah seminggu tinggal. merdekareview dan suara keadilan akan mintak kartun..aduuhh!

banyak benda aku nak buat tahun ni rasanya.
di wad aku dah siap rangka skrip teater. satira yang payau. dah lama tak menulis skrip. last dulu skrip "musang" tapi tak dipentaskan. skrip aku dulu bertajuk "ehh.." pernah memenangi anugerah khas juri di festival teater pahang 2003. aha, aku pernah menang pelakon lelaki terbaik pekan teater pahang 2001 kau tau, jadi sila bodek aku sampai hidung aku kembang.
aku plan nak pentaskan skrip baru yang belum bertajukk ni. mungkin tajuknya "err..err" atau...entahlah.

itu hari fared ayam kata kalau ada kawan dia bikin filim dan perlukan watak mafia akan panggil aku..ceh! watak jual mapiau pun takde...

aku juga rasa nak letak semua karya aku bawah satu bumbung laman web. kartun, komik, lukisan,blog ni, wak jono, aku oku tulisan sham dan lain2.

aku juga nak buat banyak lukisan dan catan (painting).

aku nak hasilkan single rasanya. siap video klip sekali. agak2 ok tak?

harap buku antologi catatan aku - "universiti kaki lima"dapat dicetak tahun ni.

kalau semua ni berjaya aku lakukan, alangkah bestnya!

Pergi selongkar almari Tuan KulupSakah di sini:




Salam Tuan Kulup Sakah,

Ye. Saya akan hampir gila. in fact, saya sudah melepasi batasan kegilaan tersebut. Terima kasih kerana berkongsikan semua azam tuan dalam entry ini dan saya akan cuba bantu tuan dalam mencapai kesemuanya dengan serentak.


Apa yang tuan kena senaraikan apa yang tuan nak buat tu. Lepas tu, taruk dateline untuk setiapnya sebagai ukuran kepada tuan sendiri agar tuan tahu sama ada tuan lagging atau leading dari jadual. Dateline mestilah sebulan atau dua minggu lebih awal daripada dateline yang sebenar agar tuan ada masa untuk pembaikpulihan jika perlu. Ini penting dalam memastikan tuan tahu di mana progress tuan.

Dalam memastikan tuan mencapai objektif tuan, setiap azam itu pasti kena ada flow dia. Dan tuan kena taruk dateline untuk setiap step tersebut. Barulah tuan tak panik bila tuan terdesak dek dateline satu hari nantik.

Di bawah ialah contoh roadmap yang saya maksudkan:


contoh jer tapi klik untuk besarkan

"harap buku antologi catatan aku - "universiti kaki lima"dapat dicetak tahun ni" - harap kena ada rancangan, bro...

1) Untuk dicetak, kena siapkan manuskrip. Kalau menulis 3 muka sehari, maka dalam 3 bulan, siaplah sebuah buku bermuka 300.

2) Setelah manuskrip dihasilkan, kena hantar kat editor untuk suntingan. Setiap komen editor kena dipatuhi tanpa mengurangkan nilai estetika atau mesej buku kita.  Dan pasti kena ada dua-tiga kali hantar baru dapat final manuskrip yang akan dicetak.

3) Buku akan dicetak. Ni kejap jer bila kena tempat dan timingnya. Biasanya dalam dua minggu siaplah. Berapa banyak nak kena cetak bergantung kepada point seterusnya.

4) Bila dah cetak, kena ada strategi pemasarannya dan rancangan dalam memastikan momentum kewujudannya sentiasa dirasai. Takdelah lepas 40 tahun nantik baru ada orang nak bakar buku Tuan macam Interlok.

Dari aktiviti di atas, dan jika tuan dah siap manuskrip tu, maka kelahiran buku itu pasti tak lama lagi. Tapi kalau manuskrip pun tak siap lagi, maka saya expect buku ni akan keluar hujung tahun nantik.


Atau


"aku nak hasilkan single rasanya. siap video klip sekali. agak2 ok tak?"- OK...


1) Kalau nak buat single kena ada lagunya. Jangan sekadar menumpu pada satu lagu ajer sebab telinga producer berubah-uabh ikut mood. Buat dua-tiga lagu yang boleh dipasarkan. Jangan buat lagu ikut suka. Buat lagu yang orang suka. Bila dah ada yang suka, barulah kita buat suka kita.

2) Kena bersedia mental dan fizikal untuk me-roadtour kan lagu ni sama macam buku tadi jugak. Jadi penyanyi ni lebih meletihkan daripada jadi pelakon atau penulis sebab nak kena perform setiap kali.

3) Kalau pemalas, tuan buat ajer video klip tu dan upload dalam you tube. Pastu, dengan bantuan rakan-rakan blogger, kasi pecah itu video dengan mensensasikannya.


Demikian adalah beberapa saranan dari saya dalam membantu merealisasikan rencana tuan untuk tahun ini. Diharapkan semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya serta kurang sikit GilaGila tu.

Biarkan part GilaGila tu ditangani oleh kami taip kali tuan lambat mengepost entry...hehehe.

Yang benar,
PST

Komen kepada: sedikit pesanan ringkas

Entry asal:

Lagu baru di bahagian kiri.
Tajuknya "Janji".

Dalam hidup, akan ada rasa bila kau dipijak tanpa tahu siapa mereka yang memijak kau dengan kasut dr.cardin yang siap ada tahi anjing, kelepek atas kepala kau.

Macam Tuhan adakan samak untuk najis mughallazah, macam tu jugak dia adakan kebahagiaan di setiap kesedihan. Kegembiraan di setiap kejatuhan.

Dengarlah yang tak seberapa itu. Walau apa pun yang kau dapat daripada lagu itu, atau tak ada apa pun yang kau dapat daripada lagu itu, aku tetap berterima kasih.

p/s: merah. and i like it.

Baca lagi blog puitis ni:

Salam Cik Para,

Dalam hidup memang kengkadang ada perasaan dipijak. Dalam kes cik ni, kasut yang memijak ada najis mughallazah. Tapi saya lebih tertarik dengan janji tuhan yang menjadi pegangan cik di perenggan ketiga.

Dari situ, didapati bahawa kebahagiaan itu akan wujud setelah kita bersusah-payah menyamakkan najis yang melepek kat kepala tadi. Ia takkan wujud selagi kita biarkan ia berada di mana ia berada sekarang ini.
Susah payah sebab nak menyamak tu satu hal. Nak komfiden dengan kesamakan itu pulak satu hal yang lain.

OK. Sekarang saya nak kembali ke dunia nyata:

Dalam dunia akhir zaman, orang buat apa saja dalam nak melepaskan sesak mereka. Kengkadang kita yang puitis nilah menjadi mangsa tetap sebab kita ni suka memendam rasa. Atau terlalu banyak metaforanya hinggakan orang ingat kita ni bersajak daripada bersuara.

Cuba sekali sekala bila dia memijak tu, cik larikan kepala cik ke kiri atau ke kanan. Atau Cik tungkai jer kaki dia yang satu lagi tu. Kasi dia jatuh berdebuk.

Dan dalam dunia akhir zaman juga mengajar kita, jika sekiranya cik terkena jugak taik anjing tu, Cik ambik gambar taik kat kepala cik tu dan buat laporan polis. Kasi ajjar sikit dia.

Kengkadang kita kena bersuara. Dengan jelas dan tepat dan tanpa distraction dari alat muzik di belakang...

Wallahualam.

Komen kepada: Abah's Words of Wisdom

hehehe

Entry asal:

"Family sticks with you forever. But friends come and go."

Not everyone can apply this in their life, but I certainly can. I come from a family oriented background and I am so thankful to Allah for giving me the greatest gifts anyone could ever ask for. From parents to brothers to grandparents to cousins to aunts and uncles...I have 'em all and I love 'em all!


Pergi terjah blog dia:



Salam Asma,

Family memang stick together. Tapi bila semua ahli family tak dapat membantu, kat sapa kau nak mintak bantuan?

Masa aku belajar dulu, aku pun pikir camni jugak. Dapatlak aku telah banyak menempuh cabaran dalam part persahabatan ni. Dan akibatnya, selepas Uniten, aku kurang mengutamakan kengkawan aku. Aku hanya hidup dalam dunia eighttofive aku yang dikelilingi oleh adik beradik aku ajer.

Tapi sejak adikadik aku semakin membesar, aku mula rasa. Aku mula rasa dunia aku semakin sempit sebab pandangan aku asyik dibenarkan saja oleh adik-adik aku yang mengidolakan aku. Orang pertama yang cuba membuka mataku kepada kepentingan kengkawan ialah Abang Saiful. Tapi aku tengok dia pun sell-out dan became confused jugak dengan prinsip nya dalam persahabatan. Dan ini menguatkan lagi peganganku kepada ayat wisdom dari ayah Cik Asma tadi.

Tapi sejak dah jadi ayah ni, pandanganku terhadap dunia dan kehidupan telah berubah. Aku mula menghargai nilai sebuah persahabatan. Dan banyak kali aku ditempelak oleh tuhan bila kengkawan lebih bersedia nak menolong aku dengan ikhlasnya daripada sedara mara aku sendiri.

Dari situ, aku mula mengkais-kais kembali sisa persahabatan yang masih ada. Aku mula menghubungi kengkawan lamaku, walal musuh-musuh ku juga.

Dan aku dapati, walaupun blood is thicker than water, I can't live without water. Blood is what given to me. It will always be inside me. But water, I need to find.


Sekian.

Komen kepada: struggle for better life

Aku tertipu dengan gambar profailmu


Entry asal:

100 posts! I'm not blogging anything worthy for my 100th post anyway. heh. I'm feeling low so yeah. trying to keep my self calm and sane all the way. sometimes I feel like crying my heart out and at the same time pretending to be happy so the others have no worries on me. yeah. whatever. I love listening to Dewa 19 whenever I'm feeling low, sad, depress, happy or even in love. Dewa 19 is awesome and yet they're splitting up. what a waste.


Pick your own berries here:

salam Una Berry,

Aku pun suka dengan Dewa 19, particularly album Republik Cinta. Lagulagu dalam album tu epik padaku dan merungkaikan banyak persoalan yang bermain dalam kepalaku masa tu. Tapi sekarang, bila aku rasa low atau tension, aku tutup pendengaranku dari semua dan fokus pada pernafasanku.

Post keseratusku pun aku tak buat entry yang gempak-gempak. Ataupun aku cuba nak menghargai follower ke 50, 100 atau yang ke sejutaannya. Kerana padaku itu hanyalah statistik. Nombor itu bolehku manipulasi dengan semudah ABC.

Apa yang bernilai padaku ialah pelajaran. Apa yang aku dan kamu belajar hasil dari entry kita hari ini atau perkembangan dari pertemuan kita pada hari itu. Kita mungkin bermula sebagai musuh. Tetapi kini kita sudah mula menghargai. Kita mungkin bermula dengan entry yang panjang berjela dan memualkan. Tapi kini, entry lebih tepat dan menginspirasikan.

Apa yang benar hari ini mungkin salah esok harinya. Apa yang betul semalam mungkin tidak betul lagi pada lusa.

Hidup, bak bait lirik dalam entry keseratusmu, memang sebuah perjuangan. Tapi perjuangan itu lebih indah bila kita tidak berjuang keseorangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...