Tuesday, August 23, 2011

Blog We are Not Alone

Blog ni adalah sebuah lagi hasil kerja bermutu dari Bro Gedek. Blog beliau yang dah memang sell-out dan tak terkawal tu memang semakin meletup. Dan kali ni, kita kasi pecah pulak blog beliau yang ni. Amenda ayat gua ni?

Falsafah blog ni ialah ia adalah blog fotografi. Dan selain sekadar mengambil gambar sendiri atau orang lain, Bro Gedek mengetengahkan satu isu daripada masalah umum diri seorang manusia urban iaitu merasakan bahawa diri ini diperhatikan. Kadang-kadang kita rasa macam diperhatikan tapi bila kita berpaling, kita tengok takde siapa pun kat belakang.

Melalui blog ini, kita akan dapati, kadang-kadang perasaan diperhatikan itu boleh juga datang hasil dari permerhatian objek-obejk inanimate di sekeliling kita. Pendek kata, Bro Gedek menjelajah ruang paranoia yang amat dalam dengan mengadakan blog seperti ini. Mujurlah ia kurang diupdate, kalau tidak, tentu kita dah kehilangan Bro ini seperti kita pernah kehilangan @darkhalf85 atau @akuskizo yang semakin nyata di ruang cyber.

Anyway, diharapkan agar pendedahan ini memberikan idea kepada sesiapa saja kat luar sana yang ingin buat blog dari DSLR yang mak baru belikan semalam. Dan supaya industri pembloggan Malaysia akan evolve daripada takuk lama di mana gua bermula, dua tahun lepas...
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...