Thursday, August 25, 2011

Mangkuk punya polis


Kengkadang kita biasa tengok Polis buat roadblock, kan? Standard arr. Demi menjamin keselamatan semua, diorang kena check lesen dan roadtax kita idup ke idak. Mangsa wajib masa roadblock ialah mat rempit. Ada juga roadblock yang khusus nak attack PATI atau lori. Ada juga roadblock yang attack pemabuk. Apa pun motif roadblock diadakan, kita kena ingat: ada juga ROADBLOCK HARAM.

Menurut urban legend yang dikumpulkan setakat ini, roadblock halal ialah roadblock yang ada papan tanda "Berhenti Pemeriksaan Polis", ada pegawai tinggi yang memantau dan lately ada wakil dari pihak ketiga macam AADK atau JPJ yang turut mengiringi. Ini yang halal.

Roadblock haram pulak ialah roadblock yang takde papan tanda. Kita tengah lalu dengan aman dan membayar cukai, tetiba jer sorang mamat polis melompat keluar dari tepi jalan menahan kita. Roadblock macam ni, biasanya akan wujud dari tengah bulan membawa ke saat keluarnya gaji. Lokasinya tak menentu, mengikut kreativiti pak polisi haram kita tadi. Tengok video bawah ni yang dirakam secara CIA di simpang kat Seremban Selatan baru-baru ni. Mangkuk ke apa? Dah membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain!


Masalah dalam sistem per roadblockan kita ni ialah masalah rasuah. Yer, memang betul kerajaan dah buat kempen "Saya benci Rasuah" tapi perlaksanaan dan keberkesanan tak sapa yang betul-betul tau. Dalam sistem terbaru, si pemberi dan penerima rasuah, dua-dua akan dicekup. Dan inilah kelemahan utamanya.

Kalau korang pernah kena tahan lately, korang biasanya akan diminta memberikan lesen. Kalau lesen, roadtax atau kenderaan kita ni ada problem (kalau takde pun boleh diada-adakan), kita akan 'ditarik' keluar. Parking kenderaan elok-elok, dan seorang abam polis akan bawak kita slow talk kat bawah pokok atau kat belakang black Maria. 

Mula-mula dia akan leverage kesalahan kita, cakap betapa besarnya jumlah denda yang nak kena bayar kalau dia sabit itu, sabit ini. Taktik ni dia nak kasi kita goyang jer. Kalau abam yang otai, biasanya dia akan bagi hint. Tips supaya kita menawarkan duit kopi pada dia. Kita pun menggelabahlah. Sesiapa yang bagi rasuah, kalau jumlahnya cukup, dia senyap dan masalah selesai. Kalau jumlah tak cukup, maka dia cekup kita dan caj kita sebagai pemberi rasuah dan dia dapat pingat.


Marah? Jangan marah gua! Marahlah diri sendiri! Dahlah apa magkuknya taruk Polis bwah JPM. Orang taruklah diorang bawah Raja ke, Parlimen ke..

Mangkuk tak sistem? Rakyat didahulukan?






12 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah..syok btul mangkukkan org ekk.. Blajar undang2 dulu woi..jgn duk baca undang2 am dgn kanun keseksaan je..pi mgaji akta2 lain lg,baru leh mngata roadblock halal ka,haram ka..jgn syok sendiri..
Org salah akn cari jln mudah utk lepaskn diri..kalu xsalah xpayah goyang dgn pak polisi.. Bt rileks sudah..kalu salah pi byr saman.abis cite..xpayah nk sembang tepi mntak kurang,mntak ejas.tu smua punca rasuah le tu..dah la bt salah,pastu duit takde nak mntak ejas..bila dh ejas,kata rasuah pulak..sapa yg mangkuk?
Pak polisi bkn bangang smpai smua org dia thn nak mintak rasuah..bak kate org2 tua,tepuk sbelah tgn xbbunyik. Klu bt salah,bayar je saman.settle.bkn susah pon.
Jgn la bt cerita kene tarik kluar dari kereta la,duk blakang black maria la,jgn ckp bende bkn pgalaman sendiri.bt malu je.lori polis yg hang kenal black maria je la.black maria tu guna utk apa hang pun xtau..keje memangkukkn org je kan..mmg syok.
Jgn sebab sekor dua yg mangkuk,lu nak mangkukkan smua polis.cuba lu bayangkn bapak lu polis,kerja bagus,cari rezeki halal utk anak2 mcm lu..pastu gua datang sound mangkuk kat bapak lu,tak terasa ke mangkuk tu turun dr bapak lu kpd lu?hahaha.
Belajar la menghormati org lain.cari jalan utk mencegah,bkn memaki dan menghina..kalu lu tau sistem tu rosak,cari jalan sama2 baiki sistem tu,bkn cari jln menghina dn merosakkn sistem tu.tu tanda masyarakat yg tak bagus.
Tak smua manusia sempurna,tu je.byk lg rasuah yg gila babi.tp xde sape mangkukkn pejabat tanah,kastam,etc..tanpa kt yg memulakannya dgn nak ejas bg lepas saman la,tender la,tanah la,rasuah xkan bmula.
sori la pnjg gua mbebel..sbb gua ni xsuka dgr org memangkukkn sesama sendiri.mcm dh power sgt.mcm dh mulia sgt.nabi yg mulia pun tak menghina n memangkukkn org.setahu gua yg cetek akal ni,nabi cari jalan utk pulihkn kaum dia yg rosak..bkn memangkukkn kaum dia..klu bkn nabi kt nk ikut,sape lg yek..
Ok..babai..
P/s : jgn la ckp suh polis duk bwh parlimen ke,bwh raja ke..dangkal sgt tu.pi mgaji dulu pasal undang2 dan sistem jabatan di malaysia.baru syok.nak tulis pun steady,yg baca pun dpt ilmu..amcam? Mangkuk tak gua?

Irwan said...

lu butthurt apapasai?

PLE? LOL

Unknown said...

kepada anon yg KETARA SANGAT ada hubungan dgn polis tu,entri ni pasal polis yg BUAT ROADBLOCK HARAM lah, mangkuk. yg kau sakit-punggung ni dah kenapa? Tercucuk sngat di hati tu? smpai mengaku diri tu mangkuk, maki diri sendiri. LOL

shin ho said...

ha3..maybe sebab kturunan dia ade polis kot..xpun polis bantuan..tue yg meroyan..da mmg btol bnda tue ade noq..xkn la org sesaje nk buat gossip..=="

podeh3 said...

as salam...
anon.. lu memang mangkuk kerana kencing atas busut dan sila cuba lagi. haha...

Anonymous said...

polis bwh JPM ke? rasanya bwh KDN kan..

Irwan said...

KDN bawah?

RastaMat said...

Gua pernah join polis bantuan..
Gua ada ramai kenalan polis..
Gua tak suka polis terutama bahagian atasan..dia punya korupsi macam celaka..

Irwan said...

Itulah. gua tengok viral video SPRM pun mcm sialll jer. SIbbaik dalam bank kalau tidak dah pecah TV tu gua kerjakan

Unknown said...

this contact formRecommended Site see hereother weblinkofficial website

smeajough said...

e3q73a3l73 a0s88s2t42 c6j21f6y14 e4i72i7d47 k1t52e8m54 y7j79q5w09

toughson said...

e6m71a0i11 n2d89b1x64 d6w53f7l48 i7k41q4u60 w8k56s6h03 s8d83v2i70

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...