Tuesday, March 1, 2011

Pelacur Blog?


Seks. Pertemuan antara khitan dengan khitan. Ia suci jika berlaku selepas ijab kabul. Ia seronok jika berlaku suka-sama suka. Tapi secara keseluruhannya, ia adalah seks. Semua orang melakukannya tapi tak ramai yang membincangkannya. Depan public, semua kata kotorlah, jijiklah, bodohlah. Tapi bila main, habis aksi dalam buku karmasutra tu di-try nya.

Tapi aku nak cerita pasal pelacur blog. Pelacur blog secara bahasanya bermaksud pelacur yang menggunakan seks dalam meraih trafik ke blognya. Dalam budaya Malaysia, buat muka ayu, tunjuk cleavage, pakai ketat, itu dikira seksi. Dan orang yang menggunakan elemen ini SEMATA-MATA dalam meraih trafiknya, adalah pelacur blogger mengikut takrif ini.

Pelacur blog dari sudut terminologi pula, merujuk kepada golongan yang cari duit SEMATA-MATA dari blogging. Kira dia dah tukar trafik dia kepada wang. Dia blogging, bukan nak menyampahkan sesuatu, tapi semata-mata nak raih trafik. Kira kalau blogging tu seks, orang yang ambik duit dari seks ni kira pelacurlah. Kalau ikut takrif ini, maka semua blogshop adalah pelacur blog.


Sebagai memudahkan pemikiran, kita kaji semula kes Cik Kupukupu yang dikaitkan sebagai pelacur blog:

1) Cik Kupukupu ada mata ayu, pakai ketat kadang-kadang, dan ambik gambar ala-ala gedik gitew. Dia buat semua benda ni bukan sebab blog. Pompuan zaman sekarang sumer cam gitew. Sebab lojiknya, takkanlah dia pakai kontek lens masa blogging jer. Jadi kalau kita nak gunakan elemen pemakaiannya dalam hujah kita (dapatlak yang bercakap tu lelaki bujang yang tak alim nahi warak pun), ia menerangkan sesuatu tentang makrifat kita sebenarnya. Ni bukan point. Ni saja jerr..

2) Blog Cik Yuyu takde isik? Nilah perangkap blog Cik Yuyu. Pompuan kecik ni, sungguhpun nampak bimbo, amat intelligent sebenarnya. Jika tidak, masakan dia dapat menarik 2000 follower lebih dalam masa yang singkat? Takkanlah orang follow sebab terpukau dek mata tu jer. Aku bet, mata tu mengundang lagi banyak haters dari lovers. Jadi, mata itu bukan sebab follower naik. Aku pernah terkena dulu masa mula-mula nak komen blog dia. Setelah membaca tips menaikkan follower dia (walaupun kebanyakan tips tu avail dalam net), aku respek jugak sebab dia compilekan semua finding tu dalam satu entry.

3) Cik Yuyu punya PR bagus. Seperti yang korang boleh baca sendiri, sungguhpun telah dihentam oleh tahsapa-sapa ntah, Cik Yuyu boleh berterimakasih lagi kepada penyerangnya. Sungguhpun patutnya Cik Yuyu boleh endahkan ajer komen orang yang tak beridentiti, tapi dia profesional. Ada banyak hikmah yang boleh dijadikan teladan kepada blogger kat sini.

4) Mungkin Cik Yuyu pernah buat salah yang menginspirasikan entry tembakan tepat tersebut (sekadar bersangka baik pada culprit ajer). Kalau bukan dah nak pagi, masakan Cik SpekRosak ni berkokok. Pasti ada sebab musabab kenapa entry yang menyayat hati itu dikeluarkan sebab aku rasa, Cik SpekRosak ni bukan orang bodoh. Dan aku rasa, mesti Cik Kupukupu ada menyinggung perasaan ahli klan dia ke apa...Dia kan kepala (banarrrr)


Sebagai penambah perisa (lari dari topik), kita ikuti beberapa ciri yang berikut dan cubalah agar kita lebih menghargai orang lain dan belajar-belajar ilmu RD atau RENDAH DIRI. Jangan RT jer...


1) Orang datang komen kat blog dia. Orang tu tersilap cakap. Pastu pengkomen yang lain bahan dia LEBIH-LEBIH. Tuan tanah taknak backing pun orang yang silap tu atau silap-silap join sekali kengkawan dia. Mamat tu dah mintak maaf pun masih dibahan. Meleret-leret sampai dua tiga bulan, dok ulang-ulang point atau keyword tuuu jer. Ni lagi teruk dari pelacur. Ni dah tahap Nyah, nokkk.

2) Ada fan/follower yang baru nak berjinak dengan dia. Tapi sebab kengkawan dia dah influence dia, dia secara babi buta sokong tunnel vision kawan dia tadi dan mengata mamat tu dari belakang. Kan ke macam pelacur yang membincangkan pelanggan, tu. "Kau ketat, sebab tu dia follow kau..."


3) Memang sengaja cari blog yang ramai follower (atau yang baru nak naik) dan bagi komen panas kat sana. Ni lagi traffic monger dari Ben10. Siap buat entry kutuk orang lagi. Masa mula-mula update, taruk nama, kasi UP. Bila dah Up, tukar nama semula takut disepina. Bitches.

4) Buat ID lebih dari 1 dalam FB, tweeter dan blogosphere. Nak kata buat duit, takde iklan pula. Abih tu, apalagi agaknya yang dia nak dengan buat blog atau ID banyak-banyak? Apalagi? Nak perhatian la. Dengan Dato K, dia Mimie. Dengan Datuk S, dia ShaSha. Dengan orang yang dia jeles, dia anonymous. Ni lagi teruk dari skizo.

5) Kita follow tweet dia sebab nak ikuti frekuensi dia update blog (bila dah update, mesti dia tweet, ye tak?). Ni pulak, habis sampai dia nak pegi Mekahlah, masak dengan mak dialah, sampai nak berak pun nak tweet. Bila orang tweet balik, kasi pandangan, dia cakap kita nak ngorat dia. Pening aku.

6) Kutuk orang sebab pakai ayat cam gitew-gitew, tapi dia bagi 'virtual hug and kisses' kepada follower dia yang baru. Apa bezanya? Fifi gifi mamfos.

7) Buat entry pastu taruk butang komen. Bila komen, dia moderatekan. Takyah pakai alasan spam tu. Jijik la. Takpun, dia balas: ni blog aku, suka akulah!. Kalau camtu, tulis je dalam buku latihan, pastu simpan bawah tilam, jangan menyemakkan server! Hahaha.

8) Paling lawak, dia kutuk (dan gelar-gelar) orang (dalam tweetnya) pelacur. Belakang, GURU yang dia hormati pun follow 'pelacur' tu. Kahkahkah.


Semoga bulan tiga ni lebih ceria. Selamat membaca!




p/s: Tapi peliknya, jika kita dah memang berkawan dengan orang yang nak masuk neraka, narkasis, orang gila (yang ada surat doktor), atau orang yang mengaku padangannya rosak, patutnya apa sangatlah tambah sorang lagi pelacur dalam senarai tu, ye tak? Ke, ye ke?

p/s: Aku? Aku memang cam-whore, attention-whore, fame-whore, blog-whore or what ever whore you would like to call me. Whoring is an industry and we're making money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...