Kadang-kadang, masa meninggalkan komen kat blog orang, nak bagitau dia yang aku feature blog diorang kat blog aku, aku mendapat macam-macam reaksi:
"Terima kasih kerana sudi berziarah. Blog awak pun tak kurang hebatnya! Teruskan perjuangan!" -tuan punya blog muslimah terlenggangkangkung sekali di abad ini.
"Lu appaa haaallll?!!!" - Bujal X.
"Bukan menghina, mencaci ajer" -Bujal X lagi.
"Aummmm!" - Tok Rimau
"Lu sapa? Lu nak tunjuk kapla ke? Nah, hambikla kapla ni. lu tak cukup kapla, ni. Kapalaludimaanaaa?" - SpekrOsak
"You cute, laa" -Cik Yuyu
--------
Namun itu semua tidak mematahkan semangatku dalam menerjah dan memorak merandakan hidup dan masa berinternet orang lain dengan komen dan entry-entry tahap-hapaku. Dan nampak gayanya, peminat dan groupies lebih menggemari blog aderberani daripada blog-blog abangnya yang lain. Ini menimbulkan syak waham dan cemburu dikalangan adik beradik. Lain pulak jadinya.
"Tukangkomen takyah nak blogwalk lebey-lebey. Dia dah memang feymes..." kata Atan dan Abu spontan dengan muka jeles baru-baru ini.
"Ahhh! Blaah la lu! Cibai! Kita yang bagi idea kat dia. Dia pulak yang lawan tokey!" -akuskizo
"Semoga terus berkarya dan tak mengganggu ketenteraman sejagat" - The black entity
"You should rename the pictures in your blogs to respective keywords so you'll earn google image search points! And oh! Great blog you got there!" -google gigglers
Akibat nak menjaga hati abang-abang, blog ini agak lembab dalam dua tiga minggu ini, ditambah lagi dengan jangkasa masa eksperimen autopost yang baru masuk bulan kedua. Siri Mengarut101 yang sepatutnya diganti dengan siri Kelab Komputer juga tah bila-bila nak disiarkan memandangkan timingnya tak kena. Kejap riot. Kejap tsunami. Blogosphere tengah bersedih. Takkan kita nak mengarut dan melawak, pulak? Apapun...