Wednesday, November 30, 2011

Mangkuk, Caught on Camera

Nampak tak ada adik pakai pyjamas kelabu yang pangku kat
mak dia tu? Lelaki pakai topi berbaju kuning tu ayah dia.

Tengok muka dua ekor mangkuk yang selamber buat muka sial
taruk beg dia kat seat. Sibbaik kemuter bergetar, muka tak clear

Macam biasa, gua balik dari Setia Jaya ke Sungai Gadut naik komuter. Dan macam biasa, tren sendat macam seluar bebudak zaman sekarang. Sampai kat area Serdang, ada satu keluarga naik, bawak anak-anak kecik dia. Takde sapa yang offer kan seat kepada makcik atau anak-anak dia. Gua rilek lagi. Tapi gua ushar-ushar jugak la kalau-kalau ada orang yang boleh gua ayat suruh dia kasi seat dia pada akak tu atau anak-anak dia.

Sampai kat area Kajang, orang dah ramai turun, akak tu dapat la duduk. Tapi sebab seat limited, ada anak dia yang terpaksa berpangku. Gua pulak keluar kejap nak buang sampah kat luar dan masuk balik ikut pintu belah sana. Masa gua lalu nak ke tempat asal gua, baru gua perasan ada dua mamat, betul-betul sebelah akak tu, selamber jer taruk beg kat satu seat. Apalah salah diorang ke tepi sikit, kasi anak dia yang berpangku tu duduk.

Tak kisahlah akak tu nak turun kat next stop ke.
Tak kesah lah kalau dah offer, akak tu kata takper ke.
Tak kesahlah apa-apa pun, tapi darah gua menyirap.

Dari jauh, gua snap gambar pertama. Tak puas hati punya pasal, gua pergi depan mangkuk-mangkuk tu dan snap (siap flash lagi) muka mereka. Nak sound, gua malas nak bercakap. Nak melempang, tangan gua sebelah pegang benda.

Pointnya di sini ialah, kat Malaysia ni, kita berjaya sebab timbang rasa. Dan pukimak-pukimak tak berpikir pasal orang lain macam mangkuk kat atas tu, patut kita cantas ajer. Kasi mampos.

Sekian, Aderberani?

Friday, November 25, 2011

Jom support Hope 2 Walk

Kami di blog aderberani.blogspot.com menyarankan kengkawan semua menyokong dan menyebarkan kempen ini di blog, twitter dan FB masing-masing. Sapa tak support, memang mangkuk. Sila klik ke sini untuk keterangan lanjut 



Kebiasaan


Naik komuter dan terlihat sepasang kapel duduk mesra-mesra. Mula-mula diorang cover-cover gak la. Tapi si awek makin lama makin menjadi-jadi. Dia pulak yang mengacah-acah nak comolot si balak. Sampaikan si balak terpaksa cover kawasan crotch dia. Stim kot. Semua yang memandang, termasuklah aku yang dulu-dulunya singa, hanya diam ajer tertunduk. Alaaa....Standard arrr

Aku pernah bersesak naik keretapi di China. Dan aku pernah dengar serita pengalaman orang yang naik keretapi di India dan London Subway. Tapi semua cerita mereka takleh celen cerita aku. Satu petang, masa tren komuter dah berapa kali batal dan lewat, tah camana, sampailah sebijik tren. Orang ramai yang nak balik kerja, bersesak-sesak menyumbatkan diri ke dalam koc yang sempit. Semua nak dok dekat dengan pintu. Kawasan tengah koc kosong. Ada yang terjerit suruh orang masuk ke dalam tapi keadaan tak bergerak. Aku terasa aku ditolak dari belakang. Aku berpaling. Kelihatan seorang kakak bertudung dan speki menolak aku. Aku ushar mata dia sambil mengerutkan dahiku tanda tak suka dengan perbuatannya. Dia jegilkan matanya dan terus menolak aku. Aku beri laluan dan keluar dari stesen dan ambik bas ajer. Bila aku cerita kat member aku yang dua orang tadi, diorang menganga. Bila aku cerita kat orang yang biasa naik komuter, diorang kata; alaa...standard arrr.
Menusan di Pavi dengan kengkawan. Tetiba datang sekumpulan budak berpakaian ala Cosplay siap celak kat mata menghampiri tong tempat kami merokok. Diorang pun keluarkan rokok mereka. Member aku memberi isyarat kening kat aku mengatakan secara telepati; bebudak lagi dah isap rokok. Budak-budak keluarkan Dunhill, Marlboro Light, Winston. Aku menyembunyikan rokok seludupku dan pergi ke tong kat belah tiang yang lagi satu. Bila line dah clear, aku menyatakan kekagumanku dengan had umur para perokok di Malaysia. Dan kengkawan aku menjawab, alaaa...standard arrr...

Hujung minggu menonton TV bersama keluarga. Rancangan kegemaran ialah buletin artis yang kebetulan ke udara di waktu lunch. Terpampang liputan majlis perkahwinan artis yang gilang gemilang yang dulu-dulu kami hanya baca dalam novel-novel hikayat sakti. Lepas tu, ada slot liputan kes penceraian artis yang baru 2 tahun kawin. Aku menyatakan kekagumanku dengan jangkahayat rumahtangga para role model Malaysia ni dan isteriku kata, alaa...standard arr. Tukar pasangan macam tukar henpon.

Banyak lagi standard-standard baru yang mula tumbuh kat Malaysia ni. Dan semuanya adalah nilai-nilai yang dulunya adalah taboo zaman aku membesar. Bebudak kecik kecik lagi berkapel pegang-pegang tangan, peluk cium. Mak bapak bawak anak-anak kecik keluar jenjalan di tengah malam. Surau, masjid dan public transportation yang hanya dipenuhi oleh imigran. 

Sebagai tukang komen yang bermata kritikal dan berlidah laser, aku sendiri pun dah kompius, apa yang patut atau tak patut dikomen. 
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...