Thursday, April 26, 2012

Komen kepada : BLOGGERDROID apps

Gua download pun, benda free, so gua takbley cakap banyak. Sebagai seorang blogger, ehhem! Sebagai seorang EX-blogger, gua berasa teruja apabila diperkenalkan dengan apps android untuk pengguna platform blogger.com untuk memblogkan diri, yang bernama bloggerdroid. Korang takkan tak perasan ada beberapa posting dalam blog-blog gua yang dipost dengan apps ni? Ecececehhh...

Anyway, gua cuma nak cakap satu benda jer pasal apps ni. Tapi nak bagi agar pemahaman tu jitu, gua terpaksa menghuraikannya dalam bentuk gaya sedemikian rupa. Eh? Apa yang gua mengarut, ni? Again! Again!

Anyway, gua nak cakap satu benda jer pasal apps ni. Tapi benda ni mungkin spesifik untuk gua dan pengguna Sony Xperia yang ada keypad qwerty slide tu sebab gua menaip posting ni menggunakan hempon serta apps itu, lah ni. Eh? Err... Hmm..tak cantik, arr. Again! Again!

Anyway, gua nak straight to the point. Point gua pasal apps bloggerdroid 2.something ni, SATU jer, dan sekarang gua dah lupa apa dia.

Mudah jugaklaaa, sebenarnya, ada apps ni. Boleh gak laa gua lepas gian menaip panjang-panjang sepanjang perjalanan ulang alik gua pegi keja dalam komuter. Takdelah kering idea habis mengalir ke Twitterjaya jer...


Haaa...! Baru gua teringat point gua, tu! Point gua ialah pasal nak selang selikan gambar dengan ayat-ayat dalam sesebuah posting. Gua dapati, kalau post satu artikel bergambar contohnya, semua gambar tu berkumpul kat atas artikel. Dia tak boleh nak selang seli atau gambar selit tepi ke, takbley. Gambar semua kat bahagian atas artikel. Susahlah kalau kita nak buat artikel yang melibatkan penerangan kronoloji secara grafik, contohnya, kalau gambar semua berkumpul kat atas. Susah lak pembaca nak scroll-scroll atas bawah nak pahamkan perenggan yang dia baca sebab kita malas nak taip dan dok guna ayat; 'sila rujuk gambarajah A' jer. Jauh tu, kalau banyak gambar. Terjuih jari dok nguis skrin hempon. Mau makan dua tingkat dok leka scrolllll jer.


Tu jer laaa. Sekian
Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...