Monday, January 3, 2011

Mengarut 101 (kelas satu Mawar-1)


Sebagai seorang guru, aku tak lari dari kesilapan sebagai manusia dalam halhal pilih kasih. Aku cuba lari dari berprejudis: suka atau benci tanpa sebab. Tapi sejak bila pula hubungan antara manusia, seistimewa hubungan antara seorang murid terhadap gurunya, yang padaku sesuci embun pagi, mula tercemar dek kemaruk emosi duniawi? Ahhhh...Biarkan saja. Mereka yang tak memahami katakataku ini boleh ke sana atau ke sini. Namun buat masa ini, biarlah aku perkenalkan siapa diriku:


Cikgu Kak Ching$
Sayalah 'cikgu ganti' kamu hari ini. Biasanya cikgu mengajar abangkakak kamu di tingkatan lima, tapi sebab cikgu habibah meletup...

(muridmurid ketawa)

Eh! Meletup pulak. Bersalin...Maka, cikgu terpaksalah menggantikan tempat beliau buat seminggu ni sementara menunggukan cikgu kelas kamu yang baru : Cikgu "Kak Ching", kembali dari postpartum.
Dark Half

(muridmurid angkat tangan. Lagi ramai dari kelas Tingkatan 5 tempat aku mengajar subjek Mengarut 101. Aku risaukan masa depanku dalam sekolah yang muridnya banyak tanya, ni...)

Kamu. Sapa nama kamu dan kamu layan apa?



Podeh-Podeh-Podeh
"Nama saya Dark Half. Saya berdarah emo. Saya ada abang kat Tingkatan 6 stengah. Saya tak boleh jawab soalan kedua sebab ia against my religious belief"

[Aku risau. Aku tenung budak tu. Tak nampak mukanya sebab tersembunyi di sebalik asap rokok. Dia masih berdiri. Aku kaku...]

"Cikgu, sebelum saya mengundurkan diri, maafkan saya jika saya bertanya: postpartum tu apa?"


(muridmurid lain ketawa berdekahdekah. Aku pun tak paham apa yang lawaknya)


"Postpartum dalam konteks lawak cikgu tadi ialah berpantaaaang" jawab seorang budak pompuan kiut bertudung. Aku assume dia kiut walaupun aku sekadar melihatnya dari belakang sedangkan dia sedang merenung laptopnya.

 

Nama awak sapa?

 

Chirpy Chummy seorang pemalu..
"Chirpy Chummy, cikgu"

Baiklah. Cik Chirpy anak Chummy, sebutkan nama tiga rakan sekelas awak yang tak hadir pada hari ini.


"Err. Podeh3, Al, dan anonymous"



 






Kenapa mereka tak datang?


"Oooo..? E-niii kerja engkorang masa ponteng sekolah, yer?"









bersambung...

Komen kepada: Melihat Survival Hidup Dari kacamata Seekor Musang Yang Hebat

Mamat DarkHalf terrer buat Header...


Entry asal:

Seperti Movie tu jugak, korang kena baca entry asal untuk memahami reviewnya.


Dark Half memberikan komen tentang movee terbaru yang ditorrentnya. Entah apa problemnya masa tengok movie tu, dia mungkin terskizo macam-macam dan berjaya meng capture kan 'macam-macam' tu dalam siri dua entry berkenaan movie The Fantastic Mr. Fox. Dia ada jugak mengarut pasal longgarkan pemboikotan ke atas barangan Zionislah, pasal bersatulah moslems lah, macam-macam. Blablabla.

Dark Half memperkenalkan setiap watak dalam movie yang akan membuatkan orang yang tak tengok, lebih kenal apa yang bakal mereka tengok, yang dah tengok, dapat membandingkan tanggapan mereka kepada watak dengan tanggapan Dark Half.

Part Dark Half emo masa isu Ash tu epik. Kantoi betul dia. Habis-habisan dia kupas isu keemoan Ash selepas kehadiran Kristofferson. Ada, lah problem si Dark dalam bidang ini agaknya. Aku malas nak main tekateka. Kita move on jer.

Bahasa Dark pun lately dah semakin kurang asam. Kebanyakannya sopan dan macam Dark Half duludulu, tapi sejak dia berkawan dengan Al dan Kak Ching agaknya, dia semakin liar dan cakap cam Melayu. Walaupun mesej dia masih betul, itu tak menghalalkan kekurang asaman dalam budi pekerti. Tapi Dark OK. Aku cakap ni pasal orang Melayu, which is akulah tu...

Aku tengok pembaca blog Emo Terindah ni pun dah semakin memberansangkan. Aku suka crowd yang di gather oleh blog ni. Aku rasa, kita semua patut mencontohi mamat Dark ni dalam berblogging. Aku jeles sebenarnya.

Ini kerana, dalam dunia komunikasi, akibat daripada sebuah pertemuan itu, jika dinilai dari sudut emosi, biasanya ada dua saja: suka atau tak suka. Masalah timbul bila tak suka. Ada yang tak suka secara diamdiam. Ada yang cakap sekali jer. Masalah pada aku ialah ramai yang suka dalam blog Emo Yang Terindah.


Ni yang aku nak EMOkan jugak blog aku, ni...

Tapi baru 3hb Januari...

Takkan nak EMO-EMO?

Biaseeerrr arrr bro...Isninnnnnn

Komen kepada: KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN YAHUDI 2 ORANG

Entry asal:

...Kita nak orang tu masuk islam, tapi cara kita kasar, kita pegi maki orang kapir tu. Memang orang kapir tu taknak masuk islam. Contohilah Baginda dalam apa jua keadaan. Nilai diri kita setiap masa sebelum kita dinilai dihadapan Allah kelak.


baca dulu bro...



Salam Fontonk,

Entry kau mungkin secara am. Aku setuju dengan mesej kau. Dan last time aku review blog kau, masa tu kau ada unsur-unsur pantera dan kelogaman.

Tapi kalini aku tengok, kau lagi payabesarpedas dari aku.

Kembali ke topik, ni entry yang terinspirasi setelah membaca entry kau yang ni. Hehehe. Kau dah bagi nas dan bukti sunnahnya, maka aku nak kaitkan dengan blogging pulak sebab mangkuk hayun memang sentiasa nak kena hayun.

Isu BUDI DALAM BERBAHASA dalam dunia blogging, bahkan dalam dunia komunikasi di Malaysia, ialah satu isu yang telah lama wujud sejak tercetusnya perang propaganda di negara ini semenjak sebelum merdeka lagi.

Dan ia diulangkaji setiap lima tahun sekali dimana it's OK to mencarut masa berkempen. Itu semua taktik dan gimik yang strategik.

Isu terasa dek kelucahan atau kelantangan seseorang sememangnya dah biasa kepada seorang undergrounders macam aku, sampaikan perkataan fak tu dah macam perkataan butuh atau gampang.
padaku, ia hanya perbezaan tafsiran dan budaya yang menilainya. Samalah juga yang aku jumpa sejak aku mula berblogging ni di mana taktik yang digunakan oleh Ju_madafaking_On telah mendapatkan apa yang aku terhegeh-hegeh nak dapatkan sejak empat bulan yang lepas. Bukannya aku tak tau taktik tu. Aku pun telah belajarnya dengan ketat.

Masa aku komen pakai bahasa baik, entry tu jadi popular post, tapi komennya tak memberangsangkan.

Masa aku komen pakai bahasa siot, barulah komen, seraya trafiknya naik mencanak.

Tak dapat dinafikan.

Stupidity sells.

So Tukang Komen kata:

Don't become a commodity.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...