Bukan rahsia lagi, BN dah tumbang. Bukan rahsia lagi, Tun M kembali jadi Perdana Menteri Malaysia. Dan bukan rahsia juga yang Anwar akan keluar penjara dan menggantikan tempat yang sekarang diduduki oleh Tun M. Secara peribadi, ia umpama sesuatu yang patut telah berlaku pada 1996-1997 lalu tapi entahlah, kita main-main selama 20 tahun untuk merealisasikannya.
Banyak perkara menarik yang berlaku hampir setiap hari sejak BN tumbang pada 9 May 2018 lepas. Najib letak jawatan dari Umno, Lim Guan Eng jadi menteri kewangan, dan paling win adalah pengiktirafan Mat Sabu sebagai menteri pertahanan. Semuanya berlaku di peringkat atasan. Lepas Anwar keluar nantik, kita jangka lagi banyak drama yang keluar. Apapun yang berlaku, harap semua ni beri impak positif kepada rakyat dan negara.
Perubahan tidak datang dengan mudah. Dan segala kepayahan setakat ini hanyalah separuh dari perjalanan. Separuh lagi adalah tatkala merealisasikan segala impian yang dikata.
Cuma sebagai rakyat Nismilan, gua kena suarakan juga bahawa Tok Mat, ex MB kami menjadi mangsa keadaan dalam hal ini. Kasihan kepada beliau yang telah banyak buat kerja bersihkan Nismilan dari sampah legasi si Isa Samad dan pada masa yang sama memperbaiki dan menjadikan Nismilan kembali berdaya saing. Dan saat impian beliau hampir terlaksana, BN kalah. Apapun, harap MB Nismilan yang baharu akan sebaik atau lebih baik dari Tok Mat. Dan Anwar, benar benar sebagus harapan mereka yang menjadikan beliau sumber perjuangan politik mereka.