Monday, February 7, 2011

komen kepada: Untuk yang dah berkahwin!





Entry asal:

Soalan suka-suka... Tidak ada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggal dunia atau yang tengah tenat atau yang sihat walafiat atau dan atau lagi... hehe... .
Soalan saya adalah :


Baca soalan kat sini...

Salam Cik EikaSyaza,

Sebagai seorang yang baru bernikahwin, saya rasa terpanggil nak menjawab soalan-soalan cik. Walaupun saya taknampak ke mana perginya soalan-soalan ini, tapi saya layan jelah sebab cik selalu blogwalk kat blog saya dan cik ada banner dari suffer8zine blog, yakni musuh zine saya zaman dulukala...

i) Kami prefer dok umah sendiri. Dari sejak SPM pun isteri dan saya memang jenis manusia yang independent. Dan Alhamdulillah, sebelum berkahwin lagi kami dah sediakan peralatan isik rumah kami tu dan mula hidup bersama sejak dah halal. Kami tak terpikir nak dok sekali dengan mak bapak sebab memang takde dalam kamus kami ni perkataan tu. Kami pun tak pernah terpikir nak berbuat demikian...

ii) Kalau ditanya apa kesukaan, tentulah yang besar-besar. Kami lebih suka MPV dari SUV. Kami aim nakkan Exora tapi tunggulah yang turbo dah keluar dan di review oleh Motor Trader dulu. Kami takmau menyesal macam masa saya beli Kelisa dulu. BAru seminggu pakai Kelisa, Myvi pun announce nak keluar. Betulbetul rasa cam sial.

iii) Masa berdua dulu, kami dapati gayahidup makan kat rumah tak berapa kos-efektif. Sejak dah beranak satu, kami masak masa hujung minggu atau bila ada tetamu. Sejak kelahiran anak ketiga ni ajer frekuensi masak kat rumah tu semakin meningkat. Kami tak plan, tapi dia jadi sendiri. Kalau nak menjawab soalan cik, jawapannya kami selalu makan kat luar. Tapau ajer. Buat panggilan, lepas tu masa on the way balik ke rumah lepas ambik anak-anak, kami ambiklah makanan sekali.

iv) Kami bukan wayang-go'ers. Kami pun bukan kaki movie sangat. Sejak dah ada anak ni, susah nak layan movie. Tak sempat nak fokus, dah terpaksa menangkap anak pertama kami yang suka main tangga. Kami pun tak berapa menggalakkan hal tengok wayang ni. Tapi kena expose jugak. Nantiklah bila bebudak ni dah besar nantik.

v) Rapat. Hubungan kekeluargaan kena jaga, lebihlebih lagi lepas kahwin. Kalau dulu balik umah tengok makbapak tu sekadar perlu, kini kena jadikan rutin dan ada jadual waktu. Takmaulah anak-anak ni tak kenal wan, tak kenal Pak usu. Bagus untuk anak-anak dan kami juga.

Series saya masih blank dengan ke mana perginya soalan cik ni. Adakah sekadar nak lengkapkan frekuensi update minima 2 minggu sekali, jer?

Aku nak berenti kerja


baca dari mula...

..Aku mencekak baju bos, buat muka tak puas hati, lepaskan, start motor dan bla. Aku dah takleh terima hinaan yang macamni. Kalau ye un aku ni hamba, janganlah buatkan amcam aku ni takde maruah. Aku bumiputera jugak...

Atas motor aku nekad nak berenti kerja. Aku nak cari kerja lain. Pengalaman aku sebagai welder memang dah banyak. Lagipun, bengkel welding kat area Seremban ni banyak. Tak puas hati dengan Melayu, Cina, India kedai Pakistan pun ada.

Aku berenti kat trraffic light. Kat sebelah kiri ada sorang budak Pizzahut. Kat sebelah kanan ada budak despatch. Aku tengok depan. Aku mula berpikir patutkah aku tukar karier aku sekarang?

Patutkah aku...


A) Jadi despatch

B) Cari kerja kat bengkel lain

C) Call Scuba dan suruh dia buat degree palsu dan masukkan aku jadi lecturer kat U dia.




(sila komen kalau berminat nak sambung..first come first serve)

Komen kepada: teknologi




Entry asal:

...umur diorang baru menjangkau 7-8 tahun. terpikir juga aku, masa aku umur macam diorang, aku setakat main tetris je. paling mencabar pun game koboi dalam game watch tu. itu dah kira kompleks dah. sape ada game watch pun dah boleh jadi budak yang popular di kawasan kejiranan.

aku tengok manusia-manusia yang baru balik kerja, tanpa membuang masa dan menukar baju, terus terjun masuk ke dalam dunia maya melalui komputer riba mereka di kedai kopi. masing-masing hanyut dalam laman sosial. tinggal jasad saja atas kerusi - rohnya masuk menerawang dalam salur-salur gentian optik. cuma sekali sekala saja rohnya kembali ke jasad dan mengarah badan menyuap air kopi ke mulut dan menyalakan rokok.

tapi yang tak tahan dia punya punchline last tu. Korang kena baca sendiri...

Salam durian!

Isu-isu yang kau timbulkan memang relevan dengan suasana. Isu budak-budak yang terer main game strategi dan shoot 'em up. Kemudian habit terbaru masyarakat manusia dalam menghadapi ledakan internet dan demam FB. Aku pun pernah nak buat entry camni tapi dah berapa kali ntah aku delete. Meleret-leret jadinya.

Teknologi akan tetap berkembang. Dapat lak dengan ledakan internet dan peperangan dalam menghasilkan the ultimate gadget yang akan merevolusikan cara hidup manusia moden. Setiap hari ada ajer gadget baru yang keluar.

Apa yang penting kepada kita manusia ialah kekal dalam kejati dirian kita. Janganlah cara hidup atau siapa kita ini berubah mengikut peredaran teknologi. Atau kita lupakan sejarah dan taknak balik kampung walaupun dah takde sapa dah kat kampung melainkan ayam, kambing dan abang Myanmar dan Indon. Jangan disebabkan main game, biological-clock kita lari. Malam berjaga, siang  membuta. Atau kita jadi seorang yang individualistik selepas kita ada follower beribu atau manjang di-like ajer dalam FB. Teknologi adalah teknologi. Ia sepatutnya di kawal oleh kita. Bukannya dikawal oleh mereka.

Macam update blog jugak...

Rekomendasi kepada: Lefthanded-Luk


Cover buku terbaru Amir



Entry asal:

It was in kindergarten that Luk knew he was different from the other boys. This happened when the class was told to draw elephants.

When the black-garbed teacher saw him, she rapped him on the knuckles with a heavy wooden ruler.

"What are you doing?" she demanded.

"It's an elephant," he replied. "I know it doesn't look like one yet but --"

"Good people don't use their left hand! That's something only the Devil does!" The ruler connected again. It hurt.

Luk forced himself to continue with his right hand. The elephant looked even weirder now, and since he had not heard of Cubism (give chance, he was only 4!) the result made his head hurt. And that's when he knew that left-handedness was not close to Godliness.

baca sampai habis kat sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...