Monday, February 7, 2011

Komen kepada: teknologi




Entry asal:

...umur diorang baru menjangkau 7-8 tahun. terpikir juga aku, masa aku umur macam diorang, aku setakat main tetris je. paling mencabar pun game koboi dalam game watch tu. itu dah kira kompleks dah. sape ada game watch pun dah boleh jadi budak yang popular di kawasan kejiranan.

aku tengok manusia-manusia yang baru balik kerja, tanpa membuang masa dan menukar baju, terus terjun masuk ke dalam dunia maya melalui komputer riba mereka di kedai kopi. masing-masing hanyut dalam laman sosial. tinggal jasad saja atas kerusi - rohnya masuk menerawang dalam salur-salur gentian optik. cuma sekali sekala saja rohnya kembali ke jasad dan mengarah badan menyuap air kopi ke mulut dan menyalakan rokok.

tapi yang tak tahan dia punya punchline last tu. Korang kena baca sendiri...

Salam durian!

Isu-isu yang kau timbulkan memang relevan dengan suasana. Isu budak-budak yang terer main game strategi dan shoot 'em up. Kemudian habit terbaru masyarakat manusia dalam menghadapi ledakan internet dan demam FB. Aku pun pernah nak buat entry camni tapi dah berapa kali ntah aku delete. Meleret-leret jadinya.

Teknologi akan tetap berkembang. Dapat lak dengan ledakan internet dan peperangan dalam menghasilkan the ultimate gadget yang akan merevolusikan cara hidup manusia moden. Setiap hari ada ajer gadget baru yang keluar.

Apa yang penting kepada kita manusia ialah kekal dalam kejati dirian kita. Janganlah cara hidup atau siapa kita ini berubah mengikut peredaran teknologi. Atau kita lupakan sejarah dan taknak balik kampung walaupun dah takde sapa dah kat kampung melainkan ayam, kambing dan abang Myanmar dan Indon. Jangan disebabkan main game, biological-clock kita lari. Malam berjaga, siang  membuta. Atau kita jadi seorang yang individualistik selepas kita ada follower beribu atau manjang di-like ajer dalam FB. Teknologi adalah teknologi. Ia sepatutnya di kawal oleh kita. Bukannya dikawal oleh mereka.

Macam update blog jugak...

4 comments:

durian! said...

bro, thank you untuk review. benar kata-kata tuan hamba. teknologi itu, kita yang kontrol. hidup manusia!

Irwan said...

no bro, thanks, to you...i am humbled by your presence...

tu rambut you currently ke?

± said...

terlalu byk blog hebat skrg sampai lari biology clock aku. aku salahkan teknologi..hehe

Irwan said...

hahaha..aku pon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...