Thursday, October 7, 2010

Komen kepada: Air terjun Lata Lampit



Entry Asal:

Aku sebenarnya dah lama nak post entry ni. Tapi selalu lupa nak ambik gambar gambar kat air terjun ni. Ok, air terjun Lata Tampit ni terletak dekat Kampung Janda Baik, Bentong Pahang kat bawah Genting Highland lah senang cerita. Tempat ni sejuk. Kalau masuk hutan ni, boleh jugak tembus ke Melawati Kuala Lumpur. Kalau korang bosan bosan, suka adventure, extreme activities, boleh la datang sini. Janda Baik terletak 20km dari Gomak. dekat je. Lebih kurang 20minit dari tol Gombak. Bila dah sampai, korang boleh cari Chalet Latto Charok...

read more...

Salam Fontonk,

entry kau memang celaka untuk di komen. Tapi, sebagai tukang komen, aku akan cuba.

Sebab entry yang berupa dokumentari bersifat boring, benda pertama yang kau kena ada ialah visual yang striking dan yang membuatkan orang tertanya-tanya: apa cerita ni? Dan permulaan cerita kau itu sangat penting. Well, the 1st 101k dari first paragraph itulah pitching kau untuk menarik orang untuk terus membaca. Takkan kau buat sekadar nak syok sendiri, jer ye tak? Jadi, perenggan pertama kena dahsyat. Kau boleh lihat contoh di bawah:

"Kengkadang, aku nak merasa jugak hidup survivor dengan terberak di tempat yang mencemaskan dari termenung dalam jamban macam sekarang ni. Prutttt! Bunyi kentut ku. Shhhhhh. Air mengalir deras, keluar dari punaiku. Kan best kalau aku terkencing kat dalam air terjun yang sejuk tu. Aku pun terpikir: Esok aku nak pegi Air Terjun Lata Tampit!"

Sebab kau dah susun satu perenggan berlapis-lapis dengan gambar, setiap perenggan kau kena ada punch line, disamping isik untuk perenggan itu sendiri. Sebab pembaca akan baca satu perenggan, berenti tengok gambar, baca satu perenggan lagi. dan untuk memotivasikan mereka agar terus ke perenggan seterusnya, setiap perenggan kau kena ada punch line. Takleh satu atau dua perenggan berlalu TANPA punch line. Punch line boleh jadi lawak, isu yang kau mulakan dari start artikel, atau soalan-soalan emosional berbau mesej subliminal. Tak boleh data dan fakta semata-mata. Orang nak cari fakta, diorang baca TukarTiub atau Kedahlanie. Blog kiter ni kira syukur la ada orang nak datang dan blog walk. Kahkahkah.

Lepas tu, jangan lupa bold atau italic kan mesej atau punch line kau tadi. Ini akan menarik perhatian orang yang skrol blog kau laju-laju ke bawah (cari shoutbox) untuk membaca sekejap apa benda yang dia ternampak tadi. Dia akan baca satu perenggan. Dan kalau perenggan kau takada punchline yang aku cakap sebelum ni tadi, maka visitor tu akan boring dan terlepas dan terus skrol ke bawah tanpa membaca lagi. Siap mendengus lagi tu. Sigh.


Dari sudut gambar pulak, bila ambik gambar tu, kreatif la sikit. Tak pun bagi kat orang yang kretif. Ni sumer gambar cam dalam kelender jer. Model pun takat berdiri negaraku atau sedang melarikan diri dari kamera. Gambar tu biar puas hati sikit. Bukan aku tembak skil fotografi kau. Kekalkan skil kau tu. Cuma tambah lagi dengan menggempakkan suasana dalam gambar tu. Bagi ada cerita sikit. Kan gambar kena striking? Takyah nak efek-efek sampai kena pegang ranting kayu atau apa. Pikirlah apa perasaan anda pada masa tu dan capture gambar tu sebagaimana anda mahu anda lihat ia suatu hari nantik. Belajar dari majalah, TV dan komik. Kamera dah DSLR, tapi gambar tunggul dan effect 'normal' jer. Susah payah kaum aku buat mode 'sephia' dan 'black and white' dalam kamera tu.

Pasal senarai harga pulak, lepas kau senarai kan, kau bagi kongklusi kau pasal pengalaman tu sumer dan saranan kau untuk pembaca. Macam dalam TV tu. Hahaha. Bukan apa, kongklusi tulah yang finishing. Ni dah susah payah pegi air terjun bawak kamera, lupa lak apa pointnya menulis. Hehehe.

Susah betul berkawan dengan aku, ni kan? Cham powww...

Komen kepada: The Great Glass City by They Will Kill Us All


Entry ialah band review. Aku suka kutuk band review. Package dengan band-band tu sekali. Tapi sebab tulisan Dark Half kira OK jugak dalam entry ni, aku off kan mode ganas...

read more...


Salam Dark Half,

Dah lama aku tak layan band underground (ni band UG ke? Kahkahkah). Aku bukan tau pun. Tapi aku nak komen jugak sebab aku macam bagus. Nak review band kena ada isik, band info, motif review kau dan gaya penyampaian.

Taktik yang kau gunakan ialah jalan selamat. Kau perkenalkan sejarah, cerita pasal line-up sikit, lepas tu pendapat kau untuk menunjukkan kau tau pasal history diorang ni. Ni semua penting untuk menjaga hati band yang di review. Ini kita panggil sebagai band info dan gaya penyampaian. 2 markah.

Artikel band review biasanya dokumentari. Aku suka band review yang bias sebab ada asas perbandingan. Band review yang bermotifkan pengiklanan single terbaru, mestilah banyak menumpukan kepada 'impact' killer song tu pada kau. Atau kau tumpukan pada penghayatan lagu tersebut dari mulut maker nya sendiri. Apa maknanya lagu itu pada dia. Apa mesejnya. Bagi pembaca fokus pada lagu. Isik perenggan ni ialah kau kena clear dengan motif band review kau. Aku tau entry kau pasal exposure ajer (and maybe nak selamatkan diri dari tak update apa-apa ;p), tapi rekodlah sedikit perasaan kau dalam hasil kerja kau. Barulah kau betul-betul syok sendiri membacanya. Ini juga dinamakan punch line. Part ni pun kau ada, so 2 markah. Aku suka part (haha!) yang last sekali tu...

Cukup arr tu. Arrr satu lagi. Kalau ada gambar band terbaru yang ada kau sekali, lagi complete. Lama-lama kau boleh jual majalah...

Amacam? Ok tak?

Graphic novel apa cer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...