Thursday, October 7, 2010

Komen kepada: Air terjun Lata Lampit



Entry Asal:

Aku sebenarnya dah lama nak post entry ni. Tapi selalu lupa nak ambik gambar gambar kat air terjun ni. Ok, air terjun Lata Tampit ni terletak dekat Kampung Janda Baik, Bentong Pahang kat bawah Genting Highland lah senang cerita. Tempat ni sejuk. Kalau masuk hutan ni, boleh jugak tembus ke Melawati Kuala Lumpur. Kalau korang bosan bosan, suka adventure, extreme activities, boleh la datang sini. Janda Baik terletak 20km dari Gomak. dekat je. Lebih kurang 20minit dari tol Gombak. Bila dah sampai, korang boleh cari Chalet Latto Charok...

read more...

Salam Fontonk,

entry kau memang celaka untuk di komen. Tapi, sebagai tukang komen, aku akan cuba.

Sebab entry yang berupa dokumentari bersifat boring, benda pertama yang kau kena ada ialah visual yang striking dan yang membuatkan orang tertanya-tanya: apa cerita ni? Dan permulaan cerita kau itu sangat penting. Well, the 1st 101k dari first paragraph itulah pitching kau untuk menarik orang untuk terus membaca. Takkan kau buat sekadar nak syok sendiri, jer ye tak? Jadi, perenggan pertama kena dahsyat. Kau boleh lihat contoh di bawah:

"Kengkadang, aku nak merasa jugak hidup survivor dengan terberak di tempat yang mencemaskan dari termenung dalam jamban macam sekarang ni. Prutttt! Bunyi kentut ku. Shhhhhh. Air mengalir deras, keluar dari punaiku. Kan best kalau aku terkencing kat dalam air terjun yang sejuk tu. Aku pun terpikir: Esok aku nak pegi Air Terjun Lata Tampit!"

Sebab kau dah susun satu perenggan berlapis-lapis dengan gambar, setiap perenggan kau kena ada punch line, disamping isik untuk perenggan itu sendiri. Sebab pembaca akan baca satu perenggan, berenti tengok gambar, baca satu perenggan lagi. dan untuk memotivasikan mereka agar terus ke perenggan seterusnya, setiap perenggan kau kena ada punch line. Takleh satu atau dua perenggan berlalu TANPA punch line. Punch line boleh jadi lawak, isu yang kau mulakan dari start artikel, atau soalan-soalan emosional berbau mesej subliminal. Tak boleh data dan fakta semata-mata. Orang nak cari fakta, diorang baca TukarTiub atau Kedahlanie. Blog kiter ni kira syukur la ada orang nak datang dan blog walk. Kahkahkah.

Lepas tu, jangan lupa bold atau italic kan mesej atau punch line kau tadi. Ini akan menarik perhatian orang yang skrol blog kau laju-laju ke bawah (cari shoutbox) untuk membaca sekejap apa benda yang dia ternampak tadi. Dia akan baca satu perenggan. Dan kalau perenggan kau takada punchline yang aku cakap sebelum ni tadi, maka visitor tu akan boring dan terlepas dan terus skrol ke bawah tanpa membaca lagi. Siap mendengus lagi tu. Sigh.


Dari sudut gambar pulak, bila ambik gambar tu, kreatif la sikit. Tak pun bagi kat orang yang kretif. Ni sumer gambar cam dalam kelender jer. Model pun takat berdiri negaraku atau sedang melarikan diri dari kamera. Gambar tu biar puas hati sikit. Bukan aku tembak skil fotografi kau. Kekalkan skil kau tu. Cuma tambah lagi dengan menggempakkan suasana dalam gambar tu. Bagi ada cerita sikit. Kan gambar kena striking? Takyah nak efek-efek sampai kena pegang ranting kayu atau apa. Pikirlah apa perasaan anda pada masa tu dan capture gambar tu sebagaimana anda mahu anda lihat ia suatu hari nantik. Belajar dari majalah, TV dan komik. Kamera dah DSLR, tapi gambar tunggul dan effect 'normal' jer. Susah payah kaum aku buat mode 'sephia' dan 'black and white' dalam kamera tu.

Pasal senarai harga pulak, lepas kau senarai kan, kau bagi kongklusi kau pasal pengalaman tu sumer dan saranan kau untuk pembaca. Macam dalam TV tu. Hahaha. Bukan apa, kongklusi tulah yang finishing. Ni dah susah payah pegi air terjun bawak kamera, lupa lak apa pointnya menulis. Hehehe.

Susah betul berkawan dengan aku, ni kan? Cham powww...

9 comments:

Fontonk said...

haha. aku padahal dah banyak kali dah naik air terjun tuh. tapi lupa nak snap pic2 yg striking. lain kalai aku try la.

tulah pasal, ayat aku bnyk mcm syok sendiri. tapi kalau kau, kau rasa nak dtg tak tmpat bapak aku tu? kalau dtg bgtau lah. haha.
aku saja nak tlg bapak aku, kasi run sikit chalet2 dia.

nnt aku buat entry pasal chalet2 dan aktiviti yg boleh buat kat situ. btw, thnks comment entry aku.

Irwan said...

Kalau nak toloong, kau buat satu ad dalam blog kau for free (tapi bagitau dia supaya kita boleh gi sana free, kikiki)

Lain kalai, sebelum pergi, kau kena clear dengan agenda kau. Aku pun kaki outdoor activities jugak zaman U dulu dan untuk max kan fun, kita kena plan setiap detik kiat di sana. Hehehe...

Aku suka giler dengan Bekelah. Pernah pegi?

ciKeju said...

dah pernah pegi

http://cikeju.blogspot.com/2010/10/terjun-terjun-si-air-terjun.html

Irwan said...

thanks, cik keju. Ni parmesan ke, butter chis?

mostafashaban said...

نقل عفش بمكه المكرمه
نقل العفش عندما يتم على أيدي المتخصصين فأنه لن يتعرض إلى التلف والاذي وداخل شركة نقل عفش بمكة نعمل على توفير سيارات خاصة لنقل كل أنواع قطع الأثاث التي تتواجد في المنازل والفنادق والشركات والمستشفيات فتلك السيارات مساحتها مناسبة وتتوافر بأحجام متنوعة منها المتوسط ومنها الفان الكبيرة وقد تم العمل على عزلها تماما ضد إي من عوامل الطقس حتى يتم الحفاظ على العفش بداخلها وأيضا عملينا على توفير طاقم قيادة عالي الجودة وحاصل على رخصة قيادة من الدرجة الأولي حتى يكون على دراية بكل إرشادات النقل عزيزي العمل إذا تواصلت معنا سوف تحصل على افضل الأسعار .
https://golden4clean.com

mostafashaban said...

شركة تنظيف كنب بالبخار بجدة
شركة تنظيف بالبخار بجدة خدمة متميزة واحترافية كبيرة في التعامل مع كل أنواع الكنب في كل مكان، فمما لا شك فيه أن الكنب يمثل ركناً مهمًا في أي بيت أو أي مجلس أو أي مكتب، ولهذا يحرص الجميع على البقاء عليه نظيفًا براقاً، فالنظافة تعطي إحساساً كبيراً بالراحة والهدوء ومن أكبر المشكلات التي تواجه الجميع عندما يتعرض الكنب بمكوناته المختلفة لأي نوع من أنواع الاتساخ أو التراب أو الغبار، فماذا تقدم شركة تنظيف كنب بالبخار بجدة؟ اتصل بنا الان لتتعرف على خدماتنا

neesa said...

his response her latest blog helpful resources go to this web-site helpful site imp source

mcneslee said...

have a peek here Dolabuy Louis Vuitton browse around this web-site dolabuy.su Learn More https://www.dolabuy.su

capheshet said...

click for more info Dolabuy Balenciaga Our site dolabuy.ru Continue Reading Chloe Dolabuy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...