Dear ALongXP,
Pertama kali, aku nak ucapkan
terima kasih sebab kau datang sini walaupun aku tak tinggalkan
komen kat blog kau. Aku tau, kau akan tau ,aku cakap pasal kau, sebab aku terjah kau pun sebab aku dapati kau terjah aku dulu. Maka aku menerima kau dengan
lapang hati dan dada yang terbuka walaupun kau masuk sini sambil cakap camacam.
Aku dah biasa, dah.
Kau nampaknya telah berpegang teguh kepada
kehanginan kau kepada aku sebab walaupun kau dah datang sini marah-marah pertama kali, aku masih jugak tak datang ke blog kau untuk mengomen. Siap jawab cam bagus lagi kat sini. Memang kau berhak menghangin. Hehehe.
Entry kau power-power lak lepas tu...Cheyyy...
AlongXP,
Ketahuilah,
Entry hate yang kau baca kat sini dulu tu, merupakan
usikan kepada kau. Aku rasa, sesapa yang baca ketiga-tiga entry akan tau aku bergurau. Tapi takper lah. Ada orang boleh diajak bergurau. Ada orang kena lepak kat surau. Anyway,
kenapa aku usik kau?
Pertama sebab kau citer pasal ketam (so what, right?). Kebetulan aku memang dah ada entry pasal ketam. So instead of kena make a new entry, aku jahitkan ajer lebihan kain perca dan aku buatlah selimut.
Yang penting (pada aku) ialah selamat dari sejuk, bukan nak lawa...
Kedua; sebab blog ni tak berapa go sangat dengan konsep manjangggg
read more-read more. Memang ada kebaikannya style ni. Tapi seperti yang aku dah pernah cakap sebelum ni, meletakkan button read more dalam SETIAP entry, pada aku, seumpama
memperolok-olokkan kedatangan orang yang datang ke blog kita. Ni baru betul
traffic whore, kalau sesapa nak tembak.
Satu visit tapi nak dapat dua markah.
Ketiga pasal no right-click. Suruh orang back link, tapi nak copy link jer kena carut (wtf). Nak gak suruh orang taip satu-satu nama entry dia yang panjang, tu...
Tapi, sukatila, kan? Hehehe.
Pasal
kita di alam maya yang tak serupa dengan kita di alam realiti, nilah sebab kenapa aku rasa
kita patut pakai avatar atau guna nama sendiri.
Dahlah
entry tak menerangkan siapa diri kita yang sebenar sebab biasanya entry ni cuba menggambarkan, apa yang kita
MAHU gambarkan. Dan biasanya, si penulis tidaklah segempak entry-entry yang ditulisnya sebab by the end of the day, kita semua ni
packaging jer lebih. Tapi itulah alam penulisan. Kalau kita cakap benda yang kita buat jer, alamat kita takkan tulis apa-apa. Kadang-kadang kita kena jugak cakap benda yang kita nak buat dan check samada kita ni serupa bikin atau tidak atau apa. Dan kadang-kadang, kita kena jugak berimaginasi sebab dari imaginasilah timbulnya kemahuan, timbulnya gerakan, timbulnya kemajuan.
Nak cuba menafsirkan seseorang dari link-link yang ada dalam blognya, design blognya, atau apa-apa dari
presentation blog, juga adalah sekadar hypothesis yang
kita kena sahkan. Macam blog
Darkhalf, kita nampak cam blog budak
underground layan metal yang emo yang baru bertaubat serta ada
background dalam design. Tapi in real-life,
Darkhalf ialah sejenis bot komputer yang kami wujudkan untuk mencari mangsa untuk blog ini.
Dah tu, bila kita
berinteraksi pulak dengan orang tersebut, orang tu
dari gaya komennya, cam ustad yang garang, takleh ajak bergurau, over sensitif dan ego. Bila jumpa, baru tau mamat tu sebenarnya
nerd tua yang spender pun mak dia yang basuhkan lagi.
Jadi dari sini, kita dapati,
dalam dunia cyber ni, camana, kat mana, atau pasal apa kita boleh terberkomunikasi tidaklah sepenting daripada
apa keputusan dan perasaan kita tentang pertemuan itu selepas ini.
Dan yang paling penting;
Adakah kita akan berpisah sebagai kawan?
Atau adakah kita akan berpisah sebagai sekadar kenalan?
So, aku harap, segala salah faham yang timbul dipermulaan, takkan memprejudiskan kita dalam menempuh persahabatan yang singkat ini.
Lagipun, kan kat bawah entry aku tu, aku pesan kat kau
jangan skizo? Apa yang aku tulis pasal hak ketam ke, apa ke, patutnya tak menerasakan kau kat mana-mana. Sebab kau blogger. Harihari kau update. Orang cam aku ni come and go.
Jangan buang masa dengan heran dengan aku.
Dan pasal tak link back-back link tu,
elleh, beser arr bro...
Kau tak puas hati, kau dah cakap, life goes on.
Kau suka, stay.
Kau tak suka, kau follow rapat-rapat.
Hehehe.
;p