Cero, mamat ala farid kamil, penyenyap dan serap hentakan.
Barubaru ni dia mula bukak mulut kat satu tempat, tu. Tak sangka dia suka dengan orang gilagila.
Anyway, Cero ada buat satu entry pasal Earth Hour pada 26Mac ni. Pada Cero, Earth Hour ialah perjuangan kearah pemuliharaan dan pemeliharaan suhu dunia. Aku setuju dengan Cero part global warming tu. Aku park Earth Hour dulu.
Sebetulnya aku nak buat entry kat blog sukaramai pbp pasal ni. Kat tempat orang gilagila, aku pernah cakap sekali dulu, tapi sebab orang ingat tu merapek orang gila, maka tazkirah itu terbiar begitu saja.
Global warming adalah isu yang semakin mustahak. Semakin mustahak sebab jumlah kenderaan di jalan raya semakin meningkat, penebangan hutan, bencana alam dan pelepasan racun kepada ozon. Tak perasan ke cahaya matahari kita ni semakin menusuk, lately? Kita kat khatulistiwa ni, patut paling merasai kehangatan kebenaran hipotesis ini.
Matahari harihari memancar. Pancarannya pula semakin terik. Kepanasannya dah boleh mencairkan polar ice caps kat kedua-dua kutub bumi. Bila ais dah cair, tahap sea level akan naik. Jumlah daratan akan berkurangan. Korea Tenggara berganjak 5cm pasal earthquake haritu, apa?
Dahlah paras laut semakin naik, jumlah air dalam bentuk cecair dalam dunia ini akan lebih banyak. Akibat pancaran matahari yang panas, air pula cepat menjadi awan. Maknanya, persiapan sedang dijalankan untuk peperangan. Bawah air, atas pun air. Tekan button merah, dua-dua kasi banjir itu semut tengah-tengah, anyway...
Semua orang dah tau bahawa cuaca dunia dipengaruhi oleh kandungan dan pergerakan awan. Monsun timur laut- barat daya, misalnya. Lagi banyak kandungan air dalam awan, lagi powerful angin yang terhasil. Kalau dulu Andrew dan Diana dah datang. Tak salah kalau kita cakap kalini kalau ada taufan, makbapak Andrew akan lalu.
Dan banjir pula semakin lama semakin brutal. Tiap-tiap tahun, sungai kuning akan banjir. Dulu banjir, ia membawa kesuburan dan keterusan hidup. Sekarang, air banjir tu datang menderu-deru macam setan dan buatkan hidup semua orang macam Survivor season 6.
Air yang lebih-leih dari atas tu, yang tersesat dari tengah, dia datang ikut Thailand dan masuk ikut banjaran titiwangsa. Dia isik telaga diam-diam. Memenuhi lubang dan lohong rakyat Malaysia dah korek dan gali demi tahapahapa kejadah ntah yang dicarinya kat dalam tanah tu. Mati taknak lak ingat. Anyway...
Kat Malaysia, kita ada upacara sukan banjir tahunan yang tak serik-serik memerlukan bantuan mengalahkan orang tempat kena gempa bumi atau taufan.
Hmmmh..Dah lah tu.
Cayalah Cero. Dah lama takde entry yang buatkan aku emo.
sob-sob. Thanks, bro.
You're still da shiznit!
P/S: Kat mana kita park Earth Hour tadi?
No comments:
Post a Comment