Entry asal:
Penulis menyenaraikan senarai binatang yang dia nak bela tapi tak mampu (duit dan kederat), jadi dia ganti dengan senarai haiwan alternatif sebagai pengubat impiannya yang tak kesampaian tu. Aderberani akan menyimpul, meng analisa dan mengeluarkan kongklusi dari entry ini sebagai pertimbangan pihak tuan tanah.
read more...
Salam fontonk:
Aku dah buat semua ni dalam senarai:
Impian kau
: Harimau putih
Ganti
: Kucing yang akan dicat stripe hitam
Status
: Sila lihat 'Analisa'
Impian kau
: Ikan jerung
Ganti
: Ikan Baung
Status
: Sila linat 'Analisa'
Impian kau
: Helang
Ganti
: Takde ganti
Status
: Mulakan menangis
Impian kau
: Cobra
Ganti
: Cacing Kerawit
Status
: Dah ada
Impian kau
: Serigala
Ganti
: Takde ganti
Status
: Sila lihat 'Analisa'
Sila klik di sini untuk 'AnalIsa'
Analisa:
1. Anak kucing boleh diusahakan. Sebab kau nak cat stripe hitam, kau kena cari kucing putih. Nak gempak sikit, kau cari yang mata biru. Mesti awek suka punya. Bila dah dapat, kau boleh gunakan template yang diperbuat daripada kertas manilakat yang dipotong mengikut stripe harimau. Lepas tu, kau tekap template tu kat badan anak kucing kau tadi dan spray menggunakan cat spray hitam. Pastikan jarak nozzle spray dan body kucing ialah 15++cm supaya semburan sekata. Aktiviti perlu di ulang setipa bulan sebab anak kucing membesar. Kosnya agak tinggi, jadi aku rasa kau lupakan part spray-spray tu.
2. AKu setuju dengan ikan baung. Ikan ni memang rare. Dia tahan lama. Cuma tang makanannya kena keluar belanja sikit kalau kau nak ikan baung kau sihat. Nak gempak, kau bagi perut ayam. Kau boleh dapatkan dari pasar. Pau sikit dari kedai ayam. Tapi sebab aku tau kau ni pemalas, aku rasa elok kau bela ikan puyu je. Beli bekas satu, taruk dua ekor, taruk daun keladi, taruk beras sikit. dah. Pastu bila nak Raya baru kau kasi servis akuariumnya. Santau dan tujutuju pun boleh elak...setiap umah kat payabesarpedas WAJIB ada ikan puyu. Ikan keli pun dah banyak sekarang. Ikan baung tak penah tengok pulak...
3. Kau lupakan ajerlah. Takkan dapat kau bela serigala der. Abis gempak pun kau boleh bela anjing. Ini dah masuk ilmiah. Dari segi syarak, kau kena ada sebab daruriyah baru boleh bela anjing.
Kat payabesarpedas, dalam bahasa kasarnya, kau kena ada tanah koman-koman 2 ekar yang berpagar sebagai pra syarat orang muslim nak bela anjing. Takleh nak memandai nak bela Siberian Huskey kat umah. Kok ye kang, kat mana kau nak letak serigala kutub, tu? Lam peti ais?
Kongklusii
Kau kena cari anak kucing warna putih bermata biru, start bela ikan puyu dan tiap kali kau melihat semua ni, kau menangis...Amacam? Ader beran?