Thursday, April 28, 2011

Rekomendasi kepada: Fuck the supernot cool



Mamat ni semakin cool. in fact, membaca entry-entrynya adalah super cool. Tapi sebab dia fuck benda-benda super cool, maka aku pun fucklah jugak. Amendernya intro banyak mencarut ni?

Apapun, masa aku terjah blog dia, aku boleh relate dengan entry dia yang ini.

Sebabnya, lately, masa aku nak menaip untuk blog, aku mesti either endup tweeting atau melangok tak buat apa-apa. Tak macam dulu-dulu. Tak macam supernotcool kita ni yang keluarkan entry 3 kali sehari setakat ini. Blog yang rajin sebeini memang puashati taruk link blog dia dalam blog kita. Cool.

Lagipun, ayat dia pendek-pendek dan provoking. Dia suka main dengan perkataan dan setakat ni agak cool pada pembacaan aku. Sesuai untuk aku yang sedang belajar nak tweet ayat power. Aku nak dominate the world dengan twiter. Hahaha.


Anyway, aku harap dia tak marah aku featurekan blog dia kat sini harini dan semoga dia dahalanghalangonline tu, datanglah mengomen kat sini sepam dua. Kasi baekkk punya.

Hahahaha!

Wednesday, April 27, 2011

Rahsia Blog Giggling the Google



Semua orang tahu apa itu keyword, betul tak? Selain dari follower, orang yang klik kat link blog korang, atau auto ping dari team-team blogger, mendapatkan trafik dari search engine juga adalah satu skill. Harini aku nak kongsi satu teknik yang aku belajar dari korang semua. Aku tak reti nak mengajar secara formal sebenarnya sebab aku akan jadi amat boring dan series. Tapi aku nak try.

Ramai tahu taktik menggunakan perkataan dari topik di sokkabar dan taruk dalam the first 101 character of a posting untuk tarik new readers. Bila innocent bystander nak catchup dengan isu semasa macam perang saudara di Libya misalnya, entry engkau pun akan tersenarai sama selagi korang post benda tu kat google buzz. Maka kau akan mendapat new unique visitor. Ini adalah taktik marketing blog yang sangat baik. Ok jugaklah untuk sesiapa yang nak merasa makan duit dengan blogging.

Ramai jugak tahu bahawa search engine akan jumpa gambar dulu (file yang dot jpg, bmp, gif, png misalnya). Jadi, kalau kau search perkataan mencarut, kau akan diarahkan ke gambar yang nama failnya mencarut atau ada perkataan mencarut dalam the 1st 101 character entrynya. Paham? Hahaha. Sebab tu aku galakkan korang taruk gambar dalam entry korang. Selain sebagai halwa mata, ia juga membantu search engine menjumpai engkau. Interlok sungguh bahasa aku.

Jadi, mengetahui hakikat pencarian ini, aku pun buatlah satu blog dimana nama setiap entrynya adalah umum dan aku rasa relevan dengan keadaan masa ia di posting. Kalau ada mamat search perkataan 'suck' 'dot' simple' 'lonely' atau jenis manusia yang sesuai dengan target blog-blog aku, mereka akan jumpa blog ini sebagai result. Bahkan kalau kau search nama 'google' pun, blog aku tersenarai sebagai salah satu result pencarian kau (#1762908762-hehe).

Sebagai pengisian kepada entrynya, aku google image search-kan tajuk posting aku tu tadi dan ambik gambar-gambar yang berkaitan. Aku boleh main kotor dengan rename gambar tu kepada keyword yang sama dengan title tapi sebagai tanda aku masih menghormati hak rekacipta, aku gunakan ajer nama asalnya, macam mana aku jumpa dia dalam google.

Aku tau, kalau nak lagi gempakkan blog hitamelekit ni, aku kena SEO friendlykan the whole schbang. Tapi takpelah...Inipun dah penuh shoutbox aku dengan spammers. Aku tak kesah. I welcome everybody. That's the beauty. Anyway...

Bila orang dari google atau yahoo masuk ke dalam blog ini, mereka akan dipaparkan dengan grafik (yakni gambar-gambar yang aku curi tadi). Grafik ialah taktik simple untuk menarik orang. Aku pun taruklah sepatah dua kata nak kasi gambar tu ada kaitan dengan topik. Aku juga show banyak entry sekali loading, kasi dia tengok puas-puas. Kasi ejakulasi.

Bila dia dah steady dan waras, maka dia akan kreatif, dia akan jumpa link ke blog-blog aku yang lain yang kat sidebar belah kanan tu. Link tu pulak nampak gempak sebab semuanya sentiasa diupdate (hehehe). Mesti visitor tu tak sangka yang semua blog itu sebenarnya ialah blog-blog aku. Dahlah setiap satunya bercanggah antara satu sama lain.

Lagipun, seperti yang aku terangkan kat blog kawan rapat aku satu masa dulu, salah satu kelebihan lagi blog ini ialah ia memudahkan aku nak blogwalkkan KESEMUA blog aku sekali gus. Takdelah aku kena retype bila blogwalking kat shoutbox orang. Sekarang aku just bawak blog hitamelekit ajer ke mana-mana. Twitter pun sama.

Dari sini aku belajar, jika blog itu ada konsep dan rancangan yang sistematik, ia akan berjalan dengan baik jugak. Nak pertajamkan plan, kita kena ada ilmu dan tak malas mencuba. Dan percaya atau tidak, aku banyak belajar tentang business dari blogging ni semua...

Dan untuk itu aku ucapkan:  
Terima kasih kepada semua!
Thanks! Sieh-Sieh! Tamatgotchi! Nallerekek! Eh? Betul ke?


p/s: sorry, takde gambar sebab lambat sangat loading...

Member Twitter (@encikmamat)



Twitter page cik Mamat

Aku akan buat siri mengomen kengkawan yang aku jumpa kat Twitter. Dan aku nak mulakan dengan mamat ni. Dia adalah seorang follower baru tweet aku. Aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku. Aku start dengan dia sebab dia anonymous. Nama dia Encik Mamat.


Blog dia kat blogspot bertajuk encikmamat.blogspot.com. Menurut posting yang ni, mamat ni baru lagi bertweeter. Dia tak reti sangat amendernya tweeting ni. Aku pun sama. Tapi aku suka eksperimen dan Alhamdulillah Allah kurniakan kelebihan masa. Maka aku nak kongsikan sedikit di sini.

Jika kita ialah seorang blogger (tak kiralah blog jenis apa), ada akaun twitter membantu dalam marketingkan blog kita. Kita boleh terus tweetkan link ke entry terbaru itu ke follower list kita. Ini adalah gaya marketing yang amat berkesan. Cuma pastikan kita menggunakan ayat yang menarik dalam tweet tersebut bagi menarik perhatian pembaca untuk mengeklik link yang diberi. Kahkahkah.

Nak mendapatkan follower baru juga amat mudah. Twitter ni masih baru agaknya dimana masih ramai lagi yang publickan akaun mereka. Kebiasaannya, bila kita follow orang, orang itu akan follow kita balik. Jadi, kita followlah ramai-ramai dan unfollow balik bila kita dapati mereka tak follow kita semula. Hehehe. Bila kita dah dapat perhatian mereka, barulah kita masuk ke step kedua.

Pastikan tweet-tweet kita menarik. Cara menarik perhatian paling koman dalam cyberspace Malaysia ialah dengan trolling. Provoke orang yang kita follow tadi tu. Seeloknya bagilah salam dulu dan janganlah mencarut atau sampai bergaduh. Ingatlah, kita nak berkenalan sebenarnya. Don't get carried away. Cara kedua yang baik ialah memberikan tweet yang inspiring. Kengkadang tu bolehlah retweetkan quote dari tweet orang. Tapi ada limit nak buat camni.

Lagi satu ialah dengan melayan hash-tag yang trending. Kau tengok apa yang tengah hot ditweetkan sekarang dan join semangkuk. Cara ni paling senang nak dapatkan follower baru. Nak dapatkan spammers pun ye gak.

Aku suka tweeting sebab ia mengasah pemikiranku untuk bercakap dalam 140 character. Ini amatlah penting sebagi blogger dalam memastikan kita sentiasa menulis dengan ayat-ayat yang power dan berisi. Twitting juga mengasah kepikapanku dalam berdialog. Takdelah aku kaku masa interview...

Apapun, semoga @encikmamat akan terus memfollow aku dan blog aku dan RT semua bullshit aku. Hah!

Tuesday, April 26, 2011

Eh Ke situ, pulak?


Ada ramai yang kompelen blog ni semakin kurang informatif. Entry komen dan rekomendasi adalah setakat tangkap muat. Baik baca blog Darkhalf ajer. Lagi Sorrow macam ni.

Dapatlak dulu kemain lagi sehari sampai 8 entry. Sekarang, 8 hari satu entry. Dah berlagak macam blog-blog otai. Entry pulak suka main kutuk-kutuk, cakap macam bagus, emo tak tentu pasal dan lain-lain benda yang tak bagus lagi. Tukang Komen dah berubah dari pengikut setia payabesarpedas kepada sigilagila yang mendalangi konspirasi akuskizo.

Kami taktau apa yang berlaku. Kami cuma mampu berdoa bahawa ini adalah evolusi ke arah yang lebih baik. Walaupun nampak bercelaru, percayalah.
 Kedatangan mu ke sini, mengubatiku.


....Eh? Ke situ, pulak?

Monday, April 25, 2011

Rekomendasi kepada: Tutorial Photoshop : Rahsia Rosmah Mansor Kelihatan Langsing (Cursing Malay)



Everybody loves Rosmah, our FLOM. Entry ni entry lama, tapi aku tergelak besar setelah membacanya pagi tadi. Aku rasa ia sesuai dijadikan pembuka tirai untuk hari ini.

Korang bacalah sendiri. Aku nak sambung gelak.

Kaku


Wa kaku. Blank. Lama jari jemari gua floating atas keyboard laptop. Macam dah tak biasa pulak menaip rasanya. Biasa macam mesin gan. Sampaikan kengkadang kengkawan ingat kat luar dah hujan (dan ushar kain di jemuran)

Lately wa dok sibuk menaip kat henpon ajer. Yer. Wa rasa gua dah kena penyakit twitter. Wa takbley tengok tweet yang baek. Mesti nak komen. Akibatnya jemari wa dah tune untuk ruang sempit dan ketat. Wa dah slow bila menaip guna keyboard qwerty.

Bukannya idea takde. Idea makin melimpah ruah. Cuma wa dah umpama tersekat secara fizikal. Jemari gua dah macam bangang mencari kekunci hehuruf yang betul. Tangan kiri gua digunakan seluruhnya untuk butang 'A' saja.

Wa harap lu orang relax, jangan gabrak dan jangan taknak datang ke blog gua lagi. Gua OK. Cuma sekarang, gua nak ambik angin kejap.


Monday, April 18, 2011

Zoul + Zombie = Tetap (Cool)



Sapa boleh ignore Zoul Zombie dengan hasil penulisannya yang out of this world!

Zombie kekal mengganas dengan menghamburkan entri-entri gempak, humor dan satirikal.
Aku suka cerita "Subuh Terakhir" tu. Gempak giler ahh!


Apapun, seperti dulu jugak, aku harap zombie akan banyakkan lagi entry dalam seminggu bagi mengzombiekan lagi blogosphere yang semakin menghantu dewasa ini...

Team blogger kau apa cer? Hehe.

Hobi: Membaca



Dalam hal hobi, ada yang memilih untuk menceburi hobi itu sebab pilihannya sendiri. Ada pula yang mengatakan sesuatu itu adalah hobinya sebab dia tak pernah terpikir pun nak berhobi, tapi sebab benda tu dah selalu dia buat, maka dia dakwa sebagai hobinya. Aku tak pernah terpikir pun apa hobi aku masa aku darjah enam masa awek-awek semua bagi buku autograph kat aku. Aku cuma tulis je hobi aku ialah membaca dan mengumpul stem. Padahal aku cuma membaca bila ada peksa, dan kumpul stem sebelum aku menjilatnya dan lekat kat borang peraduan mengumpul kotak Drinho nak dapatkan komputer VGA pada tahun 1990.

Bila seseorang mengatakan sesuatu itu adalah hobinya, lebih kuranglah umpama dia mengatakan hobi itu adalah passinya. Mengetahui passi seseorang, amatlah utama dalam usaha untuk menafsirkan, apa yang membuatkan seseorang itu bergerak. Pengetahuan tentang gerakan seseorang itu pula berguna untuk menterjemahkan maksud setiap perbuatannya. Sedangkan perbuatan seseorang itu pula, mengikut sesetengah kitab yang aku baca, mencerminkan pemikiran sipelaku. Hehehe.

Dari satu sudut lagi, bila aku mengatakan bahawa membaca itu adalah hobi aku, maka sudah pastilah aku juga ada banyak pengalaman tentang cara nak menceriakan hobi pembacaanku. Kira macam kalau orang baru kawin cakap hobi dia ialah berjimak (dengan isterinya), maka tentulah dia dah eksperimen pelbagai cara dalam menceriakan masa penjimakannya. Sebab benda hobi ni brader, sepatutnya ia menimbulkan kepuasan. Jika kita tersiksa selepas kita buat hobi kita, itu bukan hobi pada pandangan aku. Itu self mutilation. Self mutilation atau penderaan diri ni, ada macam-macam jenis. Dari yang hardcore jenis tindik-tindik, ubah bentuk kepala tu, hinggalah ke merempit dalam keadaan khayal tanpa dokumentasi yang cukup. Merokok juga sejenis self-mutilation. Ini bukan hobi. Benda-benda macam ni lebih menghampiri kepada penyakit mental.

Dan bila kita dah lama berhobi juga, aku juga dah mula ada rutin dalam memastikan aku terus menerus dalam hobiku. Contohnya: dalam sehari mesti kena baca ayat-ayat Al-Quran secara lisan. Juga baca apa saja yang memberitahu tentang keadaan agama, masyarakat, negara dan dunia. Dalam seminggu, aku baca tentang apa yang hip dikalangan masyarakat dunia dan masyarakat setempat. Dan dalam keadaan tertentu, aku ambik tau dengan membaca tentang isu-isu terkini atau berbangkit. Dalam apa jua bidang. Selagi ia ditulis dan aku terjumpa, maka aku akan baca.

Sebab entry ni dah makin boring, aku nak habiskan kat sini jer. Sebelum tu, aku nak tanya kepada kamu: kengkawan yang sering mengunjungi blog-blog dan melakukan sesuatu demi blog hinggakan dalam solat pun terbawak-bawak terpikir nak buat entry apa, aku tanya;

apakah hobi anda?



Membaca ke, menulis ke, menaip?



Hehehe.
Aku baru tau aku suka menaip sebenarnya.

Friday, April 15, 2011

Rekomendasi kuat: Ibnu Hatari the Chai Drinker


Aku baru jumpa blog mamat ni. Dia yang mengomen aku dulu kat pbp. Aku terjah ler. Kamu tahu apa itu CHAI?


Aku terjumpa entry yang dia berdiri atas deck skateboard tu. Aku terus minat nak baca lagi. Aku dapati dia update dua tiga hari sekali. Entry-entry dia banyak cerita pasal hadis dan cerita sirah yang berkaitan. Sesuai dijadikan targhib (penaik semangat) ketika down menjalankan usaha atau hidup ini. Apapun, Aku harap Ibnu Hatari akan keep it rocking untuil we rock no more!

Yeah dude! Flip it! Grind it! Thrash it! Haha.

Thursday, April 14, 2011

Rekomendasi kepada: Seindah Dunia Kita (Faizal Sulaiman)



Faizal pun salah seorang penulis dalam Blog Busters. Tulisan dia kat Blogbusters dan kat blog ni lebih bersifat emo terkawal, yang membicarakan soal hubungan, sosial dan benda-benda boring macam tu lah. Aku rasa dia ni penulis, kot? Siap ada link keraian buku sampai bab 58 ni. Aku pun malas nak baca sesatu. Nantiklah.

Aku suka entry yang ni pasal mak dia.
Very the personal dan touching. Tokrimau mesti suka benda-benda camni.
Aku memang kantoi kalau tulis benda-benda series macam ni.
Sebab muda-muda dulu, aku anti-romanticism.


Romanticism ni pada aku ialah perasaan emo-emo, feeling-feeling, semangat brotherhood atau inspirational. Duludulu aku berada dalam mode frustrated dan rebellious, so normal la. Sekarang ni baru nak recover nak jadi seorang manusia melayu yang dah jadi bapak budak dah pun. Jadi, blog-blog cam Seindah Dunia Kita ni seswailah untuk aku. Dan aku rasa, sesapa yang macam aku pun bolehlah turut sama menerjah blog ini.




Hahaha

RPK!you f**king SELL-OUT!

What do you want to be when you grow up?

"Oh? I want to be a blogger, mess with the government, hide oversea and wait until the government click my ass"

Still lying...

Aku malas la kan...


Orang dok cakap belakang lagi pasal aku. Takper, aku maafkan.
Ni aku bagitau sebab kenapa aku rasa aku skizo:

baca ni dulu

ok. Kalau budak yang 'mengeksperimen' dengan ganja pada umur 15 tahun akan mengubah kebarangkalian untuk mendapat schizophrenia dari 26% kepada 51%, kau bayangkan budak yang dah bereksperimen dengan bendalah tu dari umur 9 tahun. Maklumlah, budak kampungggg...

Lepas tu dia tak berenti mengunyah benda tu masa kat U sampailah dia kawin baru-baru ni. Tibatiba berenti. Aku rasa, dia lagi skizo dari orang skizo yang ada surat doktor.





Apapun, jika kau boleh kawan dengan gay, bapuk, lesbo dan ataturki-wannabe, apa salahnya kau tambah sorang orang gila dalam senarai tersebut? Kan ke lagi meriah dan holistik keperibadian kau di situ...?

Hehehe.

Jangan skizo!

Tuesday, April 12, 2011

Komen kepada: 5 Pekerjaan angan-angan saya (Paradoks Kekampungan)




Avid Gunner ialah salah seorang penulis dari Blogbusters. Nama dia gempak, mengingatkan aku kepada PointBlankShot dalam twitter. Nama-nama penembak macam diorang ni pulak, mengingatkan aku kepada Sindiket Soljah. Dan nama Sindiket Soljah pulak, mengingatkan aku kepada gathering Maskara hari tu. Hehehe.

Entry ini merupakan entry fiction jenis "what-if".
Avid Gunner berkongsi dengan pembaca 5 pekerjaan yang dia berminat.

Aku suka idea dia dengan Muzo. Idea ni boleh bla. Lagipun idea ni boleh join venture dengan halagel yang sibuk buat gelatin halal. Aku rasa, gelatin halal ni boleh digunakan sebagai pembungkus kriuk-kriuk Muzo yang kau maksudkan itu. Idea nak jadi kapitalis ni dipersembahkan dengan begitu baiknya sehinggakan aku nak baca point dia yang seterusnya.

Nak jadi jurulatih bola sepak pulak, aku ingat dia ni cakap-cakap poyo jer. Maklumlah. Boys dengan soccer ni memang standard lah. Dia cakap kejaymaan-kejayaan dia memenangi piala dan pertandingan yang kita boleh google sendiri kalau kita minat. Takdelah aku impress sangat.

Bila baca perenggan kedua, baru aku tau dia cakap pasal main game bola. Kalau zaman aku dulu, championship Manager. Masa zaman Uniten, Winning Eleven. Barulah aku paham dia cakap dia layak jadi manager kelab bola berdasarkan kehebatannya main game ni sumer. Mangkuk punya budak.

Masuk jer bab nak jadi bintang rock, penulis dan penerbit sitkom tu, aku perasan tulisan dia dah jadi hambar. Aku suspect lagi 3 point ni ditulis pada masa yang berlainan daripada dua point yang pertama. Kita boleh kesan perubahan intonasi dan momentum lawaknya.

Kat sini kita pelajari bahawa kalau mood menulis tu tengah datang, habiskan menaip satu artikel tu dulu. Yang lain tu kasi on hold atau pause kan sekejap. Sebab ilham tak datang selalu. Member boleh call balik. Tapi kalau mak yang panggil, kena stop.

Jadi, aku berprasangka baik bahawa point ke 3 dan seterusnya ditulis setelah Avid Gunner kembali setelah dipanggil oleh ibunya. Hehehe.

Anyway, aku rasa umur 28 masih tak terlambat untuk beliau mencapai SEMUA cita-cita tersebut. Jika dia benar-benar passionate dengan semua yang di atas, aku sarankan dia join Sindiket Soljah dan gunakan platform Maskara untuk mencapai cita-cita kau (suka-suka aku, jer nak rekrut orang). Sebab:

Melalui perhimpunan Maskara, dia boleh belajar buat short film dari nazrivovinska. Nak jadi Penulis, dia boleh sumbat pipiyapong dengan pulut kuning dan telur ayam kampung. Nak jadi bintang rock, lagilah senang. Beli gitar kapok aku dan hafal satu lagu M Nasir dan perform kat Maskara. Pasal nak jadi kapitalis pulak, masa dia perform kat Maskara tu, bawaklah stuff dia (short films, DVD, lagu dlm bentuk MP3, blook atau CD cetak rompak game bola) untuk di jual.

Hahaha.

Sebagai penutup, aku cuma harap Cik Avid Gunner kita ni akan menambahkan lagi frekuensi update blognya dari 2 hari sekali kepada berkali-kali sehari. Bulan lepas tak banyak, nampaknya? Apa cer? Hehe...



p/s: Ke Cik Avid Gunner ni memang ahli sindiket? Ahhh..Gasak lahhh

I'm not a blogger

Nuff said

Monday, April 11, 2011

Siri: Who are you calling, for? Blogbusters!



Satu lagi blog yang aku tengok DarkHalf taruk link dalam blog dia ialah blog Blogbusters. Hehe. Aku ingatkan blogbusters ni macam kaki blogger atau Rakan Blogger tu, jadi takdelah aku klik link dia sebelum ni. Semalam masa aku klik, rupa-rupanya ada blog. Aku pun lepaklah kejap...Baca, tengok. Nyanyi.

Terdiri daripada 10 penulis. Separuh pakai nama seakan-akan betul, separuh lagi nama pena. Cik Zara kita pun ada kat sini. Bila aku terjah blog setiap penulis ni, aku tengok, semuanya stok power-power punya. Maka aku pun semakin teruja nak baca blog Blogbusters.

Dari senarai labelnya, banyak entry dalam blog ni berunsur sarkastik (not again), ulasan dan rekomendasi kepada video dan filem, gambar-gambar menarik dan perkara-perkara yang melibatkan 5 deria iaitu dengar, rasa, lihat serta gabungan deria seperti sex, cinta, keliru dan sebagainya. 

Dari blog ni juga aku mengenali nama seperti Paan Ovrtd, Avid Gunner, Nobeat Beat dan Ruhil Rocky. Aku suka dengan lukisan Ruhil Rocky dalam entry "Dengar"  . Simple, comel dan kemas. Banyak lagi kartun gempak-gempak kat blog dia.

Apapun, kehadiran BlogBusters di saat aku macam dah boring baca sarkasis atau faktab sebab baca terfaktab atau pening sebab baca 100penulis, adalah satu breathe of fresh air. Aku nak follow blog ni lah buat masa ni...

Dan aku cadangkan korang pun buat perkara yang sama.

Sekian. Selamat membaca.

Komen kepada: DETIK DEFINITIF DUA JANTAN dan AJAN DAN RIMA



Mael adik pipiyapong
Kau baca tajuk dia.
Kau baca entry dia.

Pada korang, mungkin entry ini hanyalah sebuah entry yang menerangkan hubungan TokRimau dengan Mael. Menurut TokRimau, Mael ni brader pipiyapong. Dan brader kepada pipiyapong ialah brader kepada TokRimau. Macam tu sekalilah pengaruh pipi kepada anggota sindiket. Aku rasa pipiyapong dah bomohkan semua orang. Aku ada dengar tok bomoh kat belakang sekolah Sir Raffles tu pakai tangkal ekor ikan patin. Tu yang semacam libas dia tu. Anyway...

Kepada aku yang baru kenal TokRimau, dan yang menghadiri perhimpunan Maskara pada hari yang sama, kononnya pertemuan Mael ni dengan Tokrimau ini ditulis, dan yang telah (rasanyalah) mengujarkan dua soalan poser yang seperti dicontohkan oleh Tok dalam perenggan kedua terakhir dalam entry ini, aku terasa.

Dan sebab aku terasa, maka komen aku ni emo sikit:

Bro, kalau lu dah brotherhood dengan seseorang, memanglah lu akan kurang point nak cakap ngan dia. Lu ada tanya bapak lu dah makan ke belom lepas dia balik surau? Atau mak dah mandi pada mak lu? Kalau makbapak lu dah takde, sorilah. Ni contoh jer. Wa takde nak manly-man dengan adik beradik gua atau sesapa yang gua anggap macam adik beradik. Wa direct main kepala, bai.

Bro, sebagai seorang yang takde apa-apa in common dengan lu, dan yang bersungguh-sungguh nak jumpa lu malam tu (macam groupies, nihhh) dan yang tengah gabrak sebab salah orang ingatkan Lan Sinaganaga tu, lu, salah ke wa break the ice dengan soalan-soalan poser macam tu? Lu kasi la gua chan nak bagi soalan manly-man atau soljah-sol yang mampu nak impresskan lu sebagai first impression. Ni, tak, lu tak nyempat-nyempat nak layan awek bila wa jawab panggilan dari bini wa. Wa hang-up jer, tengok lu dah lesap.
Sebuleh-buleh wa taknak taruk gambar orang bukak aurat

Lepas tu, lu buatlak entry membaca wacana ajan dan rima tu. Siap ada amoi Jepun cakap buat fak lak tu...Cheisss...(hehe)

Lu ingat wa tak 'dapat' ke? Lu nak rasa istimewa lu pegi join golongan istimewa. Dapat tempat parking special masa lu buat Carboot sale hujung minggu. Hehehe.
Wa takde kias-kias fansuri, bhai.
Wa direct jer.
Wham! Bam! Thank you Ma'am!



kthanxbye
>:D


p/s: tokrimau jangan skizo...ni entry emo namanya...tak bermaksud atau mengubah apa-apa. Saja nak let out steam...Wa OK. Wa gay (baca: happy)

Sunday, April 10, 2011

Friday, April 8, 2011

Matcham-Matcham




Aku tak puas hati dengan mamat ni.

Bahasa dia kat dalam blog ni matcham bagus


Tapi at the same time aku dapat rasakan kelembutan cibainya. 

Aku ketahui kewujudan dia melalui blog KulupSakah dan BBAF Bro Gedek.
Lepas tu dia team-up dengan sarkasis.

Lepas tu aku perasan blog pengembaraan kamera henfon dia

Skizo aku dibuatnya si mamat bujal X ni

Tapi, daripada aku buang masa dengan dia, baik aku layan tweet awek Iran ni dulu. Dia kata nak jual uranium 3 kilo kat aku. Boleh aku rolling kat Jepun.

Lain kali kalau ada entry gempak dari lu, wa terjah lagi. Hehehe.

@_@
(link-link)

Blog untuk Tok Sheikh Abdullah




Dan untuk blog kesufian, blog Sufimas ialah blog yang diselenggara oleh rakan seguruku. Ia merupakan penghargaan anak-anak murid kepada Tok Sheikh Abdullah dari Kampung Petai Bubus, Terengganu. Kali terakhir aku pergi sana lebih kurang 4 tahun lepas. Taktaulah Tok Sheikh dok sana lagi ke idak. Tapi trust me: Kengkadang series aku terasa macam Tok Sheikh ada kat sebelah, ushar aku. Kengkadang rasa macam dia jentik telinga aku. Hehe. Takdelah.

Bila aku rindu, biasanya aku akan tengok gambar-gambar Tok kat dalam blog ni. Dan biasanya air mata akan mengalir. Taktau apasal. Tak caya cuba korang try.

Kelebihan blog ini ialah shoutboxnya. Ada masa-masanya, mamat-mamat yang kurang kasih sayang akan datang dan tunjuk pandai kat blog tersebut dengan troll di shout box. Anak-anak murid Tok Sheikh akan ada yang bertukar menjadi Kamen Rider, Hang Tuah atau jembalang tanah bila Tok Guru atau tarekat mereka diperlekehkan. Tapi biasanya, perbalahan atau diskusi mereka akan berakhir dengan kebaikan sebab semua yang berborak dalam tu, otai-otai belaka. saja jer buat klaka, tu.

Cumanya, sekarang, bebudak seperguruan yang lain lebih suka lepak kat FB menyebabkan blog tersebut makin bersawang. Aku pernah bertempik kat admin blog ni dulu suruh selalu updatekan kuliah atau quote dari Tok Sheikh, tapi last-last, aku pulak yang kena ban dari shoutbox mereka. Dahlah nak komen dah disabled kan. Haisshh. Camacam...

Anyway, banyak pesanan dalam blog ini yang agak heavy namun berguna kepada mereka yang salik. Harus diingat, segala apa jenis benda yang kita BACA, haruslah kita pelajari dan dalami melalui prektikel BERGURU, sebelum mengamalkannya. Jangan baca, buat assumption, try tengok jadi ke idak. Memang tak terbang der...Khurafat ader...Hehehe.

Apapun, aku suka quote dari Tok Sheikh:


"...hanya pestol yang REAL saja, pelurunya mengena...mu nak kena polish lagi..." katanya sambil menekan dada area jantungku. Sampai sekarang aku masih terasa....Adusss...

Thursday, April 7, 2011

Korang cuba terjah blog ni!



Aku nak mintak tolong sikit:
Korang cuba terjah blog ni dan ceritakan kat aku apa yang korang tahu pasal blog Dunia Vovinska ini kat dalam ruangan komen aku ni. Aku sendiri pun akan berbuat perkara yang sama dalam masa terdekat. Apapun...


Komen aku kepada entry ini ialah:
"Sungguh lucah imej yang terpampang dari entry ini"



sekian...

Ibnu Zain Ar-Rembawi



Aku rasa aku kenal siapa ini. Kalau betulla, maka aku nak kenalkan kat korang salah satu keluarga paling berjaya sebagai tabligh kat area Rembau. Beliau ialah Encik Zain. Beliau ni bekas Navy ke haper, dan dah sampai tahap misi negara luar dalam level tabligh. Beliau ada ramai anak lelaki yang hensem-hensem dan semua dah keluar tabligh. Setiap lelaki dalam keluarga mereka ni tak pernah miss nisab tahunan dan selalu me re-new iman mereka dengan menyambut takazah. Encik Zain sendiri ialah seorang yang lembut dan suka tersenyum hinggakan tatkala mengigau pun bunyinya macam ketawa dan zikir-zikir yang ceria. Itupun, kalau betulla ini orangnya. Dan semua di atas inilah sebab, kenapa blog ini sangat dear kepadaku. Sebab ia REAL.

Apapun, Blog Ibnu Zain ini banyak berkongsi tentang karkuzari dan perasaan tuan rumah tentang isu semasa. Dulu-dulu, blog ni agak boring. Tapi sejak kebelakangan ini, tuan rumah semakin selalu update. Aku harap selalukan lagi. Kalau dah tau awak nak keluar 600tahun pun, buatlah auto post siap-siap. Takdelah kengkawan ingat awak dah syahid ke haper. Hehehe.


Aku tau ada banyak lagi blog karkun di blogosphere ni. Yang di atas adalah blog my hommies. So give it up!

Semoga kita semua kekal dipilih oleh Allah sebagaimana mereka semua.

Blog Cik Ahsuez




Blog Cik Ahsuez akan berpindah ke sini.


Cik Ahsuez ni salah seorang dari sindiket soljah. Atapun salah seorang dari kengkawan mereka. Ntah? Aku jumpa link beliau satu masa dulu dan terus menerjahnya. Cool gakla.

Aku memang cepat jer rekomendasi blog pompuan bertudung ni. Mudah. Halal-compliance.
No offense...Hehehe...

Wednesday, April 6, 2011

Modus Operandi Blog Ini


Dalam hal meninggalkan komen di blog orang, biasanya aku akan mengambil perenggan pertama dari entry aku pasal entry tuan rumah tu dan paste kat ruangan komen di blog nya.

Lepas tu aku akan taruk link ke entry tersebut di blog aku, kalau dia nak baca selanjutnya. Ini modus operandi blog ini sebenarnya. Ada orang yang tak paham, kata aku sukasuka spam komen box diorang dengan link-link aku.

Seperti yang dah korang lihat dengan kes AlongXP baru-baru ini, dah memang MODUS OPERANDI nya aku kena tinggalkan link ke entry pasal diorang kat komen box diorang. Aku rasa takde masalah dengan hal ini sebab Along Tapa suka buat benda ni. Istiqomah betul aku tengok sampai aku yang mulamula dulu hanginsatubadan pun dah tak kisah dah.

Ada orang terganggu dengan perangai taruk link dalam komenbox diorang. Diorang selalu anggap mereka ni adalah spammers dan peraih trafik murahan. Tapi itu cumalah pandangan mereka. Tak pernah lagi aku dengar ada orang bertumbuk pasal sikap ini di mana-mana. Taktaulah lepas ni Malaysia nak start pulak. Gempak jugak, idea tu.

Sungguhpun korang rasa macam intonasi dan atmosfera entry blog ini yang macam bagus, namun ingatlah itu hanyalah theme untuk penulisan ketukangkomenan. Takkanlah pengkritik ni seorang yang berperangai merendah diri dan lembut budi bahasa. Hal ini pernah juga kita bincangkan dalam topik sama ada patutkah kita mencarut untuk dapatkan perhatian. Aku tak kisah korang nak mencarut kalau aku tak tarukkan link ke entry tersebut sebab aku pun malas nak cari. Korang search lah kat atas tu sendiri...Dan kalau nak mencarut, aku ada sediakan tempatnya kat tab sebelah kanan ni. Kau mencarutlah kat situ dan kita akan bincang sesama, apa masalah kau.


Ok?


Hahaha

Komen dan rekomen kepada: Cewah sudah mula dijual secara online!



Blog ini ialah blog Lan Sinaganaga, Pangkat Jeneral kepada Sindiket Soljah ni. Aku taktaulah apa maknanya, tapi nama beliau sebagai penulis cool Melayu di Malaysia sudah tak asing lagi.

Entry yang ini merupakan marketing kepada buku Pipiyapong yang terbaru: Cewah. Blook inilah yang ditulis dalam bahasa kutu seperti yang didakwa oleh PyanHabib semasa melancarkannya di Maskara 26 pada 26 Mac haritu.

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

Blog Jeneral Lan ni kebanyakannya artikel dan promo aktiviti sindiket. Ada juga link-link ke rakan-rakan dan teman-teman Jeneral Naga. Kat atas sekali ada banner gambar award. Taktaulah ye ke idak.


Aku suka entry recycle dari Tokrimau yang diinspirasikan dari entry Jeneral Naga yang ini.

Setelah membaca entry-entry tuan Jeneral, aku dapati semuanya macam biasa ajer. Takdelah gempak sangat. Mungkin aku kena baca buku dia.
Anyway, komen aku untuk entry dan blook pipiyapong ini ialah satu ajer. Dan ia adalah sebab yang sama kenapa aku memilih untuk membeli blook "Siapa Kekah Bidan Sepiah" instead blook "Cewah"

Sebabnya ialah kat cover tu nampak pusat pipi.


Sekian. Majulah landasan keretapi untuk cover buku.

Ustaz Hambali Al-Alorstari




Ustaz Hambali Al-Alorstari


Ustaz ni sempoi. Walaupun aku tak berapa rapat dengan beliau, kita akan cepat mesra dengannya. Ini mungkin kerana beliau berjiwa muda dan pengalamannya dalam menangani masalah dalam kepentablighan ini amatlah luas, maka memang asyik bila mendengar ceramah, kuliah, lebih-lebih lagi bayannya. Kalau korang dengar ada ceramah Ustaz Hambali, korang pergi. Series berbaloi! TV, futsal, meeting, dunia, boleh tangguh. Tapi ceramah Ustaz Hambali jangan miss. Sebab taktau bila orang camni akan hilang. Atau korang yang hilang dulu. Atas sebab ini, aku janji aku taknak miss lagi ceramah beliau yang kat Surau Taman Ros Mewah setiap Selasa selepas Maghrib tu.

Blog beliau banyak berkisar tentang karkuzari (laporan), kupasan isu terkini dan jadual program Ustaz untuk sebulan. Aku cuma harap Ustaz Hambali dapat update dengan lebih kerap lagi atau bagi ajer material Ustaz tu sumer kat saya bagi saya uruskan. Ustaz fokus kat industri karkunisasi dan pentablighan ajer.

Paling aku suka ialah bila Ustaz buat sajak. Kali terakhir aku baca sajak beliau ialah masa Ramadhan tahun lepas. Terus fanak aku sekejap. Berbuih-buih mulut.

Ustaz Hambali seorang orang Kedah. Tapi dah menetap di Seremban. Aku bersyukur kat Allah sebab menyaksikan orang cam Ustaz ni. Kau nak tengok wali? Pergi cari Ustaz ni...Hehehe...

Siri Rekomendasi Kuat#1:



Al-Alostari, Ibnu Zain Rembawi, dan SufiMas

Tiga blog ni memang aku ikuti rapat walaupun diorang ni jarang update. Maklumlah, sibuk dengan misi rahsia dan program-program menyelamatkan dunia. Aku tak kisah. Bahkan aku berbangga dapat berjumpa dan berkenalan dengan diorang. Cuma kalau diorang tak masukkan aku sekali dalam doa diorang yang seminggu 3 kali tu, aku taknak kawan dengan diorang. Tapi akan tetap datang ke blog diorang. Apapun...


Diorang ni bukan blogger. Tapi diorang ni adalah mereka yang REAL punya. Aku kagumi mereka sebab aku bukan macam mereka. Aku FAKE. Semoga Allah tukar pinocchio ni jadi budak yang original...

Untuk pengetahuan korang, tiga blog ini banyak mempengaruhi lanskap cerita sukaramai di blog pbp: Wali Dari Bangi, Interview Dengan Wali, Atan dan Abu. Aku banyak terskizo setelah membaca karkuzari dari mereka. Hehehe.

Anyway, Siri ini merupakan saranan daripada peminat blog ini yang menyarankan agar semua Rekomendasi di labelkan sebagai satu. Mudah sikit nak klasifikasikan. Aku pikir; bergeliga jugak otak kau ni...

Maka aku mulakan dengan nombor satu.

Tuesday, April 5, 2011

Dari benak si tukang komen




Kadang-kadang, masa meninggalkan komen kat blog orang, nak bagitau dia yang aku feature blog diorang kat blog aku, aku mendapat macam-macam reaksi:


"Terima kasih kerana sudi berziarah. Blog awak pun tak kurang hebatnya! Teruskan perjuangan!" -tuan punya blog muslimah terlenggangkangkung sekali di abad ini.


"Lu appaa haaallll?!!!"  - Bujal X.


"Bukan menghina, mencaci ajer" -Bujal X lagi.


"Aummmm!" - Tok Rimau


"Lu sapa? Lu nak tunjuk kapla ke? Nah, hambikla kapla ni. lu tak cukup kapla, ni. Kapalaludimaanaaa?"  - SpekrOsak


"You cute, laa" -Cik Yuyu


--------


Namun itu semua tidak mematahkan semangatku dalam menerjah dan memorak merandakan hidup dan masa berinternet orang lain dengan komen dan entry-entry tahap-hapaku. Dan nampak gayanya, peminat dan groupies lebih menggemari blog aderberani daripada blog-blog abangnya yang lain. Ini menimbulkan syak waham dan cemburu dikalangan adik beradik. Lain pulak jadinya.



"Tukangkomen takyah nak blogwalk lebey-lebey. Dia dah memang feymes..." kata Atan dan Abu spontan dengan muka jeles baru-baru ini.


"Ahhh! Blaah la lu! Cibai! Kita yang bagi idea kat dia. Dia pulak yang lawan tokey!" -akuskizo


"Semoga terus berkarya dan tak mengganggu ketenteraman sejagat" - The black entity


"You should rename the pictures in your blogs to respective keywords so you'll earn google image search points! And oh! Great blog you got there!" -google gigglers


Akibat nak menjaga hati abang-abang, blog ini agak lembab dalam dua tiga minggu ini, ditambah lagi dengan jangkasa masa eksperimen autopost yang baru masuk bulan kedua. Siri Mengarut101 yang sepatutnya diganti dengan siri Kelab Komputer juga tah bila-bila nak disiarkan memandangkan timingnya tak kena. Kejap riot. Kejap tsunami. Blogosphere tengah bersedih. Takkan kita nak mengarut dan melawak, pulak? Apapun...

Malas



Aku malas nak cerita panjang. Kang korang muak.
Jadi aku ceritalah pendek-pendek. 
Tapi banyak.
Hahahahaha...


~tukang komen

Monday, April 4, 2011

Menyalahgunakan popular post.

Blog-Walk or Blog-Click?
Salah satu widget default yang ditawarkan dalam blogspot ialah Popular Post. Widget popular post ni, memaparkan post korang yang paling banyak hitnya. Ada yang limitkan paparan kepada post paling popular untuk minggu tersebut sahaja. Aku suka show semua. Sebab ia merupakan indikator padaku. Dalam sudut tukang komen pula, bila ada widget ni, tuan rumah diberi pilihan kedua sekiranya entry terbaru dia tak cukup mengancam untuk aku stay lelama kat blog dia.

Nak manipulasi apa benda yang dipaparkan sebagai popular post tu, mudah ajer. Kalau aku, paling senang aku gunakan link ke post tersebut tiap kali aku blogwalk. Contohnya bila nak promo satu-satu entry terbaru di shoutbox-shoutbox orang. Atau entry-entry thought provoking yang sentiasa aku perlukan pendapat kedua. Bila orang klik jer kat nama aku, dia akan masuk ke entry itu dulu. Duludulu zaman aku hantu blogwalk, dalam dua tiga hari jer entry terbaru akan jadi most popular. Sekarang ni, apa yang paling popular tulah yang paling popular. Dari situ kita juga boleh tahu tahap kegempakan si tuan tanah. Atau apakah imej yang terpampang hasil pemerhatian dari pengomen dalam entry tersebut.

Blogwalk ni, dari satu sudut merupakan satu marketing. Tapi orang yang berpikiran jumud dan ada masalah domestik, selalu mengecilkan skop itu kepada kapitalistik saja. Walhal ada banyak sebab lain 'tool' bernama marketing itu boleh mendatangkan manfaat. Dalam mendapatkan pendapat ketiga dan keempat, contohnya. Atau dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu, misalannya. Tapi, takkanlah kita nak marketing kat orang yang baru kita kenali ni dengan entry emosional pasal kematian arnab kita, jer? Atau kita dok guna link itu jer masa kita chatting dalam shoutbox kengkawan blogger yang ketat? Kena bijaklah...
Kalau semua orang adalah Anon

Tuan rumah pulak, boleh menyalahgunakan widget ini dengan meletakkan link-link ke entry-entry mereka yang dirasakan power dan berupaya menarik minat pengunjung untuk jadi follower atau pembaca setia. Linkkan punchline-punchline dalam popular post korang tadi tu, kepada post-post tersebut. Biarkan saja ia begitu hinggalah post baru yang korang linkkan tadi tu, termasuk dalam senarai popular post jugak.

Dan korang boleh link-link dalam popular post korang untuk menghala ke post-post yang kurang popular. Eh? Tapi sebelum tu, camana nak check apa most popular post korang? Haaaa...Dalam Blogspot, diorang ada tab kat dashboard tu yang namanya stats. Hahaha. Sibbaik teringat.

Dalam menu Stats pulak, kau boleh tengok data-data berkaitan pengunjung ke blog kau. Kat sini jugaklah kau boleh analisa popular post kau mengikut hari, minggu, bulan atau setakat ini. Dah paham?


Friday, April 1, 2011

Rekomendasi kepada: Gelap Datang Kembali Setelah...



Nama blog dia bapak panjang.
Puisi dia pendek-pendek
Dan tajam


Tak berani aku komen puisi
Nak mampos?

Komen kepada: Cakap Apa Saja


Rupa pentas malam Maskara ke 26 tu/ Yang rambut panjang tu pipiyapong
Yang botak tu Dean Sham. Yang lagi dua tu pemalu.


Aku mulakan terjahan ke blog ahli sindiket soljah dengan blog ini. Aku pilih dia sebab dia update blog dia hari-hari. Dari Arkib blog Spyz, didapati beliau mula blogging dari tahun 2001.
Ni baru betulbetul otai blogger!

Blog ni blog Spyz. Aku tak kenal SpyZ sapa. Aku budget dia mamat botak yang dok kat sebelah aku masa Sani Sudin perform malam Maskara tu. Page yang aku savekan, dipenuhi dengan gambar dari majlis tersebut. Kalau korang nak tengok gambar-gambar untuk entry maskara yang aku buat sebelum ni, kat sinilah gambar-gambar tu.


mula dari sini


Aku tak dapat nak tengok older post nak cari entry yang berupa artikel supaya mudah aku nak mengomen. Nak mengomen gambar ni, aku takde ilmu fotografi.

Ilmu tokek jadian, ada laaa...

Peluru Tak Kenal Siapa (sindiket Soljah)



Kepada pengunjung blog ini yang setia, pasti teringat siri Peluru Tak Kenal Siapa yang dimulakan satu masa dulu hasil penyiasatan link-link dalam blog Cik Siti Zafirah. Siri itu tak mendapat sambutan sama ada dari tuan punya blog tersebut ataupun pembaca di blog ini. Mungkin kerana bahasa yang digunakan oleh askar-askar dari sindiket soljah agak tinggi. Mungkin juga artikel yang ditulis terlalu personal hinggakan ia hanya menarik kepada niche pembaca yang tertentu. Apa pun, aku salahkan diri sendiri sebab tak buat persediaan yang lengkap dalam menerjah mereka.

Setelah bertweet dengan TokRimau, menghadiri Maskara ke 26, menghafal makna 'kodi' dan membaca beberapa buku dari sindiket ini, barulah aku paham bagaimana sindiket ini melihat dunia. Takdelah paham sangat, cuma buat-buat paham jer.

Apa pun, aku kembali menyambung siri ini dengan menumpukan kepada blog-blog ahli sindiket Soljah. Masalahnya, kebanyakan blog ahli mereka ni dah lama tak update. Jadi, aku terjah ikut suka aku jerlah.

Seperti biasa, aku tak harapkan mereka akan datang ke sini membaca komen terhadap entry yang dah mereka buat hampir 5 bulan lepas. Diorang sibuk dengan program dan aktiviti seni diorang. Tipu kalau aku cakap aku tak kisah. Aku kisah.
Dan kalau diorang tak datang ke blog aku, aku akan spam blog, FB dan timeline tweet diorang.
Hahahaha.


Selamat membaca!

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...