Twitter page cik Mamat |
Aku akan buat siri mengomen kengkawan yang aku jumpa kat Twitter. Dan aku nak mulakan dengan mamat ni. Dia adalah seorang follower baru tweet aku. Aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku. Aku start dengan dia sebab dia anonymous. Nama dia Encik Mamat.
Blog dia kat blogspot bertajuk encikmamat.blogspot.com. Menurut posting yang ni, mamat ni baru lagi bertweeter. Dia tak reti sangat amendernya tweeting ni. Aku pun sama. Tapi aku suka eksperimen dan Alhamdulillah Allah kurniakan kelebihan masa. Maka aku nak kongsikan sedikit di sini.
Jika kita ialah seorang blogger (tak kiralah blog jenis apa), ada akaun twitter membantu dalam marketingkan blog kita. Kita boleh terus tweetkan link ke entry terbaru itu ke follower list kita. Ini adalah gaya marketing yang amat berkesan. Cuma pastikan kita menggunakan ayat yang menarik dalam tweet tersebut bagi menarik perhatian pembaca untuk mengeklik link yang diberi. Kahkahkah.
Nak mendapatkan follower baru juga amat mudah. Twitter ni masih baru agaknya dimana masih ramai lagi yang publickan akaun mereka. Kebiasaannya, bila kita follow orang, orang itu akan follow kita balik. Jadi, kita followlah ramai-ramai dan unfollow balik bila kita dapati mereka tak follow kita semula. Hehehe. Bila kita dah dapat perhatian mereka, barulah kita masuk ke step kedua.
Pastikan tweet-tweet kita menarik. Cara menarik perhatian paling koman dalam cyberspace Malaysia ialah dengan trolling. Provoke orang yang kita follow tadi tu. Seeloknya bagilah salam dulu dan janganlah mencarut atau sampai bergaduh. Ingatlah, kita nak berkenalan sebenarnya. Don't get carried away. Cara kedua yang baik ialah memberikan tweet yang inspiring. Kengkadang tu bolehlah retweetkan quote dari tweet orang. Tapi ada limit nak buat camni.
Lagi satu ialah dengan melayan hash-tag yang trending. Kau tengok apa yang tengah hot ditweetkan sekarang dan join semangkuk. Cara ni paling senang nak dapatkan follower baru. Nak dapatkan spammers pun ye gak.
Aku suka tweeting sebab ia mengasah pemikiranku untuk bercakap dalam 140 character. Ini amatlah penting sebagi blogger dalam memastikan kita sentiasa menulis dengan ayat-ayat yang power dan berisi. Twitting juga mengasah kepikapanku dalam berdialog. Takdelah aku kaku masa interview...
Apapun, semoga @encikmamat akan terus memfollow aku dan blog aku dan RT semua bullshit aku. Hah!
3 comments:
Trollolol... networkblog sgt membantu ....
pergh.. tenkiu geng.. gua dah tak guna tweet... mcm tak menarik je.. jem jemmm...
sila cuba lagi
Post a Comment