Wednesday, April 27, 2011

Rahsia Blog Giggling the Google



Semua orang tahu apa itu keyword, betul tak? Selain dari follower, orang yang klik kat link blog korang, atau auto ping dari team-team blogger, mendapatkan trafik dari search engine juga adalah satu skill. Harini aku nak kongsi satu teknik yang aku belajar dari korang semua. Aku tak reti nak mengajar secara formal sebenarnya sebab aku akan jadi amat boring dan series. Tapi aku nak try.

Ramai tahu taktik menggunakan perkataan dari topik di sokkabar dan taruk dalam the first 101 character of a posting untuk tarik new readers. Bila innocent bystander nak catchup dengan isu semasa macam perang saudara di Libya misalnya, entry engkau pun akan tersenarai sama selagi korang post benda tu kat google buzz. Maka kau akan mendapat new unique visitor. Ini adalah taktik marketing blog yang sangat baik. Ok jugaklah untuk sesiapa yang nak merasa makan duit dengan blogging.

Ramai jugak tahu bahawa search engine akan jumpa gambar dulu (file yang dot jpg, bmp, gif, png misalnya). Jadi, kalau kau search perkataan mencarut, kau akan diarahkan ke gambar yang nama failnya mencarut atau ada perkataan mencarut dalam the 1st 101 character entrynya. Paham? Hahaha. Sebab tu aku galakkan korang taruk gambar dalam entry korang. Selain sebagai halwa mata, ia juga membantu search engine menjumpai engkau. Interlok sungguh bahasa aku.

Jadi, mengetahui hakikat pencarian ini, aku pun buatlah satu blog dimana nama setiap entrynya adalah umum dan aku rasa relevan dengan keadaan masa ia di posting. Kalau ada mamat search perkataan 'suck' 'dot' simple' 'lonely' atau jenis manusia yang sesuai dengan target blog-blog aku, mereka akan jumpa blog ini sebagai result. Bahkan kalau kau search nama 'google' pun, blog aku tersenarai sebagai salah satu result pencarian kau (#1762908762-hehe).

Sebagai pengisian kepada entrynya, aku google image search-kan tajuk posting aku tu tadi dan ambik gambar-gambar yang berkaitan. Aku boleh main kotor dengan rename gambar tu kepada keyword yang sama dengan title tapi sebagai tanda aku masih menghormati hak rekacipta, aku gunakan ajer nama asalnya, macam mana aku jumpa dia dalam google.

Aku tau, kalau nak lagi gempakkan blog hitamelekit ni, aku kena SEO friendlykan the whole schbang. Tapi takpelah...Inipun dah penuh shoutbox aku dengan spammers. Aku tak kesah. I welcome everybody. That's the beauty. Anyway...

Bila orang dari google atau yahoo masuk ke dalam blog ini, mereka akan dipaparkan dengan grafik (yakni gambar-gambar yang aku curi tadi). Grafik ialah taktik simple untuk menarik orang. Aku pun taruklah sepatah dua kata nak kasi gambar tu ada kaitan dengan topik. Aku juga show banyak entry sekali loading, kasi dia tengok puas-puas. Kasi ejakulasi.

Bila dia dah steady dan waras, maka dia akan kreatif, dia akan jumpa link ke blog-blog aku yang lain yang kat sidebar belah kanan tu. Link tu pulak nampak gempak sebab semuanya sentiasa diupdate (hehehe). Mesti visitor tu tak sangka yang semua blog itu sebenarnya ialah blog-blog aku. Dahlah setiap satunya bercanggah antara satu sama lain.

Lagipun, seperti yang aku terangkan kat blog kawan rapat aku satu masa dulu, salah satu kelebihan lagi blog ini ialah ia memudahkan aku nak blogwalkkan KESEMUA blog aku sekali gus. Takdelah aku kena retype bila blogwalking kat shoutbox orang. Sekarang aku just bawak blog hitamelekit ajer ke mana-mana. Twitter pun sama.

Dari sini aku belajar, jika blog itu ada konsep dan rancangan yang sistematik, ia akan berjalan dengan baik jugak. Nak pertajamkan plan, kita kena ada ilmu dan tak malas mencuba. Dan percaya atau tidak, aku banyak belajar tentang business dari blogging ni semua...

Dan untuk itu aku ucapkan:  
Terima kasih kepada semua!
Thanks! Sieh-Sieh! Tamatgotchi! Nallerekek! Eh? Betul ke?


p/s: sorry, takde gambar sebab lambat sangat loading...

2 comments:

ewanthology said...

boleh cuba

Irwan said...

cubalah dan kongsikan pengalaman di sini, yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...