Sunday, June 26, 2011

Skill Utama seorang Pengomen


Cikgu gua cakap dulu, sebagai seorang akademik, kita kenalah berfikiran kritis. Gua kena anggap gua yang paling bagus. Gua yang paling bernas. Dan gua tak boleh takut nak suarakan pendapat gua. Betul! Ni sumer memang diterapkan ke dalam benak budak-budak MRSM.
Disiplin: critical thinking. Ilmu: sedang ditimba. Beramal: kami mengomen

Cuma keadaan masyarakat Malaysia dan masyarakat tempat gua membesar pada masa tu, memandang taboo kepada orang berpikiran kritis ni. Mereka menggelar kami ni budak U cakap macam baguslah, pengkritik tak bertauliahlah, tak sedar dirilah, Melayu mudah lupalah...Macam-macam...

Sejak dua menjak ni, semakin ramai memilih kerjaya sebagai pengkritik. Pengomen. Ini menjadikan industri ini semakin kompetitif. Semua orang ada pendapat masing-masing dan sebagai pengkritik tegar, gua terpaksa jack sikit komen gua agar komen gua sentiasa sama ada menjadi yang teratas, atau yang menginspirasikan kepada komen-komen lain. Pihak yang dikomen pulak tak tertumpu kepada satu-satu bidang macam politik, ekonomi, agama atau muzik, bahkan merangkumi segala-gala lancau dalam hidup ini...
Kenapa nak berada di atas? Kenapa nakkan perhatian? Attention Whore?

Apa gunanya bercakap jika tiada yang mendengar? 
Apa gunanya mengomen jika hanya gua yang pedulik? 
I know who you are and where you live
Tapi, satu hal dalam dunia pengomenan ialah, keupayaan menerima kritikan. Part ni, gua nak terima kasih kat Twitter dan haters dari blogosphere ni yang telah banyak membantu gua mempertebalkan telinga dan kulit muka gua. Gua semakin lali dan bijak mengendalikan komen. Dapatlak komen-komen yang tak berasas atau disebabkan oleh salah faham. Bahkan, kebanyakan tweeps yang block gua adalah mereka yang banyak sakit buntut kat dalam blogosphere ni akibat entry entry gua dalam blog ini. Malas dah gua nak sebut nama atau kasi link. Gua tak pedulik dah...

Mesej gua kepada semua ialah, setiap apa yang kita baca dalam apa saja media, perlulah kita tapis dengan pemikiran yang kritis. Jangan telan bulat-bulat. Kunyah dulu. Kasi gaul dengan air liur dulu. Rasa dulu. Kegemaran setiap orang adalah berbeza dan kita tak perlu nak ikut sesapa..tu jer...

Salam

Friday, June 17, 2011

Apalah Salah?





Gua pun pelik, kadangkadang
Camana semua orang
Boleh cam tarapapa dengan semua orang
Yang
Tahapahapantah.

Maksud gua,
Kalau badan berketak, suara bagak, jalan berkeypak, apalah salahnya kau senyum?

Maksud gua,
Kalau ye pun lu yang betul, dan mamat tu tolol, apalah salah lu nyatakan hak lu dengan berhemah?

Dan apalah salah kita lebih bertimbang rasa? Paling asas merendah diri? Pempahamlah sendiri, jangan sampai disound nanti.

Apalah salah kita pikir sikit pasal orang sekeliling masa memandu di jalan raya? Dah lah anggap orang boleh baca pikiran dia nak masuk mana, sukasuka tukar lane tanpa bagi signal.

Apalah salah kita semua lupakan perbezaan diantara kita, dan bersatu, mungkin buat yang kali terakhirnya demi mempertahankan gaya hidup Malaysiana yang kita komplen setiap hari tapi kita sukakannya.

Kerana masa dah semakin suntuk. Esok memang masih ada. Soalnya adakah kita juga ada? Maka, apalah salah kita bermuhasabah dan saling memberi maaf?

Apalah salah?

Salahlah Apa?

Thursday, June 16, 2011

Gua Kembali



Dah lama rasanya gua tak mengomen. Maklumlah, blogosphere semakin hari semakin panas. Polis cyber bersepah-sepah melepak di setiap node dalam network. Gua kena berhati-hati. Ada pemerhati dikalangan blogger juga.

Sebagai pembuka kata, banyak yang gua belajar dari korang semua sepanjang gua mengomen dalam blog ni. Gua belajar pasal blogwalking, pasal etika-etika bloggers, pasal design, keyword, SEO, nuffnang, malah politik, sukan, artis dan sex luar tabii. Hehehe. Gua juga dapati bagaikan ada blok-blok dalam dunia blog Malaysia. Ada puak yang pro iklan. Ada yang tak pernah nampak batang hidung. Ramai juga yang kuat mencarut. Tapi, personaliti sebeginilah yang membuatkan gua lagi tertarik dalam blogosphere.  Pada gua, blogging adalah istimewa. Gua dah cerita pasal ni dalam topik blogging vs diari satu masa dulu (cam bagus seyhh).

Yang menjadi wacana ialah gua ingat pada fasa ketiga (bulan Jun-September), gua nak masuk mengomen blog artis dan ahli politik. Masa sedang mengumpul material, gua dipertemukan dengan twitter oleh Cik BentPencil (@didyajustsaytht). Beliau secara berseloroh mengatakan bahawa blogging adalah ketinggalan zaman. Orang sekarang main twitter. Gua join yang maxis kasi free selama seminggu tu.

Memula tu, gua join battle of the Sexes. BOTS. BOTS ni boring sikit. Response dia lambat tapi kira cepat jugaklah berbanding blogging yang umpama memancing di lautan dalam. Trick yang gua belajar sepanjang penglibatan dalam BOTS ialah penggunaan perkataan yang sesuai dalam tweet gua. Gua mesti pandai pilih perkataan sebab gua tweet guna henpon N70. Henpon yang sama yang gua guna nak menghasilkan blog mywifenkids. Lelama, gua dapat tahu Maxis ada line direct ke server twitter dan gua aktifkan. Hambik kau.

Dulu gua janji dengan AlongTapa dan EszolRAAR bahawa twitter adalah sementara. Gua silap. Gua yang dah jadi sebahagian dari twitter. Hahaha.

Pada hari ini, gua dengan rendah dirinya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengenali gua melalui dua medium ini: Blogosphere dan Twitter. Gua kalau boleh nak berjumpa dengan orang-orang yang berada dibelakang posting/tweet yang gua baca. Gua nak kenal dengan lebih dalam lagi kerana selain manusia perlu beribadat kepada Allah, gua juga percaya manusia disuruh untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain. Dan blogging serta twitter adalah satu permulaan yang baik. Dua media ini bukanlah menceritakan seluruh tentang orangnya. Ia cumalah umpama papan iklan tentang orang itu. Kita nampak apa yang mereka mahu kita nampak. Nak tahu lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera.





Bukan selalu bagi penghargaan. Gua ingat nak tulis Terima Kasih jer besar-besar. Tapi kalau tak silap, gua dah pernah buat. So kalini gua guna taktik artikel pulak. Hehehehe. Semoga terhibur.
Insya Allah, lepas ni akan selalu update. Tunggu jelah janji munafik ni. Hehehe. Sekian.

Hasrat terpendam




Kalau gua ada USD 4 juta, gua akan dermakan sejuta. 
Tapi sebab takde, maka gua diamkan ajer

Tuesday, June 7, 2011

I'm BAAA-HAACKKK!!!

"Haakooo, memang begittew. Masih Camwhore cam dulluuu"

Dua bulan kebelakangan ini, gua agak sibuk meneroka alam twitter. Alhamdulillah, asbab kawan-kawan dari blogger jugak, gua yang mula dengan bertatih, sekarang dah boleh menyepak orang lain di alam tersebut (hehehe). Tapi, apa kejadahnya menuitkan diri bila dah ada blog, tumblr dan FB?

Entah? Cam best jer?

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...