Sunday, June 26, 2011

Skill Utama seorang Pengomen


Cikgu gua cakap dulu, sebagai seorang akademik, kita kenalah berfikiran kritis. Gua kena anggap gua yang paling bagus. Gua yang paling bernas. Dan gua tak boleh takut nak suarakan pendapat gua. Betul! Ni sumer memang diterapkan ke dalam benak budak-budak MRSM.
Disiplin: critical thinking. Ilmu: sedang ditimba. Beramal: kami mengomen

Cuma keadaan masyarakat Malaysia dan masyarakat tempat gua membesar pada masa tu, memandang taboo kepada orang berpikiran kritis ni. Mereka menggelar kami ni budak U cakap macam baguslah, pengkritik tak bertauliahlah, tak sedar dirilah, Melayu mudah lupalah...Macam-macam...

Sejak dua menjak ni, semakin ramai memilih kerjaya sebagai pengkritik. Pengomen. Ini menjadikan industri ini semakin kompetitif. Semua orang ada pendapat masing-masing dan sebagai pengkritik tegar, gua terpaksa jack sikit komen gua agar komen gua sentiasa sama ada menjadi yang teratas, atau yang menginspirasikan kepada komen-komen lain. Pihak yang dikomen pulak tak tertumpu kepada satu-satu bidang macam politik, ekonomi, agama atau muzik, bahkan merangkumi segala-gala lancau dalam hidup ini...
Kenapa nak berada di atas? Kenapa nakkan perhatian? Attention Whore?

Apa gunanya bercakap jika tiada yang mendengar? 
Apa gunanya mengomen jika hanya gua yang pedulik? 
I know who you are and where you live
Tapi, satu hal dalam dunia pengomenan ialah, keupayaan menerima kritikan. Part ni, gua nak terima kasih kat Twitter dan haters dari blogosphere ni yang telah banyak membantu gua mempertebalkan telinga dan kulit muka gua. Gua semakin lali dan bijak mengendalikan komen. Dapatlak komen-komen yang tak berasas atau disebabkan oleh salah faham. Bahkan, kebanyakan tweeps yang block gua adalah mereka yang banyak sakit buntut kat dalam blogosphere ni akibat entry entry gua dalam blog ini. Malas dah gua nak sebut nama atau kasi link. Gua tak pedulik dah...

Mesej gua kepada semua ialah, setiap apa yang kita baca dalam apa saja media, perlulah kita tapis dengan pemikiran yang kritis. Jangan telan bulat-bulat. Kunyah dulu. Kasi gaul dengan air liur dulu. Rasa dulu. Kegemaran setiap orang adalah berbeza dan kita tak perlu nak ikut sesapa..tu jer...

Salam

7 comments:

zombie said...

sebagai budak mrsm, gua juga telah diterapkan dengan pendidikan tentang cara cara mengubati butthurt. Pengetua gua panggil gua bullshit, gua tak rasa apa langsung. Begitulah cerita gua tentang betapa lengkapnya pendidikan di mrsm.

Irwan said...

Lu perasan tak kebanyakan asshole dalam cyberworld malaysia adalah ex maresma?

Adakah ini menunjukkan MRSM mencapap tujuan penubuhannya?

Hahaha...No..It wasn't a typo...


Hahaha. Mencapap. Just learn that this morning

Al said...

mgkn ko x prasan, ko da master dlm xtvt mencapap sbnarnya


p/s;hrpnya definisi 'mencapap' kita sama

zombie said...

kalau lu nak tahu, itu budak budak mrsm yang gagal. kah kah kah


satu lagi, gua tak perasan sebab gua tak gemar sangat bergaul dengan asshole.

Irwan said...

Zombie..itu budak memang gagal...
Lu tak gaul dengan asshole? How about shitheads? Hahaha..

Al...hahaha..menurut gugel, mencapap ialah attention seeking. Capap yang gua maksudkan ialah capai...hahaha. I miss you mann

Along Tapa said...

semenjak aku belajor mengomen dari ko, aku perasan yang orang akan kata kita best kalo kita kipas diorang kaw2 dan diorang akan cop kita cibai kalo kita kutuk diorang kaw2..jadik, aku ambik keputusan nak diamkan jek blog review aku tu...haha....

Irwan said...

Along, kita mengomen nak mengasah pemikiran kita. Bukan nak ambik hati sesiapa.

Dan komen lu ni membuatkan gua yang berkulit kepala sensitif ini, agak terasa sedikit.

OK...Gua akan update blog ni laju-laju macam dulu.

Lu Tunggu!

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...