Friday, December 2, 2011

Majlis Perbandaran Nilai mangkuk

Ayam Golek Madu memang dah terkenal kat Rembau

Aku ingat lagi, pada tahun bila entah aku nak bukak gerai ayam golek kat tepi jalan menghala ke Rantau dekat dengan Stesen Kemuter Sg. Gadut, Seremban (opposite Nursery Zig Zac Power yang dah tutup sekarang). Kami mula pada awal pagi, setup bembarang, taruk signage dan by tengahari dah ready nak take order.
Seremban Selatan or Sembansatan?
Tapi, belum sempat pun customer nak datang, bebudak dari Majlis Perbandaran Nilai (apahal pulak kat area Sungai Gadut bawah Nilai?) pulak yang menyinggah datang naik lori bergerigi mereka. Diorang kata tempat kami open tu tak boleh berniaga. Kami argue dengan menunjukkan ada apek yang jual kelapa pandan yang dah bertahun lamanya tak jauh dari kami. Salah sorang dari brader MPN tu angkat-angkat kening sambil ugut kata kalau by the time diorang balik lunch kedai kami tak tutup, diorang akan tapau semua kelengkapan kami dan kena denda. Aku tanya camana nak settle masalah ni dan diorang senyum-senyum. Pahamla aku. Aku yang pada masa tu kuat ketabligh-an nya, jawab kalau camtu, baik aku tutup ajer kedai ni dari makan duit haram. Maka aku tak jadi berniaga kat situ.

Ni gambar diambil pagi tadi. Kelas punya tanda peringatan.
Sungguh road safety. Mesti MUFORS respek, ni. Dah 2 hari, dowh
Dalam minggu ni, aku yang berulang-alik naik komuter dari Seremban Selatan ke Petaling Jaya, mesti melalui satu simpang kat jalan keluar area Seremban Selatan tu. Dan betul-betul sebelum keluar dari simpang tu, ada longkang yang ditutup dengan gril besi. Dah dua hari aku perasan gril tu tah mana perginya, mengexposekan lubang longkang yang kalau kenderaan lalu, gerenti jahanam sport rim punya. Warga prihatin telah meletakkan sedikit semak samun sebagai tanda kepada pengguna jalan raya agar mengelak dari lubang tu.

Yang tak perasan akan tetap bawak laju jugak.
Point yang nak aku ketengahkan di sini ialah, kau tengok, betapa celakanya penguatkuasa kat tempat kita ni. Bila kita nak bukak perniagaan, dia kacau kita. Bukannya nak kasi advise camana kita boleh teruskan perniagaan kita dan bagi mereka lebih banyak wang lagi dengan kutipan cukai dan permit, tapi dia terus cantas dan ugut kita. Kalaulah aku bagi dia rasuah the first time, agak-agak diorang datang lagi tak setiap tengah bulan mintak lagi? Atau at least pau ayam-ayam golek aku? Adakah ini tanda mereka inilah sebab kenapa SME dan peniaga mikro TAK BERJAYA sejak zaman Mahathir? Atau adakah ini kes terpencil? Bullshit la terpencil. Aku dengar masalah yang sama jugak berlaku kat Rembau dan Seremban. Atau adakah ini maknanya orang Majlis kat area N9 ni makan rasuah dan celaka-celaka belaka?
Rupanya pada waktu malam. 
 Kat sini juga kita lihat, betapa diorang ni tak reti menjaga kawasan diorang. Baik Seremban Selatan ni dijaga oleh gangster India atau Cina yang RELA ajer. Lagi baik. Mentang-mentanglah kawasan Seremban Selatan ni banyak non Malay, so diorang anak tirikan la? Untuk pengetahuan korang juga, dalam Seremban Selatan ini juga ada banyak bangunan (bukan rumah teres, beb! BANGUNAN) tak siap yang merugikan tanah dan ruang. Sekarang ni, para oportunis dah convert bangunan bertingkat-tingkat tu jadi sarang burung lelayang. Ni kalau Majlis tahu camana nak pau ni, gerenti dah lama kena ni, kan?
Sungguh prihatin la Majlis Perbandaran Nilai. Dah dua hari dah.
kalau malam ni masih macam ni lagi, genaplah 3 hari
Korang kira nasib baik aku tak tulis point ni ala-ala wartawan atau Karam Singh Walia. Korang kira nasib baik sebab aku tak buat interview atau ambik gambar penguatkuasa korang mengular sekitar Taman Tuanku Jaafar dan Seremban Jaya. Korang kena ambik positif amender yang aku cakapkan ni walaupun aku tau korang bukan pedulikpun sebab aku ni bukan anak MB atau kroni.

Aku hanyalah seorang mamat yang dok kat Seremban Selatan, kan? Fak laa
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...