Tuesday, December 21, 2010

Komen kepada: Kun Faya KUN

Neutral? Neutral dalam hal ni sebenarnya takbley...

Entry asal:

Semuanya yang berlaku dalam alam semesta ini adalah dengan izin Tuhan. Pikir-pikirkanlah. Kalau tiba-tiba muncul gay yang bangga dengan ke-gay-an beliau,salah siapa lagi tu. Kejap,perlu ke nak cari salah siapa? Tak perlu nak salahkan sesiapa atau nak melatah tak tentu hala. Bukankah itu kejadian Tuhan? Gua bagi satu ayat cliche. "Semua yang berlaku ada hikmahnya".

Read more...




Salam Eszol,


Dah lama aku peratikan perkembangan isik blog kau. Dan entry kau yang hari ini, telah berjaya memerangkapkan aku yang sedang memakai topi si Tukang Komen. Ada unsur moderasi dalam entry kau yang kali ini berbanding dengan yang lain dan untuk itu, aku ucapkan tahniah!


Tahniah!
 it's a start

Memang betul segala yang berlaku adalah dengan keizinan Dia. Dan sesuatu yang Dia izinkan berlaku dalam dunia ini ada SEBABnya. Dan sesuatu itu hanyalah bermanfaat kepada yang ingin mengambil manfaat. Dan kepada yang mangkuk, maka semakin hayunlah mereka dek apa yang mereka perkatakan.

Sungguhpun Kunfayakun itu datang dari Dia, namun kita di dunia ini diberikan choice sebenarnya. Jika tidak, masakan ada yang masuk neraka, walhal kita semua boleh blame kat setan ajer..Cuba pikirkan...

Apa yang kita lihat dalam kes Azwan merupakan titik tolak akan keliberalan Islam secara terang-terangan di Malaysia. Dan aku setuju dengan kekelingan kau yang mengatakan bahawa kita jangan  membuka aib orang. Tak kisahlah apa jua justifikasi kita (walaupun aku buat jugak kengkadang sebab under influence emo). Ada yang kata sebagai pengajaran kepada yang lain. Tapi niat ini berisiko tinggi. Dapatlak jika pendedahan kita itu diserang oleh kengkawan berbendera pro-sodomy atau si Iblis dari dalam diri sendiri

Kalau kau kata kau putar belit (kelink), maka aku lebih paria dari kau. Tapi, lebih baik kita HITAM di atas dunia ini daripada rentung dek dibakar nantik.  Kita percaya atau tidak, mati itu benar. Siksa kubur itu benar.

Dan dalam hal ini, kita jangan cakap lebih-lebih pasal Azwan. Takut nantik kita ni pulak yang kena uji. Tapi takper cakap benci kepada ideologi gay. Dan jangan lupa berdoa untuk diri sendiri dan dia agar Allah berikan hidayah dan keselamatan dari BALA ini.

Dan yang paling penting dalam dunia blogging tanpa sempadan ini ialah, kita jangan menaikkan lagi trafik kepadanya dengan mengelinkkan diri dengan menarukkan link ke arahnya. Apatah lagi nak menyatakan sokongan ke atas kejujuran bodoh si mamat tu di negara yang korek hidung pun taboo.

Pesanan kau dalam entry ini amat jelas. Dan aku amat gembira kerana KAU mengepostkannya.
Cuma keneutralan kau itu itu betul. Benda salah ialah salah. Benda betul ialah betul.
Peraturan Allah sentiasa BETUL. Manusia (macam aku) ajer yang tak betul

p/s: Aku harap ImanShah akan komen BM aku pulak...hehehe..mesti fun...

Something you can try


Type IMAN backwards.

Search the word in google

Click the first thing you find

So there you go. 

Hahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...