Tuesday, December 21, 2010

Komen kepada: Kun Faya KUN

Neutral? Neutral dalam hal ni sebenarnya takbley...

Entry asal:

Semuanya yang berlaku dalam alam semesta ini adalah dengan izin Tuhan. Pikir-pikirkanlah. Kalau tiba-tiba muncul gay yang bangga dengan ke-gay-an beliau,salah siapa lagi tu. Kejap,perlu ke nak cari salah siapa? Tak perlu nak salahkan sesiapa atau nak melatah tak tentu hala. Bukankah itu kejadian Tuhan? Gua bagi satu ayat cliche. "Semua yang berlaku ada hikmahnya".

Read more...




Salam Eszol,


Dah lama aku peratikan perkembangan isik blog kau. Dan entry kau yang hari ini, telah berjaya memerangkapkan aku yang sedang memakai topi si Tukang Komen. Ada unsur moderasi dalam entry kau yang kali ini berbanding dengan yang lain dan untuk itu, aku ucapkan tahniah!


Tahniah!
 it's a start

Memang betul segala yang berlaku adalah dengan keizinan Dia. Dan sesuatu yang Dia izinkan berlaku dalam dunia ini ada SEBABnya. Dan sesuatu itu hanyalah bermanfaat kepada yang ingin mengambil manfaat. Dan kepada yang mangkuk, maka semakin hayunlah mereka dek apa yang mereka perkatakan.

Sungguhpun Kunfayakun itu datang dari Dia, namun kita di dunia ini diberikan choice sebenarnya. Jika tidak, masakan ada yang masuk neraka, walhal kita semua boleh blame kat setan ajer..Cuba pikirkan...

Apa yang kita lihat dalam kes Azwan merupakan titik tolak akan keliberalan Islam secara terang-terangan di Malaysia. Dan aku setuju dengan kekelingan kau yang mengatakan bahawa kita jangan  membuka aib orang. Tak kisahlah apa jua justifikasi kita (walaupun aku buat jugak kengkadang sebab under influence emo). Ada yang kata sebagai pengajaran kepada yang lain. Tapi niat ini berisiko tinggi. Dapatlak jika pendedahan kita itu diserang oleh kengkawan berbendera pro-sodomy atau si Iblis dari dalam diri sendiri

Kalau kau kata kau putar belit (kelink), maka aku lebih paria dari kau. Tapi, lebih baik kita HITAM di atas dunia ini daripada rentung dek dibakar nantik.  Kita percaya atau tidak, mati itu benar. Siksa kubur itu benar.

Dan dalam hal ini, kita jangan cakap lebih-lebih pasal Azwan. Takut nantik kita ni pulak yang kena uji. Tapi takper cakap benci kepada ideologi gay. Dan jangan lupa berdoa untuk diri sendiri dan dia agar Allah berikan hidayah dan keselamatan dari BALA ini.

Dan yang paling penting dalam dunia blogging tanpa sempadan ini ialah, kita jangan menaikkan lagi trafik kepadanya dengan mengelinkkan diri dengan menarukkan link ke arahnya. Apatah lagi nak menyatakan sokongan ke atas kejujuran bodoh si mamat tu di negara yang korek hidung pun taboo.

Pesanan kau dalam entry ini amat jelas. Dan aku amat gembira kerana KAU mengepostkannya.
Cuma keneutralan kau itu itu betul. Benda salah ialah salah. Benda betul ialah betul.
Peraturan Allah sentiasa BETUL. Manusia (macam aku) ajer yang tak betul

p/s: Aku harap ImanShah akan komen BM aku pulak...hehehe..mesti fun...

5 comments:

Al said...

janji nk komen besok
tgk2 trus buat daa


opp..sori komen xde kaitan

± said...

lepas ni org bkn je berani muncul dgn isu gay secara terbuka,tapi semakin ramai yg akan muncul dgn uniqueness yg tersendiri utk jadi lain dr yg lain dan mndapat perhatian tanpa mengambilkira ia against hukum Allah ke tak walaupun dia seorang islam

kita hanyalah tergolong dlm kelompok manusia akhir zaman yg rugi bila kita memilih utk melihat saja.skali bala turun,kau baik ke jahat semua kena one shot. sebab apa?org yg 'berilmu' choose to ignore it

eszol raar said...

gua xtaw nak ckp ape

just,ilmu tanpa amal itu adalah sgt bodoh

btw,imanshah tu cikgu sejarah

tapi die boleh la puitis2 sket

haha

Ka-Ching said...

lepas ni ntah isu ape plak diorg nk kuarkan..huh...

Irwan said...

Al bagus sebab dia pergi blog eszol dan ambik tahu. Aku suka dengan Al. Meh sini aku mandikan kau dengan downy...kikiki.

Dark: betul. Dalam perlumbaan manusia nak memahatkan dirinya dalam lipatan sejarah, ada jugak yang resolve ke cara yang tak betul. Self-actualization tu kengkadang mengepush kita membuat benda yang mangkuk. Sebenarnya Dark, orang berilmu ni ada dilema. Aku akan ceritakan dilema itu dipayabesarpedas nantik. Cumanya, aku sangat setuju dengan kau bahawa kita takbley ignore dengan ignorance sebab kalau tsunami datang, kambing yang tak pernah sodomy tu pun akan hanyut. Cuma Dark, bila bercakap dengan orang ignorance, jangan pakse mereka untuk mendengar. Kita sampaikan ajer...Takut nantik kita yang kecewa.

Eszol: padaku, orang berilmu itu sudah punyai kunci (baca komen aku pada GEDEK punya entry kat bawah2 ni). Kenkadang dia boleh guna straight kuncinya. Kenkadang, dia simpan dulu kuncinya untuk pintu yang belum ditemuinya.

Dari satu sudut yang lain, ilmu tanpa amal yang dikeji itu padaku ialah ilmu teori yang tak disertai dengan pengalaman praktikal. Kalau tidak, masakan dia boleh nak membimbing orang yang nak pelajari ilmu itu kelak?

Contoh: kita ada ilmu theorem phytagoras. Adakah kita mengamalkannya setiap hari? Kita cuma gunakannya semasa perlu saja. Samalah macam ilmu ghaib. Bukan harihari mau ghaib meyhhh...

Itu POV aku lah...Anyway, thanks for coming, alll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...