Thursday, August 25, 2011

Bantulah Sahabat!

Entry ini ialah repost dari blog KulupSakah. Kepada yang berkelebihan, bantulah. Semoga Allah bantu kita pula disaat kita memerlukan bantuan

Kepada yang mengikuti twitter, pasti akan terjumpa dengan RT berkenaan bantuan untuk saudara @bumilangit dalam dua tiga hari ini. Gua tak pasti apa masalah sebenarnya, maka gua copy dan paste ajer entry dari bro Kulup:


Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis- Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit. 

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung. 

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula. 

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni. 

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368 

atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di 

mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com 

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319

Mangkuk punya polis


Kengkadang kita biasa tengok Polis buat roadblock, kan? Standard arr. Demi menjamin keselamatan semua, diorang kena check lesen dan roadtax kita idup ke idak. Mangsa wajib masa roadblock ialah mat rempit. Ada juga roadblock yang khusus nak attack PATI atau lori. Ada juga roadblock yang attack pemabuk. Apa pun motif roadblock diadakan, kita kena ingat: ada juga ROADBLOCK HARAM.

Menurut urban legend yang dikumpulkan setakat ini, roadblock halal ialah roadblock yang ada papan tanda "Berhenti Pemeriksaan Polis", ada pegawai tinggi yang memantau dan lately ada wakil dari pihak ketiga macam AADK atau JPJ yang turut mengiringi. Ini yang halal.

Roadblock haram pulak ialah roadblock yang takde papan tanda. Kita tengah lalu dengan aman dan membayar cukai, tetiba jer sorang mamat polis melompat keluar dari tepi jalan menahan kita. Roadblock macam ni, biasanya akan wujud dari tengah bulan membawa ke saat keluarnya gaji. Lokasinya tak menentu, mengikut kreativiti pak polisi haram kita tadi. Tengok video bawah ni yang dirakam secara CIA di simpang kat Seremban Selatan baru-baru ni. Mangkuk ke apa? Dah membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain!


Masalah dalam sistem per roadblockan kita ni ialah masalah rasuah. Yer, memang betul kerajaan dah buat kempen "Saya benci Rasuah" tapi perlaksanaan dan keberkesanan tak sapa yang betul-betul tau. Dalam sistem terbaru, si pemberi dan penerima rasuah, dua-dua akan dicekup. Dan inilah kelemahan utamanya.

Kalau korang pernah kena tahan lately, korang biasanya akan diminta memberikan lesen. Kalau lesen, roadtax atau kenderaan kita ni ada problem (kalau takde pun boleh diada-adakan), kita akan 'ditarik' keluar. Parking kenderaan elok-elok, dan seorang abam polis akan bawak kita slow talk kat bawah pokok atau kat belakang black Maria. 

Mula-mula dia akan leverage kesalahan kita, cakap betapa besarnya jumlah denda yang nak kena bayar kalau dia sabit itu, sabit ini. Taktik ni dia nak kasi kita goyang jer. Kalau abam yang otai, biasanya dia akan bagi hint. Tips supaya kita menawarkan duit kopi pada dia. Kita pun menggelabahlah. Sesiapa yang bagi rasuah, kalau jumlahnya cukup, dia senyap dan masalah selesai. Kalau jumlah tak cukup, maka dia cekup kita dan caj kita sebagai pemberi rasuah dan dia dapat pingat.


Marah? Jangan marah gua! Marahlah diri sendiri! Dahlah apa magkuknya taruk Polis bwah JPM. Orang taruklah diorang bawah Raja ke, Parlimen ke..

Mangkuk tak sistem? Rakyat didahulukan?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...