Tuesday, April 12, 2011

Komen kepada: 5 Pekerjaan angan-angan saya (Paradoks Kekampungan)




Avid Gunner ialah salah seorang penulis dari Blogbusters. Nama dia gempak, mengingatkan aku kepada PointBlankShot dalam twitter. Nama-nama penembak macam diorang ni pulak, mengingatkan aku kepada Sindiket Soljah. Dan nama Sindiket Soljah pulak, mengingatkan aku kepada gathering Maskara hari tu. Hehehe.

Entry ini merupakan entry fiction jenis "what-if".
Avid Gunner berkongsi dengan pembaca 5 pekerjaan yang dia berminat.

Aku suka idea dia dengan Muzo. Idea ni boleh bla. Lagipun idea ni boleh join venture dengan halagel yang sibuk buat gelatin halal. Aku rasa, gelatin halal ni boleh digunakan sebagai pembungkus kriuk-kriuk Muzo yang kau maksudkan itu. Idea nak jadi kapitalis ni dipersembahkan dengan begitu baiknya sehinggakan aku nak baca point dia yang seterusnya.

Nak jadi jurulatih bola sepak pulak, aku ingat dia ni cakap-cakap poyo jer. Maklumlah. Boys dengan soccer ni memang standard lah. Dia cakap kejaymaan-kejayaan dia memenangi piala dan pertandingan yang kita boleh google sendiri kalau kita minat. Takdelah aku impress sangat.

Bila baca perenggan kedua, baru aku tau dia cakap pasal main game bola. Kalau zaman aku dulu, championship Manager. Masa zaman Uniten, Winning Eleven. Barulah aku paham dia cakap dia layak jadi manager kelab bola berdasarkan kehebatannya main game ni sumer. Mangkuk punya budak.

Masuk jer bab nak jadi bintang rock, penulis dan penerbit sitkom tu, aku perasan tulisan dia dah jadi hambar. Aku suspect lagi 3 point ni ditulis pada masa yang berlainan daripada dua point yang pertama. Kita boleh kesan perubahan intonasi dan momentum lawaknya.

Kat sini kita pelajari bahawa kalau mood menulis tu tengah datang, habiskan menaip satu artikel tu dulu. Yang lain tu kasi on hold atau pause kan sekejap. Sebab ilham tak datang selalu. Member boleh call balik. Tapi kalau mak yang panggil, kena stop.

Jadi, aku berprasangka baik bahawa point ke 3 dan seterusnya ditulis setelah Avid Gunner kembali setelah dipanggil oleh ibunya. Hehehe.

Anyway, aku rasa umur 28 masih tak terlambat untuk beliau mencapai SEMUA cita-cita tersebut. Jika dia benar-benar passionate dengan semua yang di atas, aku sarankan dia join Sindiket Soljah dan gunakan platform Maskara untuk mencapai cita-cita kau (suka-suka aku, jer nak rekrut orang). Sebab:

Melalui perhimpunan Maskara, dia boleh belajar buat short film dari nazrivovinska. Nak jadi Penulis, dia boleh sumbat pipiyapong dengan pulut kuning dan telur ayam kampung. Nak jadi bintang rock, lagilah senang. Beli gitar kapok aku dan hafal satu lagu M Nasir dan perform kat Maskara. Pasal nak jadi kapitalis pulak, masa dia perform kat Maskara tu, bawaklah stuff dia (short films, DVD, lagu dlm bentuk MP3, blook atau CD cetak rompak game bola) untuk di jual.

Hahaha.

Sebagai penutup, aku cuma harap Cik Avid Gunner kita ni akan menambahkan lagi frekuensi update blognya dari 2 hari sekali kepada berkali-kali sehari. Bulan lepas tak banyak, nampaknya? Apa cer? Hehe...



p/s: Ke Cik Avid Gunner ni memang ahli sindiket? Ahhh..Gasak lahhh

I'm not a blogger

Nuff said
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...