Wednesday, April 6, 2011

Modus Operandi Blog Ini


Dalam hal meninggalkan komen di blog orang, biasanya aku akan mengambil perenggan pertama dari entry aku pasal entry tuan rumah tu dan paste kat ruangan komen di blog nya.

Lepas tu aku akan taruk link ke entry tersebut di blog aku, kalau dia nak baca selanjutnya. Ini modus operandi blog ini sebenarnya. Ada orang yang tak paham, kata aku sukasuka spam komen box diorang dengan link-link aku.

Seperti yang dah korang lihat dengan kes AlongXP baru-baru ini, dah memang MODUS OPERANDI nya aku kena tinggalkan link ke entry pasal diorang kat komen box diorang. Aku rasa takde masalah dengan hal ini sebab Along Tapa suka buat benda ni. Istiqomah betul aku tengok sampai aku yang mulamula dulu hanginsatubadan pun dah tak kisah dah.

Ada orang terganggu dengan perangai taruk link dalam komenbox diorang. Diorang selalu anggap mereka ni adalah spammers dan peraih trafik murahan. Tapi itu cumalah pandangan mereka. Tak pernah lagi aku dengar ada orang bertumbuk pasal sikap ini di mana-mana. Taktaulah lepas ni Malaysia nak start pulak. Gempak jugak, idea tu.

Sungguhpun korang rasa macam intonasi dan atmosfera entry blog ini yang macam bagus, namun ingatlah itu hanyalah theme untuk penulisan ketukangkomenan. Takkanlah pengkritik ni seorang yang berperangai merendah diri dan lembut budi bahasa. Hal ini pernah juga kita bincangkan dalam topik sama ada patutkah kita mencarut untuk dapatkan perhatian. Aku tak kisah korang nak mencarut kalau aku tak tarukkan link ke entry tersebut sebab aku pun malas nak cari. Korang search lah kat atas tu sendiri...Dan kalau nak mencarut, aku ada sediakan tempatnya kat tab sebelah kanan ni. Kau mencarutlah kat situ dan kita akan bincang sesama, apa masalah kau.


Ok?


Hahaha

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...