"@akuskizo kalau tak datang maskara, lu kodi" kata tweet dari TokRimau.
Aku kaget. Amender nya kodi ni? Aku rasa aku pernah baca perkataan ni masa aku mula-mula blogging dulu. Ni mesti jargon sindiket soljah ni, bisikku. Namun, sebagai control-freak, aku tak boleh nak teruskan hidup aku dengan persoalan yang macam tu dok terapung dalam kepala hotak. Aku pun mula bertanya-tanya:
"Kodi tu nama minuman dari jus habbabtus saudak, buah noni dan peria katak" tembakan dari seorang pakcik dengan lebam di dahi.
"Wa, kodi tatak tau. Body, wa tau" jawab member aku yang hobinya ialah membaca novel. Bahasa dia tak macam orang yang suka membaca langsung.
"Kodi? Todi yang halal kot? Macam beer dari Iran, tu" kata Jeff masa kami meneguk kopi O kat Dataran Senawang, sehari sebelum gathering.
Jawapan yang aku dapat tak banyak membantu. Dan dek desakan last minute, serta customer yang kensel kerja pemasangan sengkuap yang patutnya dirancang pada hari Sabtu lepas, aku berkesempatan untuk meneruskan penyiasatanku tentang apa itu kodi dengan bertanya sendiri kepada anggota sindiket.
Maka aku pun ke Maskara ke lima.
Gathering Maskara diadakan di Rumah Pena. Rumah Pena ni, terletak dalam 3 segi antara Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling dan Jalan Dewan Bahasa. Landmarknya ialah Restoran Tupai-Tupai. Masa mula-mula sampai, aku mati-mati ingat rumah Persatuan Wartawan Malaysia yang kat sebelah Tupai-Tupai tu yang Rumah Pena. Sibbaik aku tak order kopi kat Tupai-Tupai. Sibbaik abang waiter tu tau Rumah Pena ialah rumah hantu yang ada kat BELAKANG restoran tu. Aku pun kensel order dan start kereta.
Aku sampai kat sana pukul 810 malam. Dari luar pagar, nampak Rumah Pena dan gathering Maskara ni macam gathering ahli free mason jer. Kelihatan juga air sirap dan benda yang nampak cam nasi bungkus di susun di atas meja depan rumah. Ada stage yang diubah dari kawasan gazebo rumah tersebut. Ada juga orang gila kat sebelah aku yang nak pau rokok aku. Aku kasi sebatang. Aku lepak dulu kat luar pagar, berpikir camana nak keluarkan kereta aku nantik sebab jalan masuk tu muat-muat untuk satu kereta ajer (dan pengunjung pulak parking kat tepi-tepi, menyempitkan jalan).
Aku masuk ke perkarangan rumah dan terus melepak depan stage. Stage dihias mudah dengan bunting gambar askar jepun. Lagu Melayu yang tak kukenali berkumandang. Aku layan tweet sementara menunggu majlis bermula. Kelihatan ahli sindiket main sep-sep dan baring-baring dalam Rumah Pena. Final prep kot. Ada juga kaunter jualan di mana buka Cewah Pipiyapong menjadi main attraction. Ada jugak jual Tshirt gathering dan zine. Ye! Zine! huhu.
Dah dekat pukul 9malam, band pertama pun sampai. Tri-Hadzir. Katanya band post-keroncong. Mereka persembahkan 4 lagu. Semuanya rare padaku walaupun bunyi muzik mereka macam lagu dari Cafe Del Mar 2009 Anthem (without the electronica). Aku terkesan dengan lagu untuk Ibu dari mereka (diroang tak cakap nama lagu, so aku teka jer la). Aku suka dengan band ni. Cool la mesej dalam lagu dia.
Lepas tu, Cik Amira pulak perform. Cik Amira ni, kalau korang dah biasa dengan Vlog dan youtube, mungkin pernah dengar nama beliau. Beliau bawak lagu yang macam duniawi (earth) sikit. Cik Amira disertai oleh seorang penyeruling bambu dan seorang pemain gitar. Suara Cik Amira cam Siti Nurhaliza. By that time, TokRimau dah bakar-bakar aku suruh aku duduk atas kanvas yang dibentangkan kat depan stage. Aku tunggu Cik Amira habis persembahan sebelum menyahut cabaran. Sementara menunggu, aku tolong halau nyamuk dengan berasap di pangkal pokok sena, tempat parking mat rempit.
Bila dah berasap, tekak aku jadi haus. Aku ke kawasan air sirap nak pau segelas. Sirap pulak dah habis. Mr. Lan Naga kelihatan tercungap-cungap cemas cuba menop-up sirap. Sementara menunggu, aku masuk ke dalam Rumah Pena, mengushar hiasan dalamannya. Di pintu rumah, aku perasan Sani Sudin tengah terkumat-kamit. Aku mintak kebenaran nak bergambar dengannya, tapi kamera henfon aku pulak buat hal. Dia taknak keluarkan mode kamera. Lastlast, Sani mintak diri sebab dia kena perform. Aku terpisat-pisat melihat beliau berlalu.
Sepanjang Sani Sudin perform, aku menyahut cabaran TokRimau. Performance Sani Sudin dipenuhi improvisi, sarkastika dan lawak. Aku tertarik dengan cerita beliau masa beliau menjadi seorang pelukis. Masa tu, Sani Sudin nak jual painting dia kepada seorang Datuk berbangsa Melayu.
Datuk tu tanya: "What is this painting all about?"
Sani jawab: " I want to sell it to buy beras"
Penonton ketawa dengan punchline Sani. Tapi air mataku berlinangan. Dan aku tak dapat fokus lagi pada persembahannya sebab dok cover airmata tu dari mengalir (sebab mamat sokernet kat sebelah aku). Aku ushar langit yang dipenuhi awan. Nampak cam nak ujan. Patutlah malam ni berbahang.
Lepas Sani Sudin, ada sorang awek lagi perform. Sorilah cik adik, abang takleh dok depan. Aku kembali mengasapkan pangkal pokok sena sebelum ke kaunter jualan buku untuk mendapatkan hasil aku untuk hari ini.
Di kaunter, buku yang diraikan ialah 'Cewah' dari pipiyapong. Pyan Habib yang merasmikannya kata buku tu pakai bahasa kutu dan lawak. Aku pegang dua buku. Sebagai seorang yang tak berduit, aku hanya mampu nak beli satu buku ajer. Aku suruh OP Zaharin (yang sedang jaga kaunter masa tu) pilih antara dua: "Siapa Kekah Bidan Sepiah" dengan "Cewah". OP sarankan buku yang pertama sebab ia ditulis oleh ramai penulis. Aku percayakan dia dan beli Siapa Kekah Bidan Sepiah. Lagipun, buku ni di launching masa aku mula-mula belajar blogging tahun lepas. Jadi, ia ada sentimental value padaku.
Bila aku dah mula baca, MEMANG IA adalah buku yang tepat (walau aku tak baca lagi Cewah). Skizo aku dibuatnya....
Selepas membeli buku tu, aku mengundurkan diri sebab aku takmau hooligan yang menunggu aku kat satu tempat mungkar tu, mabuk atau 'berjaya'. Masa tu, Dewangga Sakti baru nak perform. Walaupun rasa bersalah, aku u turnkan jugak kereta aku dan setelah 6 points U-turn, aku berjaya jugak keluar dari perkarangan Rumah Pena.
Apa-apa pun, perhimpunan Maskara ini ialah perhimpunan karyawan-karyawan seni. Mereka terdiri dari penulis, pelukis, orang seni dan karyawan-karyawan yang levelnya lagi tinggi dari penulisan dalam dunia blogging. Geng diorang ni pernah nak aku terjah dalam siri "Peluru-Peluru Tak Kenal Siapa" tapi siri tersebut sebab tak mendapat sambutan, aku holdkan dulu komen dalam siri tersebut. Aku ingat nak sambung balik selepas ini....
Dan sebagai menggalakkan perjuangan mereka, mereka sedang mengumpul penyertaan untuk entry filem Pendek yang tarikh tutupnya ialah 14 Julai, 2011. Filem terpilih akan ditayangkan di Maskara Shorties pada 7 Ogos. Sesiapa yang berminat, bolehlah ke blog ini untuk keterangan lanjut.
Jadi, setelah aku menyertai majlis Maskara tersebut, barulah aku tau apa itu 'kodi'. Menurut mamat sokernet, kodi itu macam "lecehh" la. Macam tak best, la. Perkataan ini di coined oleh pipiyapong.
Lan Naga cakap kodi tu ialah "tak OK".
Apa-apa pun, yang penting, aku dah tak kodi sebab aku datang Maskara ke lima. Terima kasih kepada anggota sindiket yang tak sombong, majlis yang sempoi dan kepada Lan Naga dan TokRimau yang sudi melayan orang tahsapa-sapa cam aku ni.
Semoga kita semua tak kodi.
3 comments:
haha
scuba dpt pegi maskara tu
mcm cool gk sindiket soljah ni
ak igt ko ade bakat n blh trus aktif ngn dorg ni..heheh
apepon tahniah sbb x kodi lg
nasib baik ko dah jumpa maksud perkataan kodi tu...kalo tak aku mulala nak mengarut yang kodi tu jurunikah orang2 nak menikah...haha...
Gorengbaek - Nak kawen...tapi orang selalu terlupa benda-benda ni...
Hangit Habis dah - Laa...ni apa kenama lak "kebijaksanaan"nya ni...
Kerat Senget - YOUsoF : masih ada plan B
hahaha..Al, kalau kau rajin, selalu lah lepak dengan diorang. Series cool diorang ni.
Along: kau memang. Semua kau nak goreng
Post a Comment