Friday, April 1, 2011

Peluru Tak Kenal Siapa (sindiket Soljah)



Kepada pengunjung blog ini yang setia, pasti teringat siri Peluru Tak Kenal Siapa yang dimulakan satu masa dulu hasil penyiasatan link-link dalam blog Cik Siti Zafirah. Siri itu tak mendapat sambutan sama ada dari tuan punya blog tersebut ataupun pembaca di blog ini. Mungkin kerana bahasa yang digunakan oleh askar-askar dari sindiket soljah agak tinggi. Mungkin juga artikel yang ditulis terlalu personal hinggakan ia hanya menarik kepada niche pembaca yang tertentu. Apa pun, aku salahkan diri sendiri sebab tak buat persediaan yang lengkap dalam menerjah mereka.

Setelah bertweet dengan TokRimau, menghadiri Maskara ke 26, menghafal makna 'kodi' dan membaca beberapa buku dari sindiket ini, barulah aku paham bagaimana sindiket ini melihat dunia. Takdelah paham sangat, cuma buat-buat paham jer.

Apa pun, aku kembali menyambung siri ini dengan menumpukan kepada blog-blog ahli sindiket Soljah. Masalahnya, kebanyakan blog ahli mereka ni dah lama tak update. Jadi, aku terjah ikut suka aku jerlah.

Seperti biasa, aku tak harapkan mereka akan datang ke sini membaca komen terhadap entry yang dah mereka buat hampir 5 bulan lepas. Diorang sibuk dengan program dan aktiviti seni diorang. Tipu kalau aku cakap aku tak kisah. Aku kisah.
Dan kalau diorang tak datang ke blog aku, aku akan spam blog, FB dan timeline tweet diorang.
Hahahaha.


Selamat membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...