Wednesday, January 19, 2011

Komen kepada: Trimester pertamaku

Entry asal:

Trimester pertama
- adalah di antara awal-awal kehamilan hingga berakhirnya bulan ke 3 kehamilan. (0 minggu – 15 minggu)

...Sekarang tahap simptom aku sangat teruk di mana, segala makanan yang sedap2 di mata ku, sumer nampak sangat memualkan. Sedangkan ayam KFC yang menjadi kegemaran aku pun aku tak leh nak makan. Makan lah aku roti nan tandoori yang di bakar jer…. **sabar..sabar, tunggu la pas trimester pertama nanti..hehehe**

Trimester pertama adalah di antara awal-awal kehamilan hingga berakhirnya bulan ke 3 kehamilan kalu di kira minggu antara 0 minggu hingga 15 minggu pertama. Untuk ibu yang pertama kali mengandung selalu nya di tekankan supaya tidak terlalu aktif kerana ketahanan kandungan pada setiap orang amat berbeza. Masa inila rahim kita di uji untuk menampung kandungan janin.


Baca lagi entry menarik Cik SumiJelly di sini:


Salam Cik SumiJelly,

Tahniah untuk kehamilan ini. Semoga semuanya berjalan lancar. Dah pikir nama baby belom? Hehehe.

Saya berminat nak tambah sikit pasal trimester. Selain ibu kena jalan slowslow dan jaga pemakanan, diorang juga kena banyakkan membaca Al-Quran, menahan diri dari tension-tension atau marah-marah, dan jaga mata dan pemikiran.

Ini kerana menurut ilmu yang terdapat dalam kitab mengarut 101 ini, pada masa trimester
itulah nyawa dan perwatakan baby itu dibentuk dan dipilih untuk kita. Dan asbabnya, apa yang mempengaruhi ibu dalam masa 5 bulan pertama akan mempengaruhi akhlak dan sahsiah si anak yang bakal dilahirkan. Tu sebab di dunia mat salleh, ibu ibu yang pregnant masa awal pregnancy disarankan melihat wajah baby baby yang cute dengan harapan baby yang keluar nantik cute jugak. Kita orang Islam disarankan membaca surah Yusul, Ali Imran dan satu lagi tu yang saya lupa.

Saya nak tekankan juga point Cik Sumijelly tentang first timer masa melalui trimester pertama mereka. Mereka kena jalan slow-slow. Takut zigot/embrio tu tak melekat kuat kat dinding rahim lalu jatuh dan takde rezeki. Abang-abang suami pun jangan nak menala cam orang gila masa bersama tu. Cuba bawak slow-slow cam orang bertamadun.

Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang sihat dan baik-baik serta berguna kepada diri mereka sendiri dan manusia.

1 comment:

Sumijelly said...

hikhik..... terima kasih atas nasihat tu.......

tapi memang berbeza dgn yang 1-3... kali ni kehamilan yg ke 4 memang banyak dugaan.....

Sumijelly.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...