Wednesday, January 19, 2011

Mengarut 101 (Mencarut)



"Bangun!" kata Mehmet tibatiba. Muridmurid semua terus senyap dan berdiri tegak. Kelihatan seorang lecturer muda masuk ke dalam bilik darjah.


"Salam Satu Malaysia, cikgu" kata Mehmet.


"Salam Satu Malaysia, cikgu" kata seluruh kelas.


Duduk. Kata cikgu ringkas. Dia meletakkan laptopnya beserta buku teks Mengarut 101 di atas meja guru. 




Muridmurid semua duduk. Mereka terus menganga menantikan apakah tajuk yang bakal diajar untuk hari ini. Ada yang taruk recorder atas meja guru. Ada yang on kan kamera yang telah ditegakkan di tengah-tengah kelas mengadap papan hitam. Ada juga yang dah ready jari kelingking kat butang 'control' dan ibu jari kat butang 'c' dan 'v' kat laptop masing-masing. Mereka memandang cikgu kelas Mengarut 101 dengan penuh minat dan tanda tanya;
Apakah topik hari ini?

------------

Itulah angan-anganku.

Sebab semua yang di atas tidak berlaku. Ini ialah kelas 1 Mawar. Kelas yang dianggotai oleh 25 orang budak baru dajahanam. Budak 13 tahun yang penuh dengan adrenalin dan perlukan deodoran. Budak yang penuh dengan pertanyaan dan semangat untuk mendapatkan jawapannya. Budakbudak yang cergas. Budakbudak yang bising. Dan mereka memekak tak kiralah sama ada aku ada atau tidak kat depan ni.

Aku perlukan sesuatu yang impact untuk menarik perhatian mereka. Masa semakin berlalu. Aku kena habiskan topik ni harini walaupun ia hanyalah side-topic dan takkan keluar dalam peksa...


Aku duduk menupang sebelah punggungku di meja guru, mengadap mereka yang sedang meraung ada, menjerit ada, main kejarkejar pun ada....



Gampang!
Kataku pendek.

Muridmurid terdiam. Mereka semua memandangku.


Butuh!
Kataku lagi. Ju-On kembali ke tempatnya dan dari jauh mula tersenyum.

Bila semua dah kembali ke tempat masing-masing, kelihatan Dark dan Eszol mengangkat tangan.

Kamu?


"Cikgu-cikgu. Pada pendapat saya, cikgu sedang tak ikhlas" kata Eszol.

Kamu?


"Saya teka cikgu sedang promote blog cikgu yang satu lagi" kata Dark mencuba. Kelihatan Chirpy terciap-ciap kat belakang mengangkat tangannya.

Kamu?


"Cikgu mesti suruh kita think out of the box bila diprovok. Macam latihan buat dot haritu"

Bagus. Nampaknya ada juga yang masih tak hilang ingatan dalam kelas cikgu ni. Tapi sebelum cikgu mulakan topik hari ini, cikgu nak tanya kepada kamu murid-murid kelas 1 Mawar:

Boleh ke tidak kita mencarut?


"Tak bolehhhh" jawab murid-murid.

Kenaperrrr?


"Sebab sapa mencarut dia berdoserr" jawab muridmurid serentak.

Kenapa kita taknak berdoserr?


"Sapa berdoserr masuk nerakerr" jawab muridmurid in unison.

Kenapa taknak masuk neraker?

Semua murid diam. Mereka tertanya-tanya. Dua tiga saat lepas tu, cam biasa, ada lah yang mula angkat tangan.

Fontong? Kenapa kita taknak masuk neraka?


"Nantik tak dapat jumpa Dia"


"Neraka panas" jawab Dark.
"Neraka tak best" jawab Chirpy.
"Neraka are for losers!" jerit Eszol.


"Dalam neraka takde arak" jawab budak malumalu.


"Aku taktau neraka, tapi yang aku tau, kat syurga ada bidadari" kata sorang murid yang mahu namanya dirahsiakan.


"Fak la semua! Neraka itu, neraka ini. Macam pernah pergi neraka, jer. Cakap taknak neraka tapi perangai cam setan. Curi idea orang, hak orang, makan duit haram. Pergi mampos lah kita semua dalam neraka" rungut Ju-On tibatiba (macam biasa).

(muridmurid hanya terdiam memerhatikan Ju-on terpekik terlolong sambil buat aksi cam kena bakar atas mejanya)

Bila kita mencarut, kita kena kawal emosi kita. Tercarut kadang-kadang tu, biasa, ler. Tapi apa yang kita buat dan belajar selepas carutan itulah yang membezakan kita sama ada kita ini seorang murid yang cemerlang ataupun tidak.

(agaknya si Ju-On terasa)


"Ahhh! Fak la. Nak ajar, ajar je lah. Ni nak main saiko-saiko orang, pulak" jerit Ju-On. Dark menepuk bahu Ju-On yang macam keterlaluan. Eszol pun garu kepala tengok perangai rakan sekelasnya itu. Eszol terpikir adakah faktor bulan mengambang juga mempengaruhi mood toyol berbedak tebal ini?

Baiklah. Sekarang, saya mahu semua murid berdiri.

(muridmurid terpinga-pinga. Tapi mereka berdiri jugak)

Baiklah. Saya mahu setiap kamu bagi satu perkataan mencarut. Saya nak kamu pikirkan satu perkataan. Tak kisahlah bahasa apa pun. Baiklah. Dah dapat? Tak payah angkat tangan.

Kamu?


"poo-key" -duduk
kamu?


"core-neck" -duduk
kamu?


"pun-tart" -bagus. duduk


"pet-pet"

(semua murid ketawa. Cikgu pun ketawa sekali. Sedang mereka ketawa-ketawi, guru besar sekolah; Tuan Haji Marhaen menerjah ke dalam kelas)



"Assalamualaikum Cikgu Badrul. Kenapakah saya dengar dari luar tadi, murid-murid dalam kelas cikgu mencarut-carut?" tanya cikgu besar.

Kami sedang membincangkan topik 'mencarut' dalam dunia blogging. Setiap pelajar dikehendaki berdiri dan dibenarkan duduk setelah mereka menyebut sesuatu yang mencarut. Eszol! Bagi satu contoh!


"buah zakar kanan" jawab Eszol.

Ju-On?


"ke-lent..." Ju-On tak sempat menghabiskan carutannya. Cikgu besar menyampuk:


"Saya mendapat aduan dari guru-guru kelas bersebelahan yang mendakwa bahawa sejak kelas 1 Mawar berada di bawah cikgu, kelas cikgu sangatlah bising hingga mengganggu kosentrasi murid di kelas lain" kata cikgu besar.

Saya menggalakkan perbincangan secara interaktif antara guru dan murid. Saya percaya ini dapat mengoptimumkan lagi pemahama...Aku tak sempat habiskan ayat aku.


"Cikgu tengok graf desibel bunyi yang dibuat oleh budak2 kelab fizik dari kelas sebelah. Ini pulak karangan bertajuk 'Bagaimana menangani jiran yang kurang ajar?' dari kelas sebelah yang satu lagi. Dan yang ni pualk, memorandum dari semua guru dan kakitangan sekolah ini yang bersetuju agar cikgu dijauhkan dari kelas 1 Mawar atau semua kelas tingkatan satu."

Aku tenung muka cikgu besar. Dia tenung muka aku. Aku menoleh ke arahh anak-anak muridku. Bila diorang tengok aku menoleh, ajer, diorang beria-ia mengangkat tangan. Amender ajerlah yang nak dicakapkan oleh bebudak ni, time-time camni?

Kamu?


"Fak yu" katanya.

Dari belakang, cikgu besar menepuk bahuku. Aku menoleh padanya. Dia memandang padaku dan mengisyaratkan agar aku mengekorinya ke pejabatnya.

Kelas tamat.

8 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

ek leh.. rilek la cikgu besor.. tu kan contoh je..

Marhaenonymous said...

murid-murid bikin hal,cikgu pun banyak hal..aduh!!

Along Tapa said...

haha...pe'el bebudak 1Mawar ni memang patut aku catat secara dahsyat...

Gorengbaek - Kelemahan-kelemahan kaum jantan..

Hangit Habis dah - Transformasi HHD

Irwan said...

ikuti kisah cikgu badrul di bilik pengetua pada masa yang terdekat...

Al said...

lme jgk kls arini...

± said...

aku rasa tuan pengetua ngan cikgu badrul tgh syok layan DOTA kat bilik pengetua..

pookie? bukan itu nama teddy bear dlm komik garfield ke?XD

Irwan said...

ikuti kisah cikgu badrul di bilik pengetua pada masa yang terdekat...hehehe

Ka-Ching said...

aku ske contoh yg last tu miaahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...