Wednesday, February 16, 2011

Komen kepada: Penulis saja.



Cik Penulis.saja ni lebih mudah nak aku fahami. walaupun banyak entrynya yang open-ended dan boleh membawa kepada pelbagai interpretasi, semuanya berbaur di sekeliling satu tema: hidup seseorang yang dalam transisi dari remaja ke dewasa. Aku suka sebab aku pun SEDANG melalui fasa yang sama. Mungkin dia fasa 3 dan aku fasa 4tambahan tapi tak kisahlah. Yang penting satu taman.

Aku cakap satu taman sebab aku assume dia suka menulis (sebab tajuk blog dia dan ada link ke label 'cerpen'). Boleh dikatakan kebanyakan tulisannya ada unsur romantika dan dari first person perspective. Kebanyakan ceritanya adalah cerita dari kisah hidupnya yang ada relevan dengan kejadian pada masa kini (macam entry ini  yang ada kena mengena dengan LTDL). Jadi takdelah entrynya completely takde info. Cuma bukan secara direct lah.

Aku suka dengan style penulisannya dan aku juga perasan sejak bulan Feb 2011, frekuensi entry semakin bagus (Januari: dua hari sekali, Feb: sehari satu entry).  

Aku suka terjah blog yang update hari-hari.
Jadi, kalau taknak kena terjah, jangan update blog...hehehehe...lawak jer.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...